Wednesday, 27 March 2013

lirik You - Nur Jannah






you were there to light my day

you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you





how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine





never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here





i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you





for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do





Mal VS Pal ( 26/03/13 )

assalamualaikum .. =]



fine.. sebenarnya, ada hari tu, malaysia lawan yaman,, aku  M I S S ! ! sedeehhh..  aku memang inda tau pun yang durang ada game.. tetiba, tukar TV1, ada pulak malaysia main.. first, kena tulis..  0- MAL vs PAL - 1 seriously, aku blank.. apa bah PAL ni.. memang inda terlintas apa-apalah.. sampailah, kena sebut , P A LE S T I N E... maaa ai,, baru detect jua tau ni kepala... 

walaupun malaysia kalah dengan dua berbalas kosong.. ( 2-0 ).. tapi aku bangga bah sama malaysia.. rajagobal cakap " jangan puji kami masa kami menang, kalau masa kami kalah dihina-hina " bah,, betu apa.. malaysia kalah pun, bulih nampak bah durang punya usaha untuk menang.. 

aku bangga dengan malaysia.. durang buat game, untuk kumpul dana.. untuk palestin dan tabung lahad datu.. durang pandai tarik minat orang ramai..

HIDUP   M A L A Y S I A ! !

HIDUP  H A R I M A U   M A L A Y A ! ! ( walaupun aku inda nampak Baddrol main )



I'M PROUD TO BE A MALAYSIAN !!




:: tYa'Z tYaRa ::


Tuesday, 26 March 2013

siapalah aku..

assalamualaikum..



aku mungkin cuma insan yang tiada apa-apa di mata Allah.. aku mungkin bukan ummat Rasulallah yang mentaati baginda.. yang mengingati baginda.. pendek kata, aku bukan siapa-siapa.. 

baru tadi, aku tengok youtube.. cerita tentang Syamimi, pelajar UIA.. dia menderita penyakit yang tidak diketahui asbabnya.. sampai satu ketika, dia rasa dia mahu menemui ajal, dia berdoa.. andai setakat ini sahaja hayatnya, dia reda.. tapi, andai dia masih punya hayat, dia berharap agar dia sempat bertemu baginda SAW..  lalu, dia jatuh pengsan...
apabila dia buka mata, dia melihat satu kelibat serba putih... wajahnya, indah.. tenang dilihat.. lalu, orang itu berkata, "aku rasulallah.." baginda berkata lagi : "innallah ma'a assabirin" sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar.. selepas itu, Baginda berkata, "sampaikan salam ku kepada rakan seperjuangan mu.. " kelihatan, baginda menangis.. ( kita dapat rasa, betapa rindunya rasulallah kepada kita.. namun, kita yang sering lupa akan baginda.. ) selepas itu, baginda berlalu pergi..
syamimi tersedar.. lalu menceritakan pengalamannya.. rakannya menangis.. lalu, dia menggagahkan dirinya mengambil wudhu'.. tetiba, sakitnya menyerang semula. namun, kali ini, lebih parah.. amat perit rasanya.. dia pengsan semula.. lalu dia bermimpi, didatangi oleh empat orang lelaki berjubah hijau.. mengaku diri mereka sebagai sahabat Rasulallah SAW.. siapa? abu bakar, umar, uthman dan ali.. lalu, mereka berkata, " kami diutuskan oleh Rasulallah.. beginda menyampaikan salam kepada mu.." lalu dibacakan surah albaqarah ayat 106.. lalu, semua sakitnya, pulih.. bagai diberi tubuh baru..
dengan tubuh baru itu, dia terus sedar.. terus mengambil wudhu' dan sujud syukur.. 

rakan-rakan, percaya atau tidak, itu semua belakang kira.. yang penting, kita dapat manfaat dari pembacaan ini.. 

