Saturday, 13 April 2013

Di Mana Kita Sekarang

mungkin kita kurang sedar akan permasalahan ummat kini.. makin dikaburi nikmat dunia.. makin jauh dari suasana Islam.. makin lupa akan akhirat.. makin leka dengan harta.. INGAT, dunia cuma persinggahan.. dunia adalah persediaan untuk ke akhirat kelak.. aku sedar, aku memang bukan siapa-siapa di dunia ni.. bukan orang terpandang.. bukan orang termahsyur.. aku pun rasa, aku inda layak mau post ni benda..
TAPI,  Rasulallah bersabda : " sampaikanlah walau sepotong ayat "..

jadi aku cubalah cakap sikit.. kalau salah, harap dimaafi..

" rabbisyh rahli sodri wa yassirli amri wahlul ukdatan'millisaani yafqahu qauli "

remaja kini anggap ajaran Islam adalah kolot.. terlampau kekampungan kunun.. tapi, sedarkah kita? agama itu dibawa oleh Rasullah, pesuruh Allah.. pernahkah kita tanya diri kita? kenapa rasullah diutuskan? rasulallah diutuskan atas pelbagai sebab.. andai kita dapat lihat perbezaan zaman rasullah SAW dengan zaman jahiliyyah.. ,,

  • anak perempuan dibunuh.. dianggap pembawa sial dalam keluarga.. tapi, sedarkah dorang, tanpa perempuan, dorang tidak akan mendapat anak malahan mereka sendiri tidak akan lahir..
  • mencuri dan meropak satu amalan.. mereka ada fikirkah? macam mana, kalau dorang punya giliran lagi yang kena rompak? dorang boleh terima atau tidak..? 
  • zina dan minum arak sana sini.. 


apabila datang sinar Islam kira-kira 1400 tahun yang lalu, sinar itu sedikit demi sedikit menerangi di setiap pelosok dunia.. dari barat ke timur.. dari utara ke selatan.. sinar itu, membawa ketenteraman.. membawa kebahagiaan.. membawa kasih sayang.. membawa keamanan.. mengajar tentang tamadun.. mengajar tentang adab dan peraturan hidup.. mengajar kita mengenali Allah pencipta alam..

namun, selepas kejatuhan kerajaan turki uthmaniah.. sinar itu kian kelam.. kian sirna.. bukan salah kejatuhan kerajaan turki uthmaniah.. tapi, silap itu datang dari ummat Islam sendiri.. budaya Islam dilupakan.. ajaran Islam dianggap remeh.. Suasana Islam ditinggalkan.. pengajaran Islam dianggap kolot.. !! apa semua ni?? kemajuan tidak menghalalkan sesuatu yang haram.. dulu, Islam mengajar tentang tamadun dan peraturan hidup? namun kini, ummat Islam yang tiada tamadun dan peraturan hidup.. lupa pada pencipta.. lupa pada sunnah Rasullah..
Rasullah bersabda : " Islam datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing. maka beruntunglah mereka yang asing. sesungguhnya, mereka itulah yang menghidupkan sunnah ku "
masa kini, kalau kita nampak tabligh-tabligh lalu lalang, kita rasa ganjil, janggal, takut.. terdetik dalam hati "iihh, apa durang ni?? bikin takut jua.." itulah! kita rasa durang tu ASING.. ada yang cakap, "durang ni sesat ni.." 
nampak orang yang tutup aurat pun, kita hairan.. nampak orang pakai tudung, pakai songkok, "e'eeh.. alim jua ni orang.. "
kalau masa zaman rasullah SAW, usaha dakwah ni, bukan sesuatu yang asing.. usaha ini adalah usaha semua.. usaha dakwah berlaku setiap hari.. hari-hari kau boleh nampah orang berdakwah.. Madinah menjadi pusat dakwah.. Masjid Nabawi jadi pusat pemerintahan, pusat dakwah, pusat pengajaran.. mereka selalu mengimarahkan masjid.. cuba kita lihat masjid kita sekarang.. tapi. suatu hari nanti, keadan itu pasti aka pulih.. usaha dakwah pasti berkembang dan menjadi satu amalan.. insyaallah..
da'wah is not about I'm better than you, it's about let me show you a better thing..

mungkin, buat masa ni, ini saja antara usaha yang aku boleh buat.. ya lah, aku pun budak lagi masih.. masih banyak aku inda tahu pasal hidup ni.. banyak lagi benda yang aku mahu belajar.. tapi, aku sangat berharap usaha dakwah ni berkekalan.. kalimah Allah masih meniti di bibir setiap individu Islam..



P/S : moga kita dapat manfaat dari pembacaan kali ni.. kalau ada salah, itu datang dari kekurangan diri saya, yang baik itu pastinya dari Allah SWT.. segala salah dan silap, harap dimaafi.. aku ni budak baru..

Friday, 12 April 2013

Kisah Syaitan Membantu Pemuda ke Masjid




Seorang pemuda buta bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid . Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. 

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki dan memimpinnya. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya mahu bantu anda..”

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda buta itu bertanya kepada lelaki yang memimpinnya untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat?

lelaki itu menjawab

“Aku adalah Syaitan”

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, ‘Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat….’

Kesimpulan, 
Janganlah anda sesekali berputus asa untuk mengerjakan ibadah@kebaikan ke jalan Allah. Kerana kita tidak pernah tahu akan ganjaran Allah S.W.T kepada umatnya.