Friday, 19 July 2013

Sewaktu Kewafatan Rasulallah ;


Apabila roh ditarik dari ubun-ubun, baginda mengerang kesakitan sambil berkata. " Wahai Izrail, sakitnya mati ini."

Mengalir airmata Izrail seraya menjawab. "Tidak pernah aku mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu ya Rasulullah." 


Rasulullah mengadu kesakitan, berpeluh dahi baginda menahan kesakitan sakaratul maut.

" Wahai kekasihku, Jibrail. Sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya.?"

 Malaikat Jibrail tidak mampu berkata apa-apa hanya airmata yang mengalir.


"wahai kekasihku Jibrail. kenapa kamu tidak menjawab dan kenapa kamu berpaling.? Adakah kamu benci melihat wajahku.?"

Barulah Jibrail bersuara.
"Wahai kekasihku, sebenarnya aku tidak sanggup melihat kau dalam keadaan begini." Jibrail menangis semahunya.

"Wahai Jibrail, sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh umatku biar aku yang tanggung sekarang ini." ~


# begitu Rasulullah sayang kepada umatnya dan bimbang umatnya tidak mampu menahan sakitnya mati. Allahumma solli ala sayidina Muhammad.! 




copy dari kawan;
notahati-siiparasit


No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..