Friday, 19 July 2013

Sewaktu Kewafatan Rasulallah ;


Apabila roh ditarik dari ubun-ubun, baginda mengerang kesakitan sambil berkata. " Wahai Izrail, sakitnya mati ini."

Mengalir airmata Izrail seraya menjawab. "Tidak pernah aku mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu ya Rasulullah." 


Rasulullah mengadu kesakitan, berpeluh dahi baginda menahan kesakitan sakaratul maut.

" Wahai kekasihku, Jibrail. Sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya.?"

 Malaikat Jibrail tidak mampu berkata apa-apa hanya airmata yang mengalir.


"wahai kekasihku Jibrail. kenapa kamu tidak menjawab dan kenapa kamu berpaling.? Adakah kamu benci melihat wajahku.?"

Barulah Jibrail bersuara.
"Wahai kekasihku, sebenarnya aku tidak sanggup melihat kau dalam keadaan begini." Jibrail menangis semahunya.

"Wahai Jibrail, sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh umatku biar aku yang tanggung sekarang ini." ~


# begitu Rasulullah sayang kepada umatnya dan bimbang umatnya tidak mampu menahan sakitnya mati. Allahumma solli ala sayidina Muhammad.! 




copy dari kawan;
notahati-siiparasit


kenapa ?

REMINDER : this post is an expression of a depressed student with her school management. don't spread it. it is just as a place to convey feelings that had long been dormant by all of us..

assalamualaikum pembaca..

firstly, minta maaflah atas penggunaan english yang buruk tu.. I'm just a beginner..

oke, direct lah kn...  kami ni, budak-budak SPM sangat stress.. kenapa??
kami sangat kena push oleh guru-guru untuk belajar.. oke, practices make perfect.. but, this time, it is killing..
just bayangkan, kami ni budak asrama.. kami berdikari.. cuci baju sendiri, iron baju sendiri, main nya kami buat semuanya sendiri.. kami inda kisah kalau cigu mau buat kelas untuk upgrade resault kami.. tapi, kali ni memang labih sudah ni..

BAYANGKAN . . .

persekolahan bermula , 6.50 pagi.. mesti  ada di tapak perhimpunan jam 6.30 pagi..
berakhir jam 4.00 petang..
tapi sekarang ni puasa, jadual diubah lah sikit.. kami rehat dalam 10 minit.. tapi, kadang-kadang ada juga cikgu yang ambil masa rehat kami.. ya laaa,,, puasa kannn....
untuk hari isnin, kami belajar sampai 3.00 petang.. tanpa henti..
tapi untuk hari lain, kami berhenti sekejap jam 1.00petang untuk solat.. lepas tu, 1.30, sambung klas lagi.. belum lagi kalau ada cikgu yang mau buat kelas.. ada juga tu sampai jam 4.00 petang..

oke, sebenarnya, guru-guru ambil masa petang dan malam kami.. malam lepas terawih pun kami ada kelas.. sampai jam 10.00 mau tau jadualnya.. full betul-betul full...  kerja rumahyang kena bagi lagi banyak.. kadang-kadang kamibuat kerja rumah tu sampai pagi.. inda tidur..

mari tengok jadual kelas kami..

PETANG :

  • isnin : b. melayu
  • selasa : kimia
  • rabu : sejarah
  • khamis : matematik
  • jumaat : p. syariah islamiah
MALAM :

  • ahad : biologi
  • isnin : fizik
  • selasa : english
  • rabu : b. arab
  • khamis : add math
p. al-quran dan assunnah, ambil masa kelas sivik.. terpaksa.. tiada ruang sudah.. semua mau berebut..

tapi, syukur alhamdulillah, ada juga cikgu yang masih faham kami.. dia ajar kami sikit. lepas tu, masa yang lebih tu, dia biarkan kami belajar sendiri.. orang mungkin senang lah cakap.. tapi, orang inda rasa apa yang kami rasa.. penat kami lain...
mungkin, sekolah menengah biasa, yang bukan asrama, dorang kelas sampai jam 5.00 petang.. tapi, dorang masih ada masa malam untuk dorang belajar sendiri.. masa malam dorang, tiada orang ambil.. dorang yang manage sendiri.. dorang yang fix sendiri..
kami ni,,, tiada masa untuk belajar sendiri.. buat kerja rumah saja memanjang.. orang senang lah cakap, kerja rumah pun latihan kan?.. tapi kerja rumah dan buat latih-tubi sendiri, lain.. ada beza.. bayangkan, buku latih-tubi kami, masih cantik lagi.. belum ada masa mau buka buku lain..

pernah lagi satu kali tu, guru-guru berebut mahu masuk kelas kami..

kita yang belajar, menggunakan tenaga yang sangat banyak.. sebab  tu lah kita cepat penat.. kadang-kadang mengantuk di kelas.. belum kira lagi yang inda cukup tidur..

aku ni, di sini, cuma mau cakap, bertimbangrasa lah wahai manusia.. bukan apa, kami ni manusia.. bukan robot.. kami boleh penat.. cikgu suruh kami belajar, tapi cikgu sendiri inda bagi kami masa untuk belajar sendiri.. kadang-kadang kita perlu masa untuk diri sendiri...

guru - pelajar

kenapa tidur saja ni? tidur saja kerja kau di kelas...!
penat bah cigu.. semalam buat homwok..
penat! buat homwok! alasan ja memanjang..


~

cigu, kenapa kami kena push?? kenapa guru-guru inda bagi kami masa untuk belajar sendiri?
sebab guru-guru mau buat yang terbaik..
tapi yang penatnya kami.. kami yang belajar.. masa persekolahan kita start terelampau awal... 
namanya juga belajar..

orang senang ja cakap.. senang ja atur kami.. dorang pernah tau ka macam mana kami di asrama..? dengan bilangan warga yang ramai..dengan suasana dorm yang bising, menyukarkan kami untuk belajar.. bukan kami inda mau belajar.. tapi kamisudah terlalu penat.. sehinggakan masa yang terluang tu kami guna untuk tidur, untuk rehatkan otak.. 
bayangkan. guru-guru inda berhanti masuk kelas.. kami terpaksa switch cepat-cepat otak kami untuk pelajaran baru yang cabangnya berlainan.. contoh, bahasa arab, lepas tu kimia.. kan lain tu cabangnya.. 

dont | via Tumblr


keep praying for us.. SPM is chasing us.. running faster than we expected.. while the teachers, didn't understand what do we feel right now.. fortunately, we still have several teachers that still understand our serious condition and friends who always supporting each other.. 
sometimes, this condition is unbearable.. and it leads us to break school rules that very burdening us.. 

English Quotes シ | via Facebook

p/s : thanks for the reading.. aku cuma mau meluah rasa hati yang sudah lama terpendam dan tidak tertanggung lagi.. maaf atas post yang tidak berfaedah ini...


notahati-siiparasit

Friday, 12 July 2013

:: 6 Teka-Teki Imam al-Ghazali ::


dapat dari kawan.. aku copy paste ja.. apa-apapun, yang penting, ilmu yang kita mampu peroleh..


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?
 Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka

Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?
 Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalahMEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah

Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
 Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
 Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Ihya Ya Ramadhan.. ://2013


assalamualaikum fellas.. memang lama sudah inda buka ni blog.. memang tiada masa pun sebenarnya.. tapi, aku teringin betul mau post something di sini.. hohohohhhh.. 

sekarang bulan puasa, memang banyak faedah bulan puasa ni.. kita senang kumpul pahala.. so, aku mau share lah sikit pasal fadhilat Ramadhan..


Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulallah SAW bersabda : " apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka di tutup, dan syaitan dibelenggu "  ( hadith riwayat muslim )

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

oleh itu, marilah kita beramal soleh di bulan yang mulia ini.. di bulan ini, terdapat malam lailatul qadar.. malam lailatul qadar itu jugalah turunnya al-Quran.. manfaatkanlah peluang yang masih ada.. belum tentu kita mampu berjumpa Ramadhan tahun depan.. ajal maut, di tangan Allah..


selamat berpuasa.. (^_^)\/


notahati-siiparasit