Friday, 8 March 2013

melayari kehidupan remaja



remaja kini, sering terjebak dengan cinta. ya, kita umat manusia. tiada yang sempurna.. tapi, tiah cuma aku cuma mau buat peringatan untuk diri sendiri. RAIHLAH CINTA ALLAH, SEBELUM MERAIH CINTA MANUSIA. ada satu lagu, tajuknya, antara dua kasih.

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya
Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

lepas aku dengar lagu ni, aku tiba-tiba bermuhasabah diri. aku cuba fikir.. selama ni, aku ada kah ingat Allah? aku pernahkah tergila-gila mencari Allah macam aku cari lelaki hensem? kita manusia biasa. kalau kita susah, barulah kita ingat Tuhan. bila kita mahu something, baru kita ingat Tuhan. 

diceritakan, satu ketika Rasulallah S.A.W berkata, "aku rindu akan ikhwan ku." lalu para sahabat baginda berkata, "bukankah kami ikhwan mu, ya Rasulallah"  sahut baginda, "bukan. kamu sahabat ku." sahabatbertanya lagi, "oleh itu, siapakah ikhwan mu?" baginda seraya menjawab, "ikhwan ku adalah ummat ku yang belum pernah melihatku. namun sering mengingati Allah dan rasulNya"

lihatlah sahabat, sesungguhnya, rasulallah merindui kita. rasulallah merindui ummatnya yang seiring dengan ajaran agama yang benar. itu baru diceritakan kasih rasul kepada kita. 

sudah dinyatakan, kasih Illahi tiada bersempadan. Allah berfirman, "turunkanlah kesusahan kepada ummat ini, sesungguhnya, aku rindu akan air mata mereka" .. sedarkah kita, Allah menguji kita, kerana Dia mahu kita mengingatinya. sesungguhnya, Allah sentiasa ada dengan kita. kita sering meminta, tapi sering melupakanNya. sering berharap, tapi jarang berusaha. Allah berfirman "aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri." maksudnya, kalau mahu berubah, semuanya bermula dari diri kita sendiri. begitulah manusia, sering alpa. namun, kita perlu usaha dan meyakini bahawa Allah sentiasa ada dengan kita. ingatlah, allah berfirman dalam surah asy-syrah, ayat 5-6 , "maka sesungguhnya dalam kesulitan ada kesenangan. sesunnguhnya dalam kesulitan ada kesenangan." kenapa Allah mengulang ayat itu dua kali? sebab : Allah betul-betul mahu kita yakin, bahawa setiap kesulitan, pasti ada kesenangan. oleh itu, andai kita ditimpa musibah, yakinlah bahawa pasti ada yang lebih baik menanti kita. kita merancang, Allah juga merancang. namun, perancangan Allah lebih baik dari kita. put our faith on Him. so then, we will save. 

kita umpama kapal yang berlayar di lautan, luas terbentang, tidak bersempadan. tapi, sudah banyak kapal yang sudah karam di laut ini. andai, kapal itu berbekalkan iman dan berlayarkan taqwa, insyaallah kapal itu mampu berlayar menongkah badai.




p/s : saya cuma seorang hamba yang cuba mengingati diri sendiri dan diri kita semua.. 


notahati-siiparasit
gadis dalam koma


No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..