pernahkah kita sedar? rasulallah merindui kita.. diceritakan, satu ketika, rasulallah mengatakan, "aku merindui ikhwanku.." lalu para sahabat kehairanan dan bertanya, "bukankah kami ikhwan mu?" lantas Baginda SAW menjawab, "kamu sahabatku.." sahabat bertanya, "lalu, siapakah ikhwan mu" seraya baginda berkata " ikhwan ku adalah ummat ku yang tidak pernah melihat ku.. namun, hidup dengan syi'ar ku.. melakukan sunnah ku.. " - mungkin bendani aku sudah pernah tulis sebelum ni.. tapi aku mau tulis jugak.. mana tau ada yang inda pernah baca post tu.. aku sendiri punlupa apa tajuk tu post..
lihat, betapa sayangnya Rasulallah kepada kita.. namun, kita yang tidak sedar akan hal tersebut.. kita leka dibuai dunia.. leka dengan duniawi yang melalaikan.. ingatlah, dunia cuma persinggahan.. persinggahan untuk kita mandapatkan bekal untuk hari yang mendatang.. apabila kita mula dikuburkan, ketika itulah, perjalanan kita baru bermula.. di situlah titik permulaan bagi perjalanan kita.. kumpullah bekalan yang hasanah di dunia.. untuk bekal akhirat kelak.. ingatlah, mati itu pasti.. 
rasullah bersabda : " sesungguhnya, habbatus sauda' mampu menyembuhkan segala macam penyakit.. kecuali MATI "





p/s : post kali ni, bukan mau sakitkan hati orang lain.. cuma pesanan buat diei sendiri dan rakan-rakan.. ambillah manfaat dari pembacaan kali ni.. janganlah lakukan sesuatu benda tu sia-sia ,, biarlah ada hasil.. walau sikit...



wassalam..



:: tYa'Z tYaRa 96 ::

Sunday, 24 March 2013

Realiti SPM Victims..



assalamualaikum dan salam sejahtera..

fine.. kita sedia maklum, result SPM 2012 sudah pun keluar pada hari khamis yang lalu, bersamaan 21 mac 2013.. jadi, sekolah kami, keputusan yang paling tinggi ialah, 7A4B.. tambahan pula, my cousin dapat 9A1B.. benda tu memang menggembirakan.. namun, apakah perasaan SPM candidates?? DEBAR.. GABRA... TAKUT.. apa indanya, semua befikir.. bolehkah aku ni?? boleh harapkah aku ni?? apaaalah nasib aku ni?? percayalah.. semua ayat ni, kekal menerawang di kotak pemikiran kami semua.. kami tahu kelemahan kami.. sampai sekarang pun, majoriti masih samar memilih bidang cita-cita.. termasuklah saya sendiri.. 


dengan keadaan masa yang fix.. kami terpaksa curi masa dan berkorban masa untuk study sendiri..ya, memang menguji.. namun, setiap kejayaan bermula dari keperitan..

tapi,walau apa jua keadaan sekalipun, kekallah berpegang teguh kepada Allah... 


see? we never knew.. kita inda pernah pun tahu bagaimana kasih sayang Allah kepada kita.. Allah mengetahui setiap hamba-Nya.. 

perkara yang mesti dititik beratkan untuk menjadi insan yang berjaya, ialah :

1. mencari keredaan ibu bapa..
ingatlah kawan-kawan, keredaan ibu bapa adalah benda yang paling penting dalam kehidupan... 
rasuallah S.A.W bersabda : sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa, kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa..
lihat, betapa mulianya kedudukan ibu bapa di sisiAllah.. hinggakan ingin membuat keputusan untuk hambanya pun, mesti mendapat keputusan dari ibu bapa dahulu...

2. mendekatkan diri kepada Allah..
put our trust on Allah.. Allah knew, and always knew, the best for us.. why not we trust to our creator ??

3. menghormati orang sekeliling..

4. menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar.. JANGAN TIDUR !!






p/s : sebenarnya.. aku buang boring... so, harap-harap kita dapan manfaat untuk pembacaan kali ni... terima kasih..







:: notahati-siiparasit ::



Saturday, 23 March 2013

my blog ~ new look..


 sorry ok.. maybe gambar ni memang tiada kena-mengena dengan tittle.. eheeeee... actually, aku penat lah juga, selepas design blog.. entahlah.. banyak fikir kali..

tiah,, tiah... homework banyak banarnya.. tapi, minat beralih.. layan ja lah... sebenarnya, post kali ni tiada topik pun.. saja mau tulis-tulis...




:: notahati-siiparasit ::



Saturday, 9 March 2013

Lirik Lagu Antara Dua Kasih




Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Kisah Lelaki yang Ikhlas



copy dari iuvislam


Saya tinggal di kawasan perumahan yang sangat sedikit orang Islam. Akibat daripada itu, saya menyedari sesungguhnya, tidak ada kedai orang Islam di kawasan itu selain sebuah kedai runcit bukan Islam. Tidak ada apa-apa sebenarnya pada kedai itu, tetapi di kedai itulah keikhlasan hati saya teruji.
Walaupun sudah kuat saya melindungi ikhlas saya, akhirnya hari itu tumpah ruah jugalah hakikat sebenar. Semuanya kerana perempuan Islam Melayu yang manis cantik, yang bekerja di situ.

Air
Seperti hari-hari biasa, tidak ada apa-apa luar biasa yang terjadi. Sekiranya terjadi yang luar biasa, saya berharap ia tidak terjadi pada hari itu. Semuanya kerana saya sudah terlalu lelah bagi menghadapi keluarbiasaan itu.
Apa yang saya tidak jangka itu jugalah yang terjadi, pada ketika saya melangkah masuk ke kedai runcit milik bukan orang Islam itu.
Kedai runcit itu sebenarnya lebih tepat digelar pasaraya mini, kerana berjenis-jenis barang yang dijual, dan ada dua kaunter bayaran. Mungkin kerana saya sudah terbiasa dengan gelar kedai runcit, maka semua kedai saya gelarkan kedai runcit walaupun ia tidaklah tepat.
Saya haus ketika itu, dan airlah ubatnya. Semasa melangkah masuk, sesuatu yang luar biasa terlihat di hadapan saya. Di kaunter sebelah kiri, ada seorang cashier baru. Bertudung dan cantik. Ya, sangat luar biasa kerana yang biasanya, cashier di situ adalah orang India ataupun Cina, dan pada hari ini, cashier itu adalah perempuan Melayu cantik yang bertudung.
Ada lagi perkara yang luar biasa sebenarnya, namun untuk kali pertama itu saya belum mengerti sehinggalah saya datang kepada cashier itu bagi membayar air yang dibeli.
Itulah perkara yang mencucuk hati saya. Selama ini memang saya tahu di belakang kaunter itu ada rak cermin yang bagus letaknya. Di dalam rak cermin yang bagus itu, tersusun rapi botol-botol arak. Itulah membuatkan hati saya berdebar meninggi, kerana di hadapan botol arak itulah perempuan Islam Melayu cantik itu bekerja.
Dapat saya bayangkan pada ketika ada manusia yang mahu membeli arak dan pasti perempuan Islam Melayu cantik tadilah yang mengambil dan menjualnya. Itu sesuatu yang sangat tidak menyenangkan hati.
Teringat-ingat kata ustaz berkenaan arak, terdapat 10 golongan yang dilaknat berkaitan arak; orang yang minum, menjual, membuat dan ada lagi yang saya lupa. Dan pastinya perempuan Islam Melayu tadi termasuk dalam golongan yang 10 tadi.
Seketika, saya menjadi kasihan. Namun bodohnya saya, ada sesuatu yang membuatkan saya terhalang bagi mengkhabarkan hal itu kepadanya. Bodoh yang sangat saya sesali sehingga sekarang.

Cinta
Waktu itu, saya masih belum pernah bercinta dengan yang namanya perempuan, dan apa sahaja yang berkenaan cinta saya cuma tahu daripada luar, dan tidak hidup sendiri di dalamnya. Jadi, pada ketika mahu membuka mulut berkenaan perkara itu, datang kata-kata dalam hati, yang akhirnya saya yakini sebagai bisikan iblis.
"Ikhlaskah kamu mahu menolong dia, ataupun kamu menolong kerana dia perempuan cantik? Nanti kamu dikata mahu tunjuk baik dan mahu mengorat dia. Dia akan semakin liat mahu mendengar kata dan kamu dilihat sebagai seorang yang mengambil kesempatan. Sabar dulu, jangan terburu-buru, tunggu masa kamu ikhlas. "
Dengan kata yang terlintas dalam hati itu, saya segera menjadi malu. Yalah, orang belum pernah bercinta, egonya sedikit berbeza. Saya akui juga, sebetulnya kerana cantiknya perempuan itu membuat saya berasa jatuh hati, namun tetap juga ego ada bersama. Ego itulah yang menjadi jalan iblis, sehingga saya terlupa tugas saya.
Sehinggalah petang itu, saya bertemu rakan saya dan dengan wajah yang tersenyum ceria, saya menceritakan tentang perempuan Islam cantik yang bekerja di situ.

"Saya tidak mahu bertanya, di mana kamu letakkan otak kamu, tetapi saya mahu bertanya di mana kamu letakkan iman kamu?" soal rakan saya itu serius, dan langsung tidak menyambung keceriaan saya.
Saya diam mendengarkan pertanyaan rakan saya itu.
Ya, Allah susahnya soalan itu.
Mahu juga saya menjawabnya main-main, tetapi rakan saya itu jenis lelaki yang cukup serius apabila berbicara berkenaan agama, cukup serius apabila dia menunjukkan wajah yang serius.
"Marahkan saya?" soal saya.
"Ya! Kamu mungkin letakkan otak kamu di lutut tetapi jangan sesekali letakkan iman kamu di situ. Iman itu letakkan di hati. Di sini!" kata rakan saya itu sambil tangan yang menunjuk-nunjuk pada dadanya.
Saya sudah semakin tidak tentu arah. Aduh, sampai begitu sekali marahnya dia kepada saya.
"Kamu tidak memberitahu dia perkara sebenar hanya kerana kamu takut dia fikir kamu mahu tunjuk baik dan mengorat dia?" Rakan saya terus menyerang dengan soalannya, dan saya semakin terperosok.
Lama juga saya diam sebelum dapat akal mahu menjawab, "Saya takut saya tidak ikhlas."
"Ikhlas?" Rakan saya menepuk dahi sebelum menyambung.
"Ikhlas itu memanglah nombor dua selepas iman, tetapi ikhlas itu bukan kita yang menilai keputusannya. Kita cuma berusaha untuk ikhlas, dan antara cara berusaha adalah dengan berterusan membuat pekerjaan yang baik. Bagaimana kamu mahu ikhlas sekiranya kamu tidak berbuat apa-apa?"
"Tetapi tanpa ikhlas, nanti jatuh riak pula," saya dengan ilmu agama yang sikit, tetap mahu melawan dan akhirnya, saya jelas-jelas terlihat bodoh.
"Ikhlas itu perlu dilatih dengan banyak berbuat baik dan melaksanakan ibadah; kerana ikhlas itu hanya digunakan pada ketika itu. Kamu tidak perlu ikhlas ketika membuat maksiat. Contohnya, kamu tidak perlu ikhlas ketika berbohong atau ketika menonton konsert Lady Gaga. Jadi, latih ikhlas kamu dengan mula berbuat amal kebaikan. Andai ketika kamu sudah berasa riak, cepat-cepat beristighfar. Tidak ada cara lain selain cara itu, sekiranya soal ikhlas yang jadi masalah besar kamu," terang rakan saya dengan bersungguh-sungguh.
Tidak tahu saya apa perasaan saya pada waktu itu, tetapi terus saya berkata, "Kamu ada petua menjadi ikhlas?"
"Tidak ada petua sebenarnya melainkan kamu belajar dan terus berlatih. Namun ini cuma gambaran kasar, iaitu kamu fahami lagi maksud ikhlas itu. Kamu cari ertinya, kamu fahaminya. Kamu pelajari mengapa hidup harus ikhlas. Kemudiannya pada ketika kamu sudah faham, pertama-tama sekali, kamu jangan mengatakan yang kamu ikhlas."
Belum habis penerangan rakan saya, terus saya memotong, "Tetapi kalau saya katakan, 'Saya memberi sedekah ikhlas', itu bagaimana?"
Rakan saya dengan kepala dan tangannya, ikut memberi isyarat 'jangan'.
"Tidak usah. Kamu mahu beri sedekah, beri sahaja. Sekiranya mereka bertanya mengapa, katakan itu rezeki daripada Allah. Kerana pada ketika kamu berkata kamu ikhlas atau kamu mengaku kamu ikhlas, pada ketika itu sangat besar kemungkinannya, automatik kamu sudah menjadi tidak ikhlas."
Saya terdiam lama memikirkan kata-kata rakan saya.
"Pada akhirnya, pastikan kamu bukan sahaja ikhlas pada permulaan, tetapi juga ikhlas pada pertengahan semasa kamu berbuat kebaikan atau ibadah dan ikhlas pada pengakhiran pada ketika kamu selesai membuatnya," teman saya terus bersemangat menerangkan.
"Maksud kamu?" Saya bertanya tidak tahu. Betul-betul tidak tahu.
"Maksudnya, pada ketika mula-mula kamu berbuat kebaikan, niatkan itu semua kerana Allah bukan kerana mahu ganjaran, pada pertengahan terus niatkan kerana Allah, dan bukan kerana berasa diri hebat berbuat baik, dan pada pengakhiran teruskan niatkan kerana Allah, dan bukan mengharapkan pujian. Dan ingat, semakin kuat iman, semakin mudah untuk kita ikhlas. Jadi kuatkan iman dan insyaAllah ikhlas itu datang sendiri."
Saya mengangguk, namun hakikatnya pada malam itu saya asyik terkenang-kenang pada perempuan Islam cantik di kaunter itu. Lupa saya berkenaan ikhlas, dan hanya ingat berkenaan cantiknya. Ah, cinta mungkin. Sehinggalah pada esoknya, saya diuji dengan apa yang saya diajarkan oleh rakan saya.
Esoknya...
Hari itu semangat saya meninggi. Seperti semangat tentera Islam yang sudah mahu terbang ke medan juang. Saya sudah sampai ke kedai runcit itu dengan niat mahu menebus kebodohan semalam, dan dengan niat mahu bersungguh-sungguh mahu ikhlas.
Namun, ketentuan Allah juga, pada ketika saya melangkah masuk, perempuan Islam Melayu cantik sudah tidak ada di kaunternya. Digantikan pula dengan seorang perempuan Islam, yang sangat tidak cantik pada pandangan mata saya.
"Mana perempuan Islam cantik itu?"
Dan pada ketika saya bertanyakan soalan itulah saya tersedar, ikhlas itu benar-benar sukar. Segera saya mempersoalkan niat saya. Jelas lagi bersuluh, niat saya sangat tidak benar. Tetapi peluang itu tetap ada, peluang bagi menjadi hamba yang baik. Lalu dengan jiwa yang dipaksa-paksa, saya menghampiri juga perempuan Islam yang tidak cantik pada mata saya itu dan berkata,
"Carilah kerja lain."
Perempuan itu tersenyum manis dan lebar kepada saya. Aduh. Semoga dia tidak berfikir yang saya mahu menggoda dia. Dan aduh lagi, ternyata iman saya sangat lemah sehingga ikhlas itu menjadi sangat sukar. Ya, Allah ampunkan aku. Ampunkan.

Berbohong dan Menghampiri Zina


copy dari iluvislam

Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)
 
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.


Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong.

Tinta Hati Si Teruna


copy dari iluvislam.com


Hamba Allah,
No 124,
Taman seri kenangan,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman. 23 Julai 1993
Kehadapan awak-Bidadari Dari Syurga.
Saudari,
Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap awak. 
Sedia maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang untuk diajak ber"couple". Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.
Saya lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tahu semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu juga yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah S.W.T.
Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Saya tak mahu kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya.

Saya tahu apa yang awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali."
Tapi ada satu perkara yang pasti, saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya. walaupun awak tak pernah senyum pada saya, saya pasti awak baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak garang bertempat.
Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.
Seperti awak, saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak.  Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak. 
Surat ini ikhlas saya tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya.

Yang benar,
Hamba Allah
Setia menanti awak.

Moral : Jika ingin bernikah, mulakanlah langkah, Gunakanlah jalan tengah... Jika sempurna persediaan diri, bertemulah pada wali, Itu lebih mulia dan terindah. Sesungguhnya islam itu indah, maka jadikanlah islam itu sebagai cara hidup kita. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah~