Sunday, 7 December 2014

Hikmah Sakit

Assalamualaikum dan hola readers :)

Agak lama jugak saya tidak buat entry. This is just a short entry from me. Hope u guys enjoy lah. Hehehe.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah.
Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar.
Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah.
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad.
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat.
Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim.
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa.
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa.
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati.
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian kali ni bermanfa'at. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar.





notahati-siiparasit

Monday, 3 November 2014

Hayatilah Nikmat Selagi Ada

assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.

saya kurang berani untuk mengangkat tajuk yang berat. saya cuma sampaikan apa yang saya perolehi. Allahumma yassir.

kebanyakkan umat Islam hari ini, lupa akan nikmat yang Allah berikan. mereka menganggap bahawa merekalah insan yang paling malang. sedangkan Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan Dia tahu bahawa hambaNya itu boleh menempuhinya.

setiap hembus nafas adalah nikmat. Allah kurniakan kita mata, tangan, mulut, kaki, telinga. penuh nikmat yang hakikatnya tidak kita sedari. alhamdulillah kita masih dikurniakan kehidupan.

oke. itu mukaddimah baru. sori laa. panjangkan? hahahaa. oke.

umat Islam lupa. atas dasar apakah kehidupan kita? kita hidup di dunia sebagai pembawa syariah islamiah. menyebarkan keindahan Islam kepada dunia. ya, dalam khutbah terakhir Rasulallah  SAW, baginda menyebut, "telah aku sempurnakan agama bagi kamu" jadi maksudnya, Islam itu sudah lengkap. lengkap dengan rujukan; Al-Quran dan As-Sunnah.

ya, agama kita sudah lengkap. pengisian dalam sanubari kita? cuba tanya diri sendiri. saya serba kekurangan. ilmu masih cetek.

brieffing sikitlah kan.

ayat pertama yang kita baca dalam Al-Quran.
Bismillahirrahmanirrahim. dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

sifat Ar-Rahman; Maha Pemurah. Allah berikan nikmat global kepada semua manusia. tidak mengira agama. maksudnya, Allah berikan nikmat hidup kepada semua manusia. tidak kira beriman kepadaNya atau tidak. nikmat Allah itu universal.

sifat Ar-Rahim; Maha Penyayang. ok. yang ini barulah special. Allah berikan nikmat ini hanya kepada umat Islam.

untuk ulasan penuh tentang sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, bolehlah rujuk site yang lain. boleh rujuk di sini :) atau di mana-mana site.

baiklah.

point yang saya cuba sampaikan ialah kita lupa yang Allah itu sayang kepada kita. Allah itu kasih kepada kita. Rasulallah? baginda SAW amat merindui kita. sedar? saya juga insan hina yang sering alpa akan hakikat ini. buktinya, kalimah basmalah adalah ayat pertama yang kita baca dalam al-Quran. kalimah pertama bagi semua surah.

ramai yang anggap ringan kalimah basmalah. dan tidak menghayati ertinya.
kita sering mengungkap kalimah ini.
setiap langkah, kita baca ayat ini.
sebelum jawab paper, baca basmilah.
sebelum keluar rumah, baca  basmalah.
sebelum kena hukum cikgu disiplin pun, masih lagi baca basmalah. hahaha.

kita percaya akan kalimah basmalah. keramat kan?

tapi, sebelum ini, saya cuma baca, untuk buang rasa gusar, rasa gentar. saya yakin akan kalimah basmalah, mampu mengubah dunia saya. tapi, saya lupa untuk menghayati erti kalimah ini.

jadi, saya mau bawa kita semua, untuk memahami erti basmalah.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

simpan dalam sanubari, bila baca ayat ni, ingat. Allah sayangakan kita. Allah kasih akan kita. Allah berikan peluang dalam segenap kehidupan kita. percaya akan nikmat Allah. bersangka baik kepada Allah. betapa bernilainya kehidupan kita ni. penuh nikmat. penuh misteri. Allah is the best planner. ingat tu geng. 

jadi, apa yang saya mahu sampaikan ialah, hayati erti basmalah. hayati kalimah Bismillahirrahmanirrahim. jangan sekadar ungkap, hayati, tanam dalam diri nilai kasih dan percaya akan takdir Allah. dengan itu, bukankah hidup akan jadi lebih indah? renungkan :)

itu jak isi yang aku cuba sampaikan. briefing tu yang panjang. maaflah, sudah lama inda buat penyampaian murni dalam blog ni.

sekian.
terima kasih kerana sudi membaca karya saya, yang tentunya masih ada kekurangan. saya boleh nampak penyampaian saya agak messy.
by the way, have a nice day fellas. put your faith in Allah. jangan pernah ragu akan takdir. usaha paling perlu.

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku, adalah hari kematianku. Engkau hidupkan kami dalam iman, Engkau matikanlah kami dalam iman, masukkan kami ke syurgaMu dengan iman. amin ya rabb.





notahati-siiparasit 

CEO Movie ~

assalamualaikum and hola yuollss ;) hahahah


okeh. aku mau cerita sikit lah pasal CEO punya muvi ni. acctually aku tengok cerita ni pasal ada Beto Khusyairi. nguaaahahahaaa. weh, aku minat gila lelaki nii. aku start tengok dia dari cerita bersiri - Geng Surau. best gila. cerita tuh.

entah lah kenapa aku minat lelaki ni? tapi dia memang smart lah belakon. hampir semua cerita yang dia berlakon aku tengok. ok, simple lah kan, dia hebat berlakon.

apa yang aku mau share pasal movie ni?
movie ni banyak ajar aku erti kehidupan.

pertama ; kita bukan selalu ada di atas. kalau kita di atas, jangan pernah lupa pasal orang yang di bawah. hidup ni sekejap jak. kalau Allah mau tarik nikmat tu, tiada siapa dapat halang, tiada siapa tahu bila.

kedua ; bersyukur. segala kudrat yang diberikan adalah nikmat. segala nafas hela juga adalah nikmat. mengapa perlu mengeluh. nikmat Allah itu luas.

ketiga ; jangan sombong. jangan riak. ingat, kita hidup bermasyarakat. saling menghormati, itu yang penting.

keempat ; we will never feel happy if kita tidak menghargai kehidupan. so, hargai setiap detik kehidupan, dalam apa keadaan sekalipun.

banyak lagi rasanya yang aku dapat dari movie tu. tapi, aku pun inda tau mau tulis apa lagi. so, sampai sini sajalah.

hahaha.

apa-apa pun, aku memang minat Beto Khusyairi. you rock bro!! peace~ hahah

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amiin.



notahati-siiparasit 

Thursday, 23 October 2014

Ages~ ToT

assalamualaikum and holla visistors

it has been ages this blog became 'krik krik'. hahahaha. tengok la title tu apa? -AGES. how come this kind of crazy thing popped out? cannot be answered right?

orait.

lama gila ehh blog ni sunyi sepi, kelam ditelan masa. usang. terbengkalai. tergendala. hahaha. well, orang sibuk la dikatakan. *blueekkkk!! okeh. aku mau start dari mana aa? aku blank bah. banyak benda yang jadi sebenarnya. ya lah, start from August until October. can you imagine? how many moment I've gone through? fuuuhhhhhhh! hahahaha. terasa jugak la mau update binatang ni. tapi, sibuk laa, line gila laa. hahahaa.

selepas balik raya, kami ada Putra Cultural Night. for that, you guys can refer lah my another blog. actually that blog is for our BBI project. ohh, WAS actually. hahahaa. orait, klik sini for Putra Cultural Night story.

oke. kepala aku loading ni mencari cerita. so, let me mengarut lah yaa. mohon maaf. :)

* tengok gambar di telefon dulu, ditemani lagu 90's ~

oke. dalam banyak-banyak moment, aku mau pilih satu lah. yang lain untuk entry lain laa. in syaa allah.

kisah bermula ;

masa tu study week. exam bermula pada 7 Oktober. pada 5 oktober, keinsafan mula meresap ke dalam diri setiap insan yang benama Fatihah (saya sendiri), Aida (roommate) dan Tracy (roommate). kami baru mau start belajar la kiranya.

namun, atmosfera pada ketika itu amat tidak membenarkan. lalu, tercetus satu dialog antara 3 ekor jebon ini ; aida, tracy, fatihah

*krik *krik *krik
jom. kita tidur hotel.
biar betul?? hotel mana?
betul?
promenade kan ada
yang itu mau jugak 400 satu malam kali
ok. Inn86. dalam 86 ringgit satu malam. singgle bedroom.
bayar?? kejap, cek duit. (settle) oke. jom!
orait!!
~~~~~~~

lalu, pack barang lah kami nii. mau tidur hotel lah katakan. 
aida call hotel for reservation. and, we a got a singgle bedroom. 
aku call Matt, senior degree BSBi, untuk minta hantar ke hotel. kami agak rapat jugak dengan Matt ni. 
what a pleasure! bileh melarikan diri dari penjara diri. hahaha. 

dalam kereta Matt ;
kamu mau pegi mana ni?
Inn86
bermalam ka?
ya ;)
bukan kamu study week ka?
sebab study week la kami jalan ~xF
.. semua dalam kereta tu ketawa ..

sesampainya di sana. kami pegi beli makanan dulu

lepas isi perut, kami memulakan misi kami.
BELAJAR !!

tetiba. bunyi hujan kedengaran. 

ehh. hujan.
bukan laa. aicond.
adeeh. hujan la tracy.
tadikan, masa aku kol hotel ni, dia cakap apa tau?
; ok cik. reservation under fatihah. bayaran RM86. single bedroom dengan tingkap.
~~~~~~~

lepas tu, semua ketawa. sebab apa cuba?

TIADA TINGKAP!

ahahaha. ya laa. hotel tu at shop lot. then, dia di tengah. tu lah pasal. 

well, worth it la tidur hotel. even tiada tingkap. nguaahahahaa.

sebab aku dapat belajar dengan penuh tenang dan semuanya masuk. alhamdulillah. semua nya berjalan lancar.

satu malam saja kami di sana. ok laa. everybody said we're mad. yes we are! proud to be!! 

oke. macam biasa. setiap post aku disusuli gambar.

silakanlah ~






adios amigos fellas. thanks for landing ;0
have a nice day ~
credit to photographer : aida adilah suhaimi




notahati-siiparasit



Monday, 4 August 2014

Melodi Hati Bertinta Sepi

ayat macam sasterawan kau Teah!

ok la. lama aku inda update benda ni.

harap maaf terlebih dahulu, jikalau ada yang berasa kurang senang atas penggunaan ayat 'aku' dalam post ini. sebab, jari ni cuma merungkai yang terbuku. so, chillax :)

aku mau cerita.

1. aku sambung study di mana? cerita ni pendek ja. jangan risau laa
2. semangat seorang pendidik itu di mana? macam tiada kaitan cerita yang first dengan yang second kan? mu tunggu je loh.

test mike...

usang abis ehh ni blog !

bismillahirrahmanirrahim. before I proceed, kepada pembaca, sila ambil yang positif dan buang yang negative. ini adalah luahan rasa dari aku sendiri. harap maklum.

aku pernah bercita-cita jadi cikgu. and even sampai ke hari ini, rasa tu belum pudar.

ok, cerita bermula ..

aku sekarang di UPMKB. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. di mana? Bintulu, Sarawak. ok. kos? diploma kesihatan haiwan dan peternakan (DKHP). so rasanya cukup la tu kan?



aku inda tepikir pun yang aku akan sambung bidang sains. sebab dalam kepala aku masa dulu, aku mau ambil sejarah. tapi takdir bawa aku pegi sini. so kasi jalan saja la. kau boleh ba tu teah :)

lepas tu, banyak la kawan keluar, masuk IPG durang, dapat tawaran.

terus kepada point, masa tu kami bercerita, ramai la kami tuuu. terkeluar la cerita pasal seorang guru yang tidak mahu mengajar di pedalaman.

ok. aku inda salahkan sesiapa la di sini. sebab masing-masing ada pendapat.




hujah kenapa durang inda mau mengajar di pedalaman?

1. tiada line, atau wifi. susah la mau connect dengan people. ya. diakui semua. teruatamnya generasi-Y. budak-budak moden kan. zaman dah berubah, cakap nenek yang selalu di TV dulu tu.

2. susah hidup sana. belum biasa kan. mana air la segala.

3. some, dalam hutan, redah sungai, lumpur segala. infection penyakit lagi belum dikira.

4. persekitaran. biasa la tu, berbeza kan tempat kita. so, memang ada yang inda selesa.

5. infrastruktur dan prasarana (tinggi ayat aku. lama inda di asah ni.) yang ini semua orang akui la.

6. jauh dari pekan. kalau ada pun pekan koboi ja kali. susah mau dapat barang kalau masa emergency. so, kena sedia awal la benda tu.

kalau ada idea untuk di atas ni, kalau aku ingat apa durang cakap, aku tambah aa.

ok. terus kepada hujah aku.



kenapa aku mau mengajar di pedalaman?

1. dapat didik budak-budak di situ. supaya durang inda ketinggalan jauh dari budak yang duduk du bandar.

2. yes, susah mau dapat line. aku akui. tapi kalau bukan kita yang didik durang, sepa lagi? kau mau panggil PM? banyak lagi kerja durang bah sana?

3. semangat mengajar tu yang penting. kita tengok dorang belajar, dorang rajin, benda tu yang bakar semangat kita untuk terus bantu durang.

4. mengajar untuk durang terus maju memacu jaya. lihatkan kepada dunia, mereka mapu berjaya. kalahkan budak-budak di bandar sana. RAJIN! itu yang penting.

5. kalau setakat tempat tinggal, prasarana segala bagai binatang tu, benda boleh diatur bah. inda puas hati pasal air api, pegi mengadu saja sama kerajaan. in syaa allah durang bantu. macam tau saja kau sana teah! 

hujah aku memang inda banyak. sebab aku inda tau macam mana mau luah rasa tu. nanti ada la ni di bawah-bawah ni nanti hujah aku tu. baca ja la aa kalau sanggup.

tapi aku pernah mau jadi cikgu sejarah.



kenapa aku mau jadi cikgu sejarah? topik baru. tiba-tiba keluar. ahahaha.



1. sejarah selalu dianggap bosan
2. guru perampuan selalu bosan

so. aku mau ubah presepsi yang di atas ni. aku mau dunia melihat, yang ada spesis orang yang macam TEAH ni wujud. aku mau buka mata dunia. seorang guru sejarah perempuan menarik minat pelajar kepada subjek sejarah!

tapi takdir bawa kau pegi tempat lain. so. jalan saja dulu. takkan merasa manis kejayaan tanpa perit derita dalam perjalanan.

so, yang aku mau sampaikan di sini, jadi cikgu tu, biar ikhlas dari hati. ya allah, indahnya title cikgu tu. satu title yang aku mau pegang dari dulu. kalau aku habis diploma ni, aku mau try apply apa-apa saja la. yang penting CIKGU SEJARAH.

kepada pembaca, guru, bakal guru, jangan terasa sangat. saya minta maaf. sebab ini adalah sudut pandangan seorang Teah. insan hina yang bercita menjadi guru sejarah.

ya, aku inda tau apa yang dilalui para guru, tapi, aku minta supaya semua guru mempunyai jiwa pendidik.

cipta sejarah sendiri -dg sarifah ag alli, ibu-

ilmu cuma sebagai batu loncatan. semua tu dari semangat diri -agku jali b pg abbas, nyian- 

aku bukan mau salahkan sesiapa. tapi, aku mengajak semua warga berfikir sejenak. apa tujuan kita hidup?

paling penting, kita dapat menabur bakti, walau sedikit kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara, dan agama.

di sini, saya menyeru agar kita mendoakan sahabat kita di Palestin sana. atas dasar semangat jihad islamiah dan nilai kemanusian.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin.


sekian. selamat hari raya.

MERDEKA RAYA !

oh yes. lupa. aku lahir 04 Ogos 1996. so, kalau ada yang berminat, wish la saya ya. ahahaa.
biasalah, perangai budak yang baru mau up ~




notahati-siiparasit

Thursday, 10 April 2014

Institut Pengajian Guru

asslamualaikum..

readers, please be concern of the tittle above.

aku memang minat mau jadi cikgu, and guess what?

aku dapat ujian kelayakan guru .. kamu rasa subjek apa? SEJARAH !!
really unexpected and benda yang memang aku hajatkan.. tapi, sebab kononnya, aku takkan dapat subjek sejarah dalam IPG, so aku lupakan saja cita-cita aku yang sudah tinggi menjulang tu. tu laa, tak fikir panjang-panjang.

aku memang mau pergi temuduga tu. but, I'm at Selangor right now. it will cost amount of money to go back to Sabah. aku sambung study di Selangor. sudah la, fastraight (fast and straight), boleh pula cita-cita nak balik Sabah just untuk temuduga. sempat ka mau kejar subjek-subjek yang terlepas? study in class pun, macam inda betul saja. huh,,,,,,

ya. memang aku minat sejarah. being a teacher is my ambition since I was a little girl. HISTORY. the subject that I wish I could hold it till the end of my life.

but, I've gone through this path. its hard to turn back. it will cost some uncountable.

so, doakanlah, jalan yang aku pilih ni, memang jalan yang betul. ya, memang aku mahu jadi cikgu. tapi susah untuk aku patah balik sekarang. ya, memang belum sampai one month, tapi banyak mau pimkir baaah..

for your information, aku sekarang ambil foundation in science. aku sambung medic? no, veterinary. aku mahu rapat dengan haiwan. ya la, since kononya, aku tiada chance untuk ambil sejarah dalam IPT. sebab, untuk ambil sejarah mesti art stream. so, I'm a science stream.

ada beberapa hari jugak lah untuk tangis aku reda. itu baru tangis, sedihnya, sampai ke hari ni still ada kot. tambah-tambah lagi aku dapat tawaran IPG dalam fiield sejarah, tapi aku sekarang di Selangor lah pulaaaaa.. heihh.. memang sedih la.. tapi, mesti ada hikmah punya lah.

alku yakin akan kekuasaan Allah.

lagi pun, kawan sini best. they make me feel like in hometown.

but my friends out there, YOU ARE IRREPLACEABLE !! ingat tuuh..

aku berharap, aku dapat catch up semua subject dan dapat lulus exam untuk sambung jadi vets. amiin, ya rabb.

ya Allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui akan segala yang ada di langit dan di bumi. aku berharap agar jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang terbaik dalam hidupku. janganlah engkau tunggang terbalikkan kehidupanku dan hatiku. bantulah aku dalammenempuh hidup ini. amiin..

ya Allah, bantulah misi pencarian MH370

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. matikanlah aku dalam keadaan yang paling engkau redai. amiin



p/s : sori lah. tiada gambar kali ni. handphone aku tak bukannya canggih pun. hehe..



notahati-siiparasit

Wednesday, 2 April 2014

payah kukejar, namun kini terpaksa kulepaskan

asslamaualaikum.

aku inda tau la mau cakap apa. tapi, yang aku tahu, aku rasa sedih sekarang. dan yang pastinya, post kali ni, pendek saja.

aku minat mau jadi cikgu, ajar sejarah. master in history subject. but, tetiba, asasi sains kemanusiaan hanya untuk budak sastera. aku budak sains, jadi, macam susah la jua mau masuk sana. bukan inda boleh, boleh. tapi, banyak masa terbuang.

lepas tu, aku lepaskan. walau pun menunggu berhari la juga sedih aku tu mau reda. ya, aku sedih, aku nangis. dan rasa tu meresap ke dalam aku sekarang.

aku cuba ubah minat aku sepenuhnya ke arah sains.

bila aku pikir balik. aku mahu jadi one of the teachers. one of ahli bahasa, maybe.

aku pikir lagi, dapat ka aku angkat subjek sains aa?
allahumma yassir, wa la tu'assir, ya kareem.

aku harap, aku pilih jalan yang betul. amin.

UPSI. salah satu cita-cita aku. aku mahu betul masuk tempat ni. seriously, aku memang mahu masuk tempat ni.

aku pernah menggantung impian, setinggi bintang di langit. sambung sejarah. mau ambil phd. tapi kini, kubiarkan ia tergantung, tanpa dicapai. kalau ada rezeki, aku bawa harapan tu turun, biar menjadi benih yang bernas, boleh dituai semua.

setip yang berlaku pasti ada hikmah. kita merancang, Allah juga merancang, tapi ingatlah, perancangan Allah adalah yang terbaik.

ya Allah, berikanlah aku pengetahuan untuk mengenalpasti setiap hikmah yang kau berikan padaku. amin.

makin aku tulis,

makin aku sedih,

makin buat aku rasa sayang.

tapi, aku harap, jalan yang aku pilih, adalah betul.

ya allah, tetapkanlah hatiku dalam memilih jalan ini. jangan engkau simpang siurkan ia. permudahkanlah jalan bagiku. di dunia dan di akhirat. amin.

.nath. | via Tumblr

beautiful words

When you can't change H.Jackson Brown Jr Quote by LabNo4 on Etsy

Adult quotes best wallpaper 2014

<3


sepenuh rasa, jiwa dan raga ;
notahati-siiparasit

Tuesday, 25 March 2014

SPM has been announced !

20 april 2014

tarikh bersejarah bagi semua candidates SPM. setelah bertungkus-lumus selama 2 tahun, menjawab kertas dalam sebulan, menunggu dalam anggaran 3 bulan. semuanya terjawab dalam satu tarikh keramat.

well, apapun result SPM tu, ia tidak menentu jalan kehidupan. yang penting usaha dari diri. jangan jadikan SPM ni sebagai penentu hidup. yang penting, kita percaya dan sentiasa berusaha.

yang lepas, biarkan, jadikan rujukan. yang mendatang, tempuhi dengan hati terbuka. tiada siapa tahu apa pengakhiran hidup kita. semua tu, rahsia Allah. kita cuma mampu berusaha.

jangan jadikan sehelai kertas sebagai penentu kehidupan.

okey, banyak cakap, memang kamu mahu tau result aku kan?
5A, 4B, 2C. inilah bahagian aku, ini rezeki aku. aku terima. sebab tiada siapa tahu apa pengakhiran aku nanti.

bahasa melayu ; A+
bahasa inggeris ; A-
sejarah ; A-
matematik ; A
bahasa arab tinggi ; B+
fizik ; B
kimia ; C+
biologi ; B+
pendidikan al-quran dan assunnah ; C+
pendidikan syariah islamiah ; B
additional mathematics ; A-

apa? menayang ka? inda pa la, sekali sekala. memang result aku inda la latup. tapi aku rasa bahagia dapat result begini.

target?
aku masa SPM tiada target pun. itu yang jadi gitu tu kali kan? tapi satu ja la target aku ; aku mahu addmath aku lagi tinggi dari math, tapi tiada rezeki.

so, thats all. aku doakan, batch96 terus memacu gemilang di masa hadapan. masa depan adalah milik kita. so, its up to us, how we will handle it.

aku mau cakap banyak, macam tiada idea ta. jadi, sampai sini ja la aa..

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. matikanlah aku dalam keadaan engkau paling reda. amin. 

kalau ada rezeki, aku mau update pasal staying activity at papar. with my dearest friends. #hanako#zarina#panad.

so, see ya. adios. thanks for reading.


notahati-siiparasit

#MH370


assalamualaikum. 

for 17 days, waiting for an answer, and now it ended. 
8 mac, MH370, hilang. 24 mac, disahkan berakhir di lautan india. berakhir? maksudnya? terhempas? 
aku rasa benda tu masih jadi tanda tanya.

kita, sebagai orang yang inda dapat buat apa-apa ni, kita doakan yang terbaik. mudahan, misi pencarian kotak hitam dipermudahkan. in syaa allah, kita mampu jumpa kotak hitam tu. cuma di situ, segala persoalan dapat dirungkaikan. kita cuma mampu mendoakan yang terbaik.

kita kadang-kadang lupa betapa berkuasanya doa. allah mendengar doa-doa kita. allah mendengar doa-doa hambaNya. yang penting, istiqamah dan percaya atas bantuan allah. allah suka mendengar rintihan kita yang bersungguh-sungguh. 

doa adalah senjata orang mu'min.

ya Allah. allahumma yassir wa la tu'assir ya kareem. ya Allah, permudahkanlah misi pencarian kotak hitam. semua yang terjadi adalah atas kehendakMu. setiap yang berlaku, pasti ada hikmah. fainna maal usri yusra'. inna maal usri yusra'. maka, bantulah kami dalam mengenalpasti hikmahMu, agar kami tidak terpesong dari ajaranMu, dari agamaMu. ya allah, kuatkanlah hati kami, dalam menempuh cabaran di masa akan datang. amin, ya rabbil aalamin. istajibillahi ma du'a ana. istajibillahi ma du'a ana. istajibillahi ma du'a ana.
ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. matikanlah aku, dalam keadaan yang paling Engkau redai. amin.

Friday, 7 March 2014

Masa Cuti

asslamualaikum..

masa cuti ni, aku banyak habiskan masa di rumah.. asal orang tanya, 'kau buat apa teah masa cuti ni?' jawapannya ; 'teda, duduk-duduk ja jaga adik..'
tapi banyak juga yang aku fikir masa cuti ni.. kebanyakannya, throwback..


antaranya, peristiwa . . .


ABANG SEPUPU AKU SELALU DATANG KE RUMAH DULU MASA UMUR AKU 10 TAHUN
bila aku main sama adik sepupu aku, dorang datang ke rumah, baru aku tahu kenapa abang sepupu aku dulu, rajin betul ke rumah, main sama-sama kami.. sebab, dia menunggu keluar SPM. macam aku sekarang ni. baru la aku tahu. dei! tu la, dari dulu kau tiada tanya sama dia. tapi memang best la masa abang datang, main ja kerja kami.


CUCI KASUT
masa sekolah rendah dulu, aku cuci kasut, aku taruh sabun cuci kain tu, sikit saja. lepas tu, curah air atas tu sabun, supaya ada banyak buih. bagi aku, buih tu la yang kasi bersih tu kasut. padahal, sabun sikit saja, buih saja gah. kaka sepupu aku tegur,
eh, kenapa sikit saja sabunnya ni?
cukup ba ni.. nampak tu, banyak buihnya..
buih ja banyak, sabunnya sikit. mana mau bersih tu..
bersih bahhh..
memang bersih pun, tapi sebab aku ni telampau kuat menggosok. el magnifico kan?
itu lah, budak-budak..
sekarang ni! heihh, sabun si teah letak punya main banyak! ya la, tinggal di asrama lagi, memang la banyak belajar.
♡_♡


TADIKA
masa aku hantar adik aku ke tadika, ada jugak budak yang menangis. padahal, minggu ke berminggu sudah belajar sana, masih jua begitu..

terkenang la pula masa aku mula-mula ke tadika dulu. aku ada 4 buah tadika. ya la, nomadkan? berpindah randah. mula-mula, aku tinggal di Taman Kuala Menggatal. di sana aku mula sekolah, Tadika Ummi namanya. lepas tu, dalam bulan 5, aku pindah ke Papar. jadi, di sinilah bermulanya pengembaraan aku dalam mencari sekolah yang sesuai dengan aku.

mula-mula, aku sekolah di Tadika Bintang. kalau aku inda silap la, itu namanya. baju warna hijau. 2 minggu ja, terus pindah. sebab, aktiviti hari-hari sama, mama aku inda minat cara belajar yang begitu.

kedua, Tadika JHEAINS (jains). aku tau kamu payah kan menyabut kan? di sini ni, ok ja sebenarnya. tapi, sebab ada satu budak ni, G E M U K, BESAR lagi, lelaki, dia senyum-senyum sama aku. mesra bah sebenarnya. tapi aku takut. hahaha,, terus satu hari ja aku sekolah sana. masu sekolah rendah, jumpa juga dengan budak tu, inda pula aku takut. jadi kawan bemain, begaduh lagi.. nah, sudaahh..

ketiga, Tabika Perpaduan. di sinilah aku bertahan sehingga aku umur 6 tahun. graduate dari sini la aku. ceh, ayat, GRADUATE kunun. di sinilah aku mula kenal seseorang, yang aku minat. macam tai anak damit ani


MEMBANGUNI BUNGSU AKU DARI TIDUR LENANYA
bungsu! bangun! bangun! *sambil lompat-lopat di katil
hish! orang mau tidur masih bah. 
bungsu ni pemalas eh. bangun!
hish! sibuk saja, kacau urang tidur.
Untitled
bila sudah tua macam ni, baru lah aku tahu kenapa tidur tu amat diperlukan. mana penat belajar, penat di asrama, rasa malas nya yang tinggi tebal menggunung. HAHAHAHA.. nah, rasa la kau teah!


NENEK KEBAYAN
masa umur aku 7 atau 8 tahun, aku jalan kaki saja ke sekolah. jadi, ada satu rumah ni, mau cakap buruk, inda jua. tapi macam inda terurus la. tapi ada orang tinggal dalam tu.
tetiba, timbul lah cerita karut marut yang kena pungut entah dari mana, kununnya rumah tu rumah nenek kebayan tinggal. takut kunun aku mau lalu situ. tapi kekadang berani jugak.
bila sudah besar ni, terasa lucu pula. ya la, boleh aku pecaya cerita fantasi macam begitu? LUCU!


BAWANG PUTIHBAWANG MERAH (VERSI HITAMPUTIH) CATHAY KERIS
dulu, masa sekolah rendah, aku memang addicted liat cerita ni. tengok la berapa kali, inda pandai boring. mau dijadikan cerita, aku TERPENGARUH dengan cerita ni. kononnya, aku BAWANG MERAH. 
menyanyi la aku buai laju-laju atas buaian besi. tiap petang ada saja aku di sana tu. bukan lagi, TIAP MASA FREE. 
pok mengunjar tulang ikan lagi. padahal, sendiri yang buang. siap hafal skrip lagi ; 'semut-semut,tolonglah carikan tulang mak aku', tengok, sampai hari ni aku masih ingat. aku pun, pok la ikut semut tu, memang dia pi tempat tulang ikan tu. ya la, kalau mau difikirkan balik, memang la semut tu pegi tempat tu tulang, kalau sudah itu makanannya. betul inda?
ketawa jua aku bila ingat balik tau.


KOLAM
dulu, masa aku masih tinggal di taman kuala menggatal, ada satu tempat ni, macam kolam. jadi, aku siap kasi nama lagi. yang tu kolam siapa, yang ini kolam siapa. 
bila sudah besar ni, tau sudah aku apa tempat tu. mau tau? LOJI TAI. hebat kan aku? budak bah masih, 5 tahun, mana tau apa-apa.


LAYAN LAGU LAMA
aku ni, memang dari kecik layan lagu lama, tu yang melekat sampai sekarang. penyanyi yang aku selalu layan, UJI RASHID, ZAITON SAMEON, P.RAMLEE. selalu sangat. sebab, nenek aku minat lagu dorang ni. then, makcik aku selalu pasang. apa lagi, melekat lah. aku ni lagi, speses yang suka benda nostalgik. aku jarang suka pembaharuan. jarang aa, bukan langsung inda suka. 
contoh, aku suka bedak enchanter charming. sebabnya, aku selalu hidu bau ni masa aku kecik dulu.
aku suka minyak wangi avon, far away. sebab, makcik aku pakai dulu. aku ni jenis meruah indah-indah urang dulu. jadi emang selalu test minyak wangi. kweng-kweng-kweng.
antara lirik yang paling aku ingat ; uji rasyid - tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan, hanyalah dirimu sahaja..


------------------
setakat ni, ini jak yang ada melimpas di kepala aku ni. memang banyak lah lagi yang jadi masa lalu. tapi, aku lupa ni. sebelum menulis, banyak pun yang aku tepikir.
perjalanan hidup tu, mengajar kita kan? mendewasakan kita. kita hidup dari pengalaman.
terima kasih masa lalu.

terima kasih sebab sudi membaca.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin.


notahati-siiparasit 

Thursday, 6 March 2014

Dan Kini, Hatiku Teruji.

well, post aku kali ni memang tiada bagi manfaat sama mana-mana pihak.
lama sudah rasanya aku inda post pasal diri aku, perihal aku sendiri, perasaan aku sendiri. dan sekarang, aku mahu menyelam ke lubuk hatiku yang terdalam. 

haihh. first and foremost, kalau inda mau baca, inda pa. lagi bagus inda payah baca. HAHAHAHAA.. sebab tiada paidah pun. aku mau cakap pasal aku. pasal hati aku..

secondly, get ready. this will be the longest journey. grab all your stuff, food, drinks, or something. even this is a long journey, I bet, it is only a little from the reality. because, I can't expose all of them really well. because days change to week, weeks change to month. it will be impossible to tell the whole of the story perfectly.

thirdly, aku mau minta maaf la awal-awal. sebab, aku tahu, writing kali ni, memang berterabur sikit. ya laa, mau selak balik muka surat lama, memang ada yang tertinggal, ada yang ditambah di saat akhir.

so, here its begin...

aku inda pernah la tahu apa rasanya bercinta. mungkin. tapi, aku memang minat gila sama mamat sorang ni. ya ka gila? entah laa.. aku selalu jugak stalk FB dia. stalk FB girlfriendnya. MUAHAHAHA.. entah la, aku memang minat sama dia la. just minat rasanya. inda lebih dari tu, inda mungkin lebih dari itu, dan inda akan lebih dari itu. ya la, aku mesti ada satu throne yang memang family aku ja boleh bertakhta. 

aku jumpa ni budak, masa camping pengakap, di Beaufort, 2012 dulu. 2012, 2013, 2014. lama kan udah? entah la kenapa aku masih lagi minat sama ni budak. mau cakap aku inda minat orang lain? banyak orang aku minat! serius, memang banyak orang aku minat. tapi, aku cuma ingat dia ni, bila aku buka FB. you know what? wajib aku view FB dia tau? heish! aku pun risau sama diri sendiri tau. I didn't know what kind of charm has tied me? naa, itu BI pun inda tantu sudah. heihh. lemah tangan aku menaip tau. 

kronologinya bermula bila..

aku jumpa ni budak masa camping.. mula-mula, aku ingat budak ni adi-adi, rupanya, seumur, kau! COMEL! dia memang comel. sepanjang aktiviti, aku ada snap gambar curi dia. BANYAK OO. tapi tapuk-tapuk punya gambar. udah namanya gambar curi, ada yang di belakang saja, tepi saja.. lepas tu, masa hari last, aku dapat snap satu gambarnya. mula-mula tu, memang mau gambar curi, tapi dia rela hati, aku apa lagi, senang hati. haha. masa tu, kami baru lepas up-sailing, jadi dia pun makan. dia cakap ; nah, aku maakan.. kau mau? heihh, inda la hairan bah.. aku pun terus ambil kamera di beg. I'm so happy! macam aku mau tarabang saja tau! nasib baik saja aku tiada sayap!
so, itulah kali terakhir aku jumpa ia. satu saja info yang aku tahu pasal dia ni. DIA BUDAK MEMBAKUT. smk membakut, ada 2. aku pun inda tau dia sekolah yang mana satu. even nama pun, aku inda tau. MEMBAKUT. satu-satunya petunjuk pasal budak tu. hebat kan aku? perasan ja lebih.

sampai rumah.. aku pun dengan penuh rajinnya, upload semua gambar masa camping di FB. lepas tu, ramai la juga budak membakut add aku. sana la, aku baru cari info pasal tu budak. aku tanya satu senior yang komen di gambar tu ; sepa budak tu? oh, yang itu. mun aku inda silap i___l. 
bermulalah perkelanaan aku, mencari identiti si kawan sorang ni..

sampai di sekolah, dalam asrama.. datang saja di asrama, belum pun kemas barang, terus pegi bilik kawan aku. kawan aku tu, budak membakut. mula lah aku cari tahu pasal budak ni. cerita punya cerita, dorang tahu dan amat kenal. dorang ketawa lah juga, sebab aku boleh minat tu budak. jadi, dorang mau tolong aku, cari numbur telefon budak tu. bukan numbur telepon saja tau. semua durang cerita sama aku. cerita zaman budak-budak pun keluar. yang ditanya, dua urang saja. sekali, smua budak membakut batch96 tu bekumpul, turn back the old pages.. semua durang ungkit. aku? senang hati la wei !
mula-mula, dia memang inda mau bagi. tapi, dia kenal kawan aku ni, si jimah sama ann, dia pun bagi. inda paidah-paidah, kawan kami, yang ex-sekolah kami pun, tahu pasal aku minat tu budak. tapi, dari dia jugak kami dapat contact. thanks jarul. haa, yang cerita macam mana kami boleh start contact, scoll ja pi bawah.
eh, part ni belum abis.
masa aku dapat nombor telefon dia, aku gembira yang teramat sangat. HAHAHA. tapi, aku inda contact pun. aku tengok ja tu numbur lama-lama. lepas tu, senyum-senyum sendiri.. GILA? aku rasa, masa tu aku gila. sebelum tidur, bangun tidur, pegi sekolah, balik sekolah, pokoknya, asal aku buka phone, memang aku masuk 'contacts' --> search namanya --> tenung lama-lama --> senyum-senyum..
sepanjang dua minggu, itu la kerja aku. RUTIN!

sampai rumah.. masa tu kepulangan. aku contact dengan kawan aku si jarul ni.
teah, kau inda mau contact ia? ia single tu.. 
biar la ia single. ia bukan kenal aku pun, aku ja yang kenal dia.
bah, bekenalan la. aku kasi kenal. aku bagi nombor mu tempat ia aa..
eh, jangan kau mengarut sana.
lama la jua mesej aku tu inda berbalas. risau jugak laa. tiba-tiba, tett! (mesej masuk)
(aku liat sender --> namanya! --> punya main happy --> buka mesej)
asslm. hai. kenal aku?
kenal eh.
kau fatihah kan?
au. (nasib baik ia nda tanya -macamna aku tau)
dan berlanjutan..
manakala, sementara itu,
ui, kenapa kau bagi numbur aku sama ia?
ia kontek kau sudah? haha.. bagus la bah.
bah, kau ni, ia bukan kenal aku tu.
ia kenal. ia cakap ia kenal kau.
ahh, ya la tu.. apa-apa pun, makasi kawan.. ^_^

kembali ke asrama.. 
ui, aku kontek sama ia !
waa.. tahniah.. kau mula?
inda, ia yang mula.. mun harap aku, sampai tua pun, inda kan aku kontek ni urang.
supan bah ku..
eih? jadi macam mana buleh?
si jarul bagi numbur aku tampat ia. ia pun kontek aku lah.. 
mmm.. sanang ati bah si kawan..
bermulalah satu siri baru dalam hidup aku. satu siri yang bersejarah, dan meninggalkan kesan terdalam di jiwa aku. kembara yang mendewasakan, menggembirakan, penuh cabaran, dan tidak berpenghujung, gantung di tengah jalan. tapi, aku suka dengan siri ni. antara siri kehidupan aku yang jadi kegemaran aku.

hari berganti minggu. minggu berganti bulan. jap,jap, jap.. sampai ka berbulan? dalam sebulan lebih saja kali.. kami pun ber'sms'.. ada masa tu, aku betapuk dalam locker, sebab pengetua mau naik asrama, tapi inda jadi.. ada masa tu aku mau pegi sekolah.. ada jugak masa kami di sekolah.. tapi, yang pasti, dia selalu menghibur aku, buat aku senang hati, buat aku gembira. aku jarang mau mulakan perbualan.

tiba-tiba, dia hilang. kami inda kontek lagi. ada jugak aku pura-pura salah send mesej, delivered, tapi inda kena balas. sampai satu ketika, aku cuba kontek, inda dapat sambung. aku tahu, ia tukar numbur sudah. tapi, aku indaa buang nama dia dari contact list aku. aku simpan juga, walaupun memang teda guna.
-
-
-
-
2012 berubah jadi 2013. masa tu terus berjalan. tapi, aku masih ingat dengan dia ni..
tapi, dalam masa yang sama, aku minat budak lelaki lain juga.. teruknya..! aku memang masih ingat dia. cuma nama tu sudah inda meniti di bibir. betinggir di kelopak hati.

bulan puasa 2013. di sini lah detik permulaan. petak mula, hati aku diduga.
de=de=depression
aku selalu stalk FB budak ni. SANGAT SELALU. tetiba, nampak la bukti yang dia ni sudah ada couple. sampai pi sekolah, aku pun cerita la dekat kengkawan.. muka aku senyum, tapi hati aku? sedih sebenarnya.. tapi memang aku senyum, aku inda dapat tarik muka sedih tu.. aku rasa inda berbaloi mun aku tarik mua sadih.
yang si kawan ni pun, cari tahu la jua pasal budak pempuan ni. mula-mula, pikir pempuan tu budak form 4.
siasat punya siasat, rupanya seumur, budak beaufort.
siasaaat, lagi.. hahaha.. cari gambar, cari info lain, sepa kawan dia.. macam bulih buat folio. bukan inda campin kami tu kan?

masa pesta di beaufort.. kawan-kawan aku ni, pegi la sana.. tiba-tiba, durang jumpa sama tu pempuan.. sudah jauh ke depan, sanggup durang patah balik sebab mau tengok tu budak saja.. heihh, ketawa juga aku dengar cerita durang tu.. mula la, becerita kami nii...
macam mana? lawa?
entah la. aku liat, macam ada yang lain bah di mua nya.
apa?
entah.
mulutnya?
au. aku kan bekurapak, tapi inda ku sampai ati bah.
hahaha.
hahah.. kau?
aku? entah laa.. aku liat semuanya spoil.
inda tau aku mau mula dari mana.
tapi putih laa kan?
(mengangguk)


aku selalu ketawa mun ingat balik ayat kami tu. tapi, aku inda kan kacau sweet couple tu. aku janji. dan sentiasa berjanji. paling pun, aku stalk FB ja, baca post jiwang-jiwang durang. aku inda kacau, aku inda usik. aku inda cuba untuk mengurat pun. biar la dia dengan kehidupan dia..


mungkin ada yang blank. 

KENAPA BAH DIA INDA MENTION NAMA TU LELAKI SINI? SEKALI PUN INDA!
sebab, aku inda mau orang lain tahu pasal dia ni. biar yang tahu saja, tahu pasal post ni. aku taku jua, karang mun ia unjar namanya di google, ada masuk blog aku. siapa mau jawab? akuuu juaaa..

KALAU DIA TULIS BEGINI, SATU IDENTITI PUN TIADA, BAGUS INDA PAYAH BUAT APA-APA! INDA PAYAH POST
sorry la babe.. aku kan sudah cakap, kalau inda mau baca, inda payah. aku inda paksa pun. aku saja ja mau tulis pasal aku. lama sudah aku inda tulis pasal aku. selagi mana aku ada mood, aku buat laa.. lagi pun, aku memang mau tulis pasal ni.

KENAPA TIADA SATU GAMBAR PUN?
sebab, aku inda mau, kalau dia google gambarnya, ada gambarnya menyalat di blog aku ni.. aku jua yang menjawab kan.. lagi pun, gambarnya pernah masuk satu kali dalam blog aku ni. cukup la satu tu..


okey, terima kasih sebab membaca.. maaf la, tiada satu gambar pun. mesti boring kan? lama sudah post aku ni tiada gambar. inda pa. aku kasi masuk gambar aku laa.. HAHAHAA.. gambar masa jambori 2012..

ni masa mula-mula sampai

ni masa membuati sotong.

group yang mula2 habiskan trip di sini.. membakut 2

kerja amal

budak maktab sabah
di sini ada dia.. dari belakang saja laa..

malam pertama, khemah banjir

tengok la apa jadi sama kreta skip..
sebab semua basah, jadi kami jemur di keretanya..
kerja berkumpulan.. and, this is my group..
and here it comes..
our turn masuk tu lupak..
up-sailing activity.. tapi kami bergambar-gambar saja keraja..
dari kiri ; ka yati, imam muda, skip jibah etc..
di depan..
bersama pengakap dari Brunei
nah, ni lencana yang kami dapat..

terima kasi sebab sudi membaca.. adios..

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku.. amin.


notahati-siiparasit

Friday, 28 February 2014

Sejarah Solat Lima Waktu

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga
lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

copy from ; http://www.loveloveislam.com/2011/11/sejarah-solat-lima-waktu.html

p/s : memang dah lama cari benda ni.. alhamdulillah akhirnya jumpa jua.. mudahan jadi pedoman buat semua..


ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku.. amin..



Thursday, 20 February 2014

Pemantun Keempat

assalamualaikum..

well, aku ada nampak, orang masuk ke blog aku sebab mau cari info tentang pemantun ke-4.
buat pengetahuan semua, aku bukanlah pengendali untuk pesta pantun, aku cuma mahu share apa yang aku tahu, oke? hehe.


fine, semenjak tahun 2011, seingat aku lah, bilangan pemantun sudah ditambah, daripada 3 orang kepada 5 orang sekarang.

inda payah laa mau cakap panjang-pangjang kan. yang penting, pusingan akan dimulakan dengan pemantun ke-5 untuk memperkenalkan barisan pemantun.

3 pemantun utama, akan membuat giliran menjual dan membeli pantun dalam 3 pusingan.
pusingan pertama, tema diberi awal. dalam pusingan ini, mereka boleh memilih tema yang mereka suka.
pusingan kedua, tema spontan. pemantun hendaklah membuat cabutan tema.
pusingan ketiga, tema bebas. tema adalah mengikut pilihan pemantun sendiri. tetapi, masih merujuk semula kepada peraturan penganjur.

setelah semuanya siap, barulah tiba kepada pemantun ke-4. pada kasarnya, pemantun ke-4 cuma peserta tambahan. tetapi, pemantun ke-4 juga adalah penyumbang markah kepada kumpulan. jadi, janganlah berasa kecil hati apabila menjadi pemantun ke-4. giliran pemantun ke-4 ialah pusingan tambahan. dalam pusingan ini, tema adalah bebas mengikut pemantun itu sendiri. tetapi, masih lagi merujuk kepada sistem peraturan penganjur. 

jumlah markah bagi setiap pusingan ialah 100 markah. 50 markah menjual, 50 markah membeli.
hakim seramai 5 orang, dan setiap seorang membawa 10 markah. 2 hakim bahasa (20 markah), 2 hakim isi (20 markah), 1 hakim persembahan (10 markah).

okey, untuk peraturan pantun yang lain, kamu bolehlah cari di internet aa.. kalau inda pun, minta guru yang melatih kamu cari info tentang benda ni.

kepada pembaca entry ni, terima kasih kerana membaca. dan kepada yang hendak mengikuti pesta pantun tu nanti, selamat berjaya. well, masa aku sudah berakhir, jadi aku mahu lihat orang lain terus menggarap budaya berpantun.

Hang Tuah pernah menyatakan, takkan melayu hilang di dunia.

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. Amin.


notahati-siiparasit 

Tuesday, 4 February 2014

Jangka Hayat Kita, Takat Mana?

assalamualaikum..

baiklah. mungkin aku memang kurang tahu tentang kehidupan. tapi aku cuma mahu sentuh sedikit tentang masa dan hayat. aku bukan ahli nujum, bukan juga tukang tilik yang boleh lihat jangka hayat seseorang. tapi aku mahu bawa kita semua sedar tentang masa hidup kita ni, sebenarnya sekejap sahaja. kita pun tahu yang hidup di dunia ni cuma persinggahan, akhirat kekal selamanya.

hadirnya kita, dengan azan atau iqamat. perginya kita, dengan solat.

jikalau kita lihat, jarak antara azan dan solat tu, bukanlah jauh sangat. kalau di Limauan dulu, dalam 5 atau 10 minit lepas azan, terus solat.
nah, jadi, jangka hayat kita di dunia ni, takat mana saja? kita pun inda tahu. ada yang meninggal masa tua. ada yang meninggal masa masih muda. ada yang belum sempat lihat dunia pun sudah meninggal. sekejap saja kalau Allah tu mahu tarik nyawa kita.

aku bukanlah ustazah atau da'i. aku cuma mahu kongsi sedikit sebanyak yang terlintas di kotak fikiran aku yang agak kecil ni. yang baik, labih baik dikongsi, kita dapat manfaatnya bersama. betul kan?
sebenarnya, aku terbiasa dengan amalan ni. masa di Limauan dulu, kami selalu share pasal benda-benda macam ni. benda-benda yang mendatangkan manfaat kepada semua.
lagipun..
demi masa. sesungguhnya manusia di dalam kerugian. malainkan yang beriman dan yang beramal solah, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. (surah Al-'Asr)

nah, jadi, dengan masa yang masih berbaki ni, marilah kita bersama-sama gunakannya ke arah kebaikan. kita tidak tahu bila kita akan mati. kita tidak tahu, bila bumi berakhir. semua itu, rahsia Allah. Allahuakbar. kita hanya manusia yang tiada daya untuk menghalang takdir. yang penting kita harus berusaha.

aku sebenarnya mahu kupas tentang kehidupan orang Islam di Britain. tapi, aku baru tahu sedikit. yang penting, mereka memang tabah. so, why not, you all survey about it. it's a really great story. apa-apa pun, yang penting, kita doakan orang Islam di seluruh dunia, dalam keadaan sejahtera.

yang baik, jadikan pedoman. yang buruk, jadikan sempadan.
banyak lagi yang aku mahu belajar. dunia ni, penuh dengan cerita.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin.

sekian, asslamualaikum..


notahati-siiparasit

Tuesday, 21 January 2014

Hati Kecil Ini Mula Berbisik

sehh, ayat.. macam orang jiwang kan? haha.. bukan itu pun point aku.

by the way, first and foremost, assalamualaikum reader..

well, I'm an SPM leaver. once, I had stayed in hostel for 5 years. what a memory - living there, with the fellas, with the rules, with wazirah and wardens, punishments.. all of that things are the best memories of mine.

now, I'm a leaver. and, my elder brother is going to the hostel tomorrow. SMAKK - sekolah menengah agama kota kinabalu.
well, as the oldest in my siblings, I do really concern about my siblings. yang dua orang adik perempuan aku ni, memang satu sekolag dengan aku. jadi, aku inda risau sangat. ya la, dorang depan mata aku. apa-apa masalah, aku boleh tolong. yang sorang ni, masuk sekolah yang jauh dari yang lain. aku inda dapat liat apa yang dia buat, cukup ka inda keperluan nya, macam-macam tu keluar di kepala aku. ya lah, risau aku. aku sendiri pun inda sangka sebenarnya yang aku ni boleh risau.
ya la, bagi aku, aku ni orang yang steady jak, hidup cool. inda tahu lah pulak, sampai masa adik aku ni mahu masuk asrama yang tiada siapa tengok-tengok dia. carring nye aku ni rupanya.. hahaha..

well, if I'm in his shoe, I will be happy. I will be far from my home and start surviving. HAHAHAH.. well, actually itu perasaan aku masa first time masuk asrama.  teruk nya lah manusia yang namanya TEAH ni.. HAHAHA.... ya, actually, masa first time masuk asrama, aku sangat excited. so, mungkin dia macam aku ka?

well, sekarang aku dapat rasa sudah apa yang my parents rasa. risau tu sangat-sangat menebal. huhh! it feels like a burden. haha. concern kan aku?
ha, tu la, inda pernah tahu apa rasa orang tua bila nampak anak sendiri jauh - risau, man. yang aku tahu dulu, BEST. balik rumah pun sebulan sekali susah.
nah, rasa kau teah, rasa kau tu risau sekarang !

so, all the best for you bro. hope you will get a better life there. every moment is a precious, believe me. jaga diri baik-baik. baru tahu, kena buli lah kau sana. haha.. kasi kurus badan sana, jangan kan lampuh memanjang.. okeh, so, maybe, thats all.
tolong lah teah. kau ingat adik kau baca ni blog? non of your family or even your relative know about this creepy thing.

well, post aku kali ni memang tiada bawa apa-apa faedah. saja mahu bagi tahu apa rasa hati aku. pengalaman ni, mengingatkan aku untuk sentiasa concern akan perasaan orang sekeliling aku. risau ka durang, sedih ka? haha..

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin..

well, the end. sorry, non a photo of him.


notahati-siiparasit

Friday, 17 January 2014

Hari Kiamat

asslamualaikum..

awal sekali, salam maulidurrasul.. aku memang mahu post pasal maulud nabi ni, tapi teda idea banyak. hehe..

sorry lah pasal tajuk entry tu.. aku bukan lah mahu bagi ceramah panjang kebar sini. cuma mahu bagi peringatan sikit buat diri dan pengunjung.

ramai orang malas mahu ambil tahu pasal hari qiamat.. ya laa, hari kiamat, benda yang paling menakutkan. kadang-kadang, kita sedar. kadang-kadang, kita lupa pasal hari kiamat ni.. aku pun bukannya tahu banyak pasal hari kiamat. tapi, aku mahu share sikit lah benda baru. kita biasa sudah dengar pasal tanda-tanda hari kiamat. jadi, aku mahu tambah sikit pengetahuan yang semua sedia ada.

kita sebagai umat Islam, selalu lupa pasal hari kiamat. mungkin ada yang ingat, ada juga yang pandai lupa. sama lah juga dengan aku ni, selalu lupa.

terlebih dahulu, saya mahu minta maaf, andai ayat saya ni nanti agak kurang sopan.

kita selalu dengar tentang perkiraan orang bukan muslim tentang hari kiamat. dorang siap buat persediaan  lagi. buat kapal lah, kononnya boleh lah dorang selamat kalau dorang dapat masuk dalam tu. siap boleh booking lagi tempat duduk dalam tu.
kalau kita dengar, benda tu memang lucu. bikin ketawa.
tapi, sedarkah kita, yang dorang tu sebenarnya takut untuk melalui hari kiamat? dorang sedar, yang hari tu akan datang. dorang sangat berwaspada untuk menghadapi hari kiamat kelak. boleh nampak kan di situ, dorang yang bukan beragama Islam, sangat takut. yang kita ni, bila mahu sedar?
kita tahu yang dunia ni akan kiamat apabila kalimah Allah tidak lagi kedengaran. yang itu kita tahu.
tapi, sedar inda sedar, semua tanda kecil kiamat sudahpun kelihatan. itu yang kita patut sedar.

aku dengar di TV Al-Hijrah hari tu, aku inda ingat lah apa ayat nya yang full. tapi, ini point nya ;
takkan tiba hari kiamat, kecuali masa menjadi semakin pantas. kepantasan itu adalah seperti, satu tahun sepantas satu bulan , satu bulan sepantas satu minggu , satu minggu sepantas satu hari , satu hari sepantas satu jam, dan satu jam adalah sepantas kilat.
mungkin, kamu berfikir sekarang; masa tu belum lagi jadi macam tu.. chillax lah dulu.. dan perkiraan itu adalah salah.
semua masa yang berlaku begitu pantas, adalah dari diri kita sendiri. kita selalu rasa yang masa tu inda cukup kan? cuba kalau kamu termenung-termenung - tetiba saja masa tu berjalan pantas. rasanya, baru jak sekejap tadi kau duduk-duduk, rupanya berjam sudah berlalu. itu lah maksudnya, satu jam bagai sepantas kilat.
laa ilaha illallah.. cepat betul kan kita alpa?

jom kita mula berpijak pada nyata. dunia semakin tua. masa pun berlalu pantas. entah berapa lama lagi kita boleh bertahan di dunia ni. entah berapa lama lagi bumi kita ni masih ada kelompok yang aman. ya laa, banyak sudah rakan-rakan Islam kita diperangi sekarang. akidah mereka masih teguh kepada Illahi. kita? ada chance kah kita untuk memperbaiki akidah kita? kalau bukan hari ni, bila? kalau bukan sekarang, bila? jom kita renung diri kita sendiri balik.

ya, aku pun inda sempurna. aku cuma mahu cuba jadi yang lebih baik.

kepada kita, yang masih hidup aman ni, hargailah masa-masa ni. nikmat ni, Allah boleh tarik bila-bila masa. aku pun inda pasti, sampai bila aku boleh menulis di blog aku ni. sebab itu lah, aku inda mau terlampau banyak mengarut dalam blog ni. aku mahu, blog ni, berguna buat aku dan semua. mungkin inda banyak, tapi yang penting ada lah sikit. sedikit pun, mana tahu boleh jadi penyuluh masa aku kegelapan nanti. ya la, manusia ni, insan yang selalu alpa. termasuk aku, insan hina. aku bukan siapa-siapa.

terima kasih lah sebab dapat meluangkan sedikit masa korang di sini. thanks for your attention here.

ya Allah, jadikan hari yang terbaik dalam hidupku, adalah hari kematian ku. amin..

salam maulidurrasul semua..


notahati-siiparasit

Friday, 10 January 2014

postponed entry ; Pesta Pantun

asslamualaikum..

kalau cakap pasal entry yang terpostpon, memang banyak. tapi, yang ini ni, memang dari dulu lagi aku mau post, tapi inda kesampaian lah pula.. haha..


then, the story begin..

aku ni memang minat dalam aktiviti pementasan. jadi, masuk sekolah menengah, aku stop ikut apa-apa aktiviti pun.. ya la, budak baru, ramau pesaing lagi tuh.. jadi aku pun mendiamkan diri, jadi orang baru. sampai satu ketika, masa tu form 3, 15 tahun, aku pun join saja lah kawan-kawan aku ni berlatih pantun. aku memang ada minat mau ikut. tapi, malu lah aku mau mengaku yang aku mau ikut. ya la, pemantun cuma 3 orang, dan masa tu memang cukup-cukup 3 orang. inda kan lah, aku mau menyibuk, kan? tapi, aku lupa lah juga macam mana kronologinya, sampai aku boleh masuk team tu. serius, aku lupa..

kami mula ikut pertandingan pesta pantun ni masa kami form 4, 16 tahun. sebenarnya, masa form 3 tu, kami memang mau pergi, tapi inda jadi, sebab ada sambutan di sekolah.

jadi, masa form 4, bakat kami baru mahu digilap, sinar yang memang terang, makin bersinar. (ceewahh..) jadi di pendekkan cerita, kami pun berjaya dengan jayanya pada peringkat daerah. oh, lupa mahu bagi tahu, start 2012, pemantun menjadi 5 orang - 3 pemantun utama, 1 pemantun untuk menganalkan pemantun, 1 lagi untuk pusingan last. jadi, masa tu, aku cuma sebagai pemantun keempat - pemantun pusingan terakhir.

game first kami lawan dengan SMK Benoni, dan kami menang.

seterunya, kami dipertemukan dengan SMKA Tun Datu Mustapha. sebenarnya, kami aim untuk jumpa dorang ni masa final. tapi terjumpa masa semi-final pulak. masa tu, sempat lagi aku tergelincir masa perkenalan pemantun. (bikin malu betul, ramai orang ketawa. opponent pun ketawa! ) tapi, kami mendapat kejayaan. persaingan dengan TDM memang sengit.

pada peringkat final, kami dipertemukan dengan SMK Takis. kami mengawal permainan dengan mudah. (macam tai saja tu ayat)

jadi, kami memperoleh kemenangan yang pertama kalinya dalam sejarah hidup kami dalam mengikuti pesta pantun ni. ya la, kami orang baru, tiada pengalaman. NUAR jadi pemantun terbaik.

- - - - - - -

kami meneruskan perkelanaan kami ke peringkat bahagian. kami bertemu dengan SMK Gadung. dan buat pengetahuan semua, cuma  dua buah sekolah yang akan bertanding. kami dan gadung saja! 

malam tu, kami sangat nervous, dan baru malam tu kami sibuk buat persediaan. wow, kira kerja last minit lah.. kalau aku inda silap, ya la,, dua tahun sudah berlalu..
malam sebelum pertandinga. muka aku bida gila lah situ!
paling kanan ni, ka ezza, master sifu kami.. haha..

kami pun ditempatkan dalam bilik khas, sementara menunggu. haha.. sudahnya kami saja di sana, ikut suka kami saja apa kami mau buat di situ. makanan ada, minuman ada, tandas pun ada siap ada cermin! haha.. mula lah kami semua jadi kera masuk bandar.. so, these are from the photos that I grab froma friend.. haha..

joy, jimah

nuar

tirah

joy, and I

jimah and tirah

and here's him again, joy.

barisan pemantun. yang purple terang, pemantun ke-4 (me) dan pemantunke-5 (joy).
yang purplr cerah, pemantun utama.

the opponent , SMK gadong
armada pantun Limauan

mentanglah turn si joy yang first, dan aku yang last, enjoy kami bergambar..
menyanyi lagi..
well, kami jangka kami boleh menang. rupanya, kami tidak dimaklumkan akan fomat pertandingan yang terbaru. banyak markah pantun kawan-kawan kau jadi kosong daripada 100 markah. sayang kan? tapi, cuma 6 markah yang membezakan kami. nampak kan di situ, kami memang boleh menang kalau kami tahu peratura. tapi, kami pasrah dan menerimanya. sekurang-kurangnya, aku dapat juga sampai di beaufort tu.. haha.. tapi memang pengacara majlis pun cakap kami ada ability untuk menang. tapi memang rezeki tu tiada.


walaupun kami kalah, cikgu bangga sama kami. dorang belanja kami KFC.. mau tengok gambar? kamu cakap inda pun, aku sudah simpan di bawah ni.. haha..


so, untuk pesta pantun 2012 berakhir di situ. namun, derap langkah kami belum terhenti, 2013 menanti..

-
-
-
-
pesta pantun 2013! apa lah pula ceritanya sini a? jum zoom in..

kami sudah dapat pengalaman dari tahun lepasnya, jadi kami jadikan semua tu sebagai pengajaran. jadi kami cuba lagi sehabis baik kami.. hehe.. 

so, kami mula menempuh peringkat daerah.. peringkat daerah dilangsungkan di SMK Bongawan 2.. jadi, aku lupa kami berjumpa sekolah mana masa pusingan pertama. aku masih lagi pemantun ke-4.

kami terus menempuh ke pusingan semi-final. masa ni, kami dijodohkan untuk bertemu SMK Benoni. dan sebenarnya, mereka semua tu kawan-kawan aku masa sekolah rendah.. SEMUA.. jadi, masa tu, pemantun ke-2, jimah, sakit perut. jadi, aku ganti tempat jimah. first time jadi pemantun utama, gila inda takut. tanganaku bergegar abis! memang uncontrollable.. ya laa, first time tu. masa aku bercakap pun, ketara. haha.. masa tu, kami jangka kami memang confirm boleh menang. tapi, prestasi dorang meningkat! dorang punya skill pun hampir sama dengan kami. jadi, persaingan ketika itu amat sengit. BEGIGIT!. alhamdulillah, kami menang. kawan-kawan kau cakap, tahniah, and dorang sebenarnya cuba untuk ikut skill kami. ya laa, pernah jumpa sudah tahun lepas, jadi, memang ada can lah mau ikut. tapi, aku tetap puji dorang. dorang memang hebat. tapi, itulah, takdir memihak kepada kami.

final! TDM.. kami jumpa TDM.. well, as usually, we really have a great match. praise to God, we won! dorang akur, kami bersyukur.

kami pun, menjadi juara dalam peringkat daerah. dan Nuar jadi pmantun terbaik dalam setiap peringkat. wow! amaze huh?

oleh kerana, daerah Papar sebagai tuan rumah, diberi keistimewaan untuk tidak bertanding ke peringkat zon bahagian. tapi, bersyukur jugak lah, sebab kami memang inda cukup masa kalau mau pergi zon lagi. so, kami akan meneruskan perkelanaan kami ke PERINGKAT NEGERI.

- - - - - - -

kami buat baju baru.. warna hijau. dan yang lucunya, cuma baju tu yang kami bawa untuk bertanding. pintar sangat kan kami? tengok lah macam mana perjalanan kami..

you know what? sebab daearh kemi sebagai tuan rumah, peringkat negeri juga diadakan di dalam daerah kami.. that's mean, kami tidak travel jauh! kamu tau di mana? TDM! berapa kilometer saja untuk kami sampai sana. tiada experience jalan jauh lah kami. tapi, bersyukurlah. daripada kena held di sekolah sendiri?! bersyukur lah.. 

so, I think, our first night stayed there, inda payah lah cerita kan? nothing special happen. we just practicing. oh ya, guru pengiring membuat cabutan untuk pertandingan keesokan harinya. dan sekolah yang akan kami langgar ialah SMK Gadong ! so, macam-macam perasaan ada. takut ada, semangat ada. ya la, kami pernah jumpa kan, and we lost the game last time we met ! 

oh, aku lupa. sebelum kami sampai TDM lagi, kami sudah cabut undi untuk bertukar pemantun. so, undian memutuskan untuk aku menjadi pemantun 1 pada peingkat quarter-final, pemantun ke-3 dalam semi-final. dan pada peringkat final, Nuar cakap, kita ikut siapa yang lebih banyak markah, dia jadi pemantun utam. tapi, aku inda mau. sebab, aku mahu adil. yang penting, kita semua merasa jadi pemantun ke-4. then, at the final, I'll be pemantun ke-4.

so, the day! kami pun bertandinglah dengan SMK Gadong. aku masa tu jadi pemantun pertama. takut? dah tak lagi dahh.. haha.. aku boleh selesakan diri aku dengan keadaan tu sudah. aku happy ni lawan sama dorang masa tu. walaupun aku pemantun first. habis jak semua pusingan, kami semua jadi gabra. tapi, boleh kami pusing-pusing, bercerita situ? haha.. 
tibalah saat yang dinanti-nantikan. pengumuman juara. kami semua tunduk, cubamembuka hati untuk terima apa sahaja keputusan pertandingan. apa-apa pun, hajat kami untuk ke negeri sudah sampai.
jurupantun pun mengumumkan, "pemenang ialah, SMKA Limauan Kimanis!" masa tu, aku rasa macam mahu berteriak saja, tapi, control. tapi, air mata aku automatik keluar. aku gembira sangat kot? suara jurupantun bergema lagi sekali ; "pemantun terbaik pada pusingan ini, jatuh kepada, DGKU SH FATIHAH !" masa tu, aku memang speechless. kepala aku mesih lagi memproses ayat jurupantun tadi. tapi yang jelas, air mata aku makin deras keluar! (wow, feminin nya aku ni rupanya, berjiwa lembut!) masa tu, aku memang bersyukur. akhirnya kami menang juga. segalanya sudah terbalas. kami sempat bergambar dengan dorang. danbuat pengetahuan semua, cuma gambar ni saja yang kami ada semasa peringkat negeri ni. mau tahu kenapa? tiada sorang dari kami pun ada hendphone yang smart untuk embil gambar! sedih kan? ini pun, smk gadong yang bagi. thanks to them, we really enjoy our game.

yang hijau tua tu kami. yang krim ni, Gadong. carilah aku yang mana?? haha..

kejayaan kami menemukan kami dengan sekolah dari tuaran. aku jadi pemantun ke-3 masa ni. persaingan ketika ini amat memberi tekanan kepada kami. sudah pun dorang ni sebilik dengan kami. hakim lagi kurang berwibawa. majority hakim adalah daripada bahagian dorang, memang mudah saja dorang boleh lepas. and, dorang ni inda mengikut peraturan sebenar. adalah tu masalahnya, susah aku mahu terangkan. guru kami, menjadi hakim kepada dorang semasa quarter-final, dan dia cakap, kami boleh. jadi, kami bukan lah over confident, kami berwaspada jugak. tapi, keadaan sudah betul-betul mendesak kami untuk mengalah. semuanya berpunca daripada rakan kami,anuar, dia hendak menjawab pantun yang dijual, namun hakim memutuskan bahawa masa membeli sudah tamat.cuba kamu bayangkan, siapa yang jaga masa sini? hakim ka, penjaga masa? penjaga masa bukan lah terdiri daripada hakim, buat pengetahuan anda semua. kami memperoleh 0 markahdaripada 50. aku pun tengok jam masa tu, dan nuar masih ada beberapa saat. masa tu, kami memang tahu, kami sudah tiada harapan. reda. itulah saja yang terus meniti di bibir aku. kehampaan, jelas terpancar di muka kami setiap satunya. ketika diumumkan, juara adalah sekolah lawan, kami akur. namun, ketika diumumkan pemantun terbaik adalah daripada pasukan lawan, riak wajah kami mulai berubah. kami tahu pantun kami dan skill kami lebih bermutu daripada mereka. namun, keputusan hakim adalah muktamad. kami akur. kami ke bilik dengan hati yang separuh tercalar.

tapi, disebabkan kami sudah tiada acara untuk keesokannya, kami terus memujuk guru pengiring kami, Cikgu Hana untuk ke Suria Sabah. dan kami berjaya untuk memujuk beliau. kami habiskan malam kami menyanyi di K-Box.. hahah.. semua lagu kami antam.. hindustan pun kami pi try sana! hahahhh.. tapi, itulah our best moment. kenangan buat pemantun. cikgu hana dan tirah, inda join kami menyanyi. dorang di luar saja. malam tu, kami enjoy puas-puas, kami makan KFC.. haha.. 5 penumpang bersempit dalam kereta myvi..

malam tu, kami balik lambat. tapi aku sempat lagi berbual dengan pemantun dari keningau. sudahpun dorang ni cantik! comel! putih! semua lah dorang. and aku ada save dorangpunya number jugak.. haha..

keesokkannya, kami pun tengok lah perlawanan antara tuaran dan SMAKK. sedih rasa masa tu. ya lah, pentas yang dicita, tidak dapat dijejaki oleh kami. pasukan daripada kota belud adalah pasukan yang dikalahkan oleh SMAKK. sama lah jugak kes nya, kena buyuk. kami pun duduk sama-sama. haha.. menilai jawapan dorang. tapi , jawapan dorang memang out lah, tidak menjawa, macam-macam lah lagi masalahnya.  aku pun inda sempat jadi pemantun ke-4, dan berada di pentas tu. kami pun bersembang. and, jimah dan tirah tiada. dorang pigi bilik, rehat-rehat.aku saja lah sama dorang nuar, joy, dan pemantun kota belud. moments tu memang best. soalan yang diajukan, kami jawab sama-sama. kalau aku boleh gambar, aku simpan sudah di sini. tapi, itulah, handphone pun hitam putih. macam mana?

kami balik ke sekolah. tapi kami dapat baju, sama sijil. cantik oo bajunya. tapi aku tiada gambar. dan baju tu entah sudah di mana. tahu lah, aku ni budak asrama, bila barang yang ada di rumah tu tinggal, mula lah kena buat barang sendiri oleh orang rumah. 
-
-
-
-
-
well, thanks for the memories Limauan. I'll never foget you. even for a second in my life. kecuali kalau aku ni sudah gila atau hilang ingatan. terima kasih cikgu, nuar, tirah, jimah, joy, sebab sudah bagi kepercayaan sama aku untuk ikut team pantun. nuar pernah cakap sama aku ; teah, kita mungkin tiada rezeki di sini. mungkin kita ada rezeki nanti masa di U atau IPT. jangan berhenti. langkah kita bukan berhenti di sini. banyak lagi cabaran yang perlu kita lalui.

setiap yang terjadi, ada hikmahnya kan? 
Allah berfirman ; sesungguhnya, sesudah kesulitan pasti ada kesenangan. dan sesudah kesulitan pasti ada kesenangan.
cuba kamu fikir, kenapa ayat itu diulang? sebab Allah mahu bagi tahu kita, dan meyakinkan kita. allahuakbar.
kita manusia, mampu merancang, namun Allah yang menentukan, dan Allah adalah perancang yang terbaik dan rancanganNya lebih teratur.

jadi, hikmah kekalahan kami, Joy dan Nuar dapat mengikuti pertandingan bahas. kalau kami menang negeri, kami akan ke Johor pada hari yang sama untuk pertandingan bahas. walaupun pada dasarnya, kami aim supaya kami dapat ke peringkat kebangsaan, tapi itulah, ada hikmahnya. walaupun, pasukan bahas juga gagal untuk ke peringkat kebangsaan, namun mereka melayakkan diri ke final.

rentak kami bukan terhenti di sini. masih banyak alur yang mampu kami turuti. kami pasti mampu berjaya.
batch96, kita hebat apa?

Ya Allah, permudahkanlah