Saturday, 9 February 2013

:: sahabat ::


Don’t walk in front of me, I may not follow.. Don’t walk behind me, I may not lead.. just walk beside me, and be my friend..

KAWAN..  orang kita, sering sinonimkan frasa kawan , sebagai orang yang kedua paling akrab dalam hidup kita, selepas keluarga.. tapi banyak kes yang terjadi pada kita, kawan makan kawan.. gunting dalam lipatan.. udang sebalik batu.. macam-macam lah.. ada yang beranggapan, kawan ni, orang yang sehati dengan kita.. ada interest yang sama, ada kegem,aran yang sama, suka buat benda yang sama.. macam-macam yang samalah.. tapi, kita lupa benda yang paling penting dalam berSAHABAT.. apa tu??


 KEIKHLASAN.. bila kita ikhlas, kita mampu menerima kawan kita tu seadanya.. macam mana buruk sekalipun, kita mampu menerima kawan kita tu.. kita akan sentiasa ada untuk sia.. macam Liverpool, you’ll never walk alone.. macam Fair&Lovely, kerana dirimu begitu berharga.. kalau aku lah kan, (bukan mau bangga diri, just mau share) , kalau kawan aku tu ada buat salah dengan aku, aku diamkan saja.. lama-kelamaan, rasa sakit hati tu, boleh hilang.. kecuali kalau aku sakit hati betul-betul.. ada juga aku terumpat kali.. ( jangan contohi sifat negetif ni.. )  tapi itu pun kalau terdesak sudah.. tapi, cara yang betul, kita selesaikan masalah tu baik-baik.. Cuma antara dua pasang mata..
Kalau kita ikhlas.. segala masalah yang menimpa kita,, mampu kita tangani dengan rasional.. kalau aku mampu bagi tau kawan-kawan aku,, aku mau cakap sama durang, durang lah segalanya.. you’re my everything.. aku belajar, P E R S A H A B A T A N  I T U  B E R M U L A  D A R I  K E I K H L A S A N  H A T I ..  mungkin kadang-kadang kita sedar, kawan kita mula menjauh dari kita.. jangan pernah salahkan durang, salahkan diri sendiri.. Tanya apa salah diri ni.. muhasabah diri.. terimalah kebenaran itu walaupun sepahit hempedu, kerana ianya akan menjadi manis semanis madu.. walaupun ada kawan-kawan yang sakit hati, dendam sama aku, aku sudah cube berubah.. tapi kalau mereka masih belum mampu menerima kita seadanya, apa boleh buat.. yang penting, kita jadi diri kita sendiri.. terserah mereka mau terima kita seadanya ataupun tidak.. semua tu pasti ada hikmahnya.. jangan pernah menyesali sesuatu yang kita tidak tahu apa penghujungnya..
Okey, maybe post aku kali ni meamng ada out dari tema.. tapi ini memang dari dasar hati aku.. mau meluah rasanya.. apa-apa pun, hargai nilai sebuah persahatan.. hargai orang di sekeliling kita.. kalau kita ada rasa mau umpat kawansendiri tu, ingatlah kebaikan yang mereka pernah lakikan kepada kita.. insyaAllah, kita tidak terumpat kawan sendiri.. sebab, seburuk-buruk orang tu, ingatlah kebaikan yang pernah mereka lakukan kepada kita..



p/s : harap maaf atas kekeliruan yang berlaku ketika membaca post aku kali ini.. terima kasih..

Pesanan ini disampaikan oleh,
-notahati_siiparasit-


:: 2013 ::




Tiba-tiba, aku ada rasa mau tulis something.. okey, fine.. since I’m in form 5 right now, I’ve change.. a big change.. masa form 4, aku fikir, naik form 5 ni, aku makin stunt lah, makin liar lah, makin jajal lah.. tapi, tiba-tiba aku berubah.. inda mau jadi budak jahat lagi.. tapi, bukan cuma aku, kawan-kawan yang lain pun begitu.. mungkin sebab kami sudah mampu berfikir yang  kami perlu perubahan untuk tahun ni.. kawan-kawan kami pun, bersyukur melihat perubahan kami.. walau pun sikit, tapi, lama-kelamaan, banyak juga bah perubahan kami ni.. ya lah, kita berubah ni, memang ada stage.. ada kayu ukur.. mustahil boleh berubah mendadak.. walau anjakan paradikma sekali pun, memerlukan kayu ukur…

Ada ustazah cakap sama kami, kalau mau berubah, perbetulkan solat tu dulu.. start dari sana kami mula berubah sikit-sikit.. benda first yang kami buat, betulkan solat.. biasakan yang betul, betulkan yang biasa.. kami tutup aurat masa solat.. pakai anak tudung masa solat.. pakai telekung yang tebal..


Aku harap agar..
1.       Ukhwah kami berkekalan
2.       Berubah kerana tuhan, bukan makhlukNya
3.       Semua orang mampu menerima kami seadanya
4.       Semua orang menjadi tulang belakang kami untuk berubah
5.       Kami berusaha untuk mendapat reda Illahi
6.       Kami berusaha untuk mendapat keputusan yang CEMERLANG dalam SPM
7.       Kami dapat menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing


Kita sebagai makhluk Cuma mampu merancang, Tuhan yang menentukan.. doakan lah semoga impian kita semua menjadi kenyataan..
AMIN..


p/s : cuba ambil pengajaran dan benda positif dalam post kali ni.. supaya kita mendapat manfaat dari pembacaan ni.. aku inda mau lah buat benda yang tidak berfaedah.. aku mau kita sama-sama berubah..

-notahati_siiparasit-