Friday, 8 March 2013

Mahar Cinta Cinderella



buku karya Maya Iris.. sebuah buku, yang mampu membangkitkan semangat yang sudah layu, menguatkan iman yang mulai rapuh.. shortly, buku ni tentang seorang doktor yang berbangsa cina dan beragama Buddha. doktor ni, berkenalan dengan seorang perempuan, nur sayang, yang beragama Islam. pertemuan itu, membuatkan hati doktor itu, terpaut kepada Islam. sekaligus, minat dengan nur sayang. namun,cinta itu ditolak.. dia membawa rajuknya ke Gaza dan mengakibatkan dia kehilangan sebelah kaki.. namun, sudah jodoh, takkan ke mana.. mereka dipertemukan kembali.. 

buku ni, betul-betul menaikkan semangat juang aku untuk terus belajar. andai takdir mampu membawa aku menjadi seorang doktor, aku akan berada di jalan Allah. menyembuhkan penyakit orang, ataupun berada di perantauan, menyelamatkan orang yang lebih memerlukan..(ceewah).. aku belajar untuk mencari keredaan Allah dan Kasih-Nya terlebih dahulu. betullah, since aku budak aliran sains, aku sekarang try untuk jadi seorang doktor. bukan sahaja Malaysia kekurangan doktor, malahan, doktor yang beragama Islam pun kita kekurangan..  aku harap ada juga lah orang yang baca buku ni.. betul-betul mampu memotivasikan aku..

p/s : aku baca cerita awal sama akhir ja pun.. aku inda baca betul-betul pun.. penat bah.. kalau mau harap aku baca novel tebal-tebal.. bagi sebulan pun belum tentu habis..




notahati-siiparasit,
(gadis dalam koma)

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..