Tuesday, 26 March 2013

siapalah aku..

assalamualaikum..



aku mungkin cuma insan yang tiada apa-apa di mata Allah.. aku mungkin bukan ummat Rasulallah yang mentaati baginda.. yang mengingati baginda.. pendek kata, aku bukan siapa-siapa.. 

baru tadi, aku tengok youtube.. cerita tentang Syamimi, pelajar UIA.. dia menderita penyakit yang tidak diketahui asbabnya.. sampai satu ketika, dia rasa dia mahu menemui ajal, dia berdoa.. andai setakat ini sahaja hayatnya, dia reda.. tapi, andai dia masih punya hayat, dia berharap agar dia sempat bertemu baginda SAW..  lalu, dia jatuh pengsan...
apabila dia buka mata, dia melihat satu kelibat serba putih... wajahnya, indah.. tenang dilihat.. lalu, orang itu berkata, "aku rasulallah.." baginda berkata lagi : "innallah ma'a assabirin" sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar.. selepas itu, Baginda berkata, "sampaikan salam ku kepada rakan seperjuangan mu.. " kelihatan, baginda menangis.. ( kita dapat rasa, betapa rindunya rasulallah kepada kita.. namun, kita yang sering lupa akan baginda.. ) selepas itu, baginda berlalu pergi..
syamimi tersedar.. lalu menceritakan pengalamannya.. rakannya menangis.. lalu, dia menggagahkan dirinya mengambil wudhu'.. tetiba, sakitnya menyerang semula. namun, kali ini, lebih parah.. amat perit rasanya.. dia pengsan semula.. lalu dia bermimpi, didatangi oleh empat orang lelaki berjubah hijau.. mengaku diri mereka sebagai sahabat Rasulallah SAW.. siapa? abu bakar, umar, uthman dan ali.. lalu, mereka berkata, " kami diutuskan oleh Rasulallah.. beginda menyampaikan salam kepada mu.." lalu dibacakan surah albaqarah ayat 106.. lalu, semua sakitnya, pulih.. bagai diberi tubuh baru..
dengan tubuh baru itu, dia terus sedar.. terus mengambil wudhu' dan sujud syukur.. 

rakan-rakan, percaya atau tidak, itu semua belakang kira.. yang penting, kita dapat manfaat dari pembacaan ini.. 

pernahkah kita sedar? rasulallah merindui kita.. diceritakan, satu ketika, rasulallah mengatakan, "aku merindui ikhwanku.." lalu para sahabat kehairanan dan bertanya, "bukankah kami ikhwan mu?" lantas Baginda SAW menjawab, "kamu sahabatku.." sahabat bertanya, "lalu, siapakah ikhwan mu" seraya baginda berkata " ikhwan ku adalah ummat ku yang tidak pernah melihat ku.. namun, hidup dengan syi'ar ku.. melakukan sunnah ku.. " - mungkin bendani aku sudah pernah tulis sebelum ni.. tapi aku mau tulis jugak.. mana tau ada yang inda pernah baca post tu.. aku sendiri punlupa apa tajuk tu post..
lihat, betapa sayangnya Rasulallah kepada kita.. namun, kita yang tidak sedar akan hal tersebut.. kita leka dibuai dunia.. leka dengan duniawi yang melalaikan.. ingatlah, dunia cuma persinggahan.. persinggahan untuk kita mandapatkan bekal untuk hari yang mendatang.. apabila kita mula dikuburkan, ketika itulah, perjalanan kita baru bermula.. di situlah titik permulaan bagi perjalanan kita.. kumpullah bekalan yang hasanah di dunia.. untuk bekal akhirat kelak.. ingatlah, mati itu pasti.. 
rasullah bersabda : " sesungguhnya, habbatus sauda' mampu menyembuhkan segala macam penyakit.. kecuali MATI "





p/s : post kali ni, bukan mau sakitkan hati orang lain.. cuma pesanan buat diei sendiri dan rakan-rakan.. ambillah manfaat dari pembacaan kali ni.. janganlah lakukan sesuatu benda tu sia-sia ,, biarlah ada hasil.. walau sikit...



wassalam..



:: tYa'Z tYaRa 96 ::

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..