Wednesday, 10 February 2016

Terpujuk

Assalamualaikum dan hai
Agak lama lah juga saya tidak mencoret alkisah hidup di sini. Selama ni mengarut dengan nukilan yang entah apa. Hahahahaha!!
Ok. Apa kabar semua?
Kali ni aku mau cerita pasal how aku rasa yang aku ni makin jauh. Tapi, gambar di bawah ni yang menyedarkan aku. Terima kasih sumber. Moga Tuhan merahmatimu :)
Aku sekarang study kesihatan haiwan. Aku rasa, penerapan ilmu Islam dalam diri ni, macam makin hilang. Kekawan selalu bincang isu hebat dalam group, tapi aku rasa, aku kosong. Kalau mau cakap akidah aku terpesong, alhamdulillah in syaa allah tidak. Tapi, tu lah, macam rindu ilmu agama.
Ada member study arab, study syariah, study ilmu islam. Aku, study kesihatan haiwan, iras-iras kedoktoran. Rasa macam aku lari. Aku rindu mau study ilmu agama. Tapi, dalam masa yang sama, aku tahu aku tiada daya untuk carry ilmu tu.
Belajar adalah fardhu kifayah, which is wajib. Dan kita ada pembahagian masing-masing. Aku mungkin bukan dalam golongan yang belajar ilmu agama, tapi bukan bermakna aku tinggalkan agama. Nauzubillahiminzalik.
Kita masing-masing ada bahagian kita. Yang paling penting, macam mana kita mau guna ilmu kita ni untuk masyarakat, ummah dan agama kita. Sebab tu lah dalam belajar ni, kita ada pembahagian ilmu. Dengan perbezaan itulah kita menjumpai keperluan untuk menutup kekosongan dalam diri kita.
Buatlah apa saja di dunia ni. Yang penting, impak dan sumbangan kita kepada dunia. In syaa allah, dengan sumbangan itu, kita ada bekal di akhirat kelak. Aamiin. Allhuakbar.
Mungkin isi aku kali ni kucar kacir, tapi ini ja lah yang aku mampu coretkan di sini. Mungkin penyampaian pun agak kurang, yang tu, memang silap saya. Allahu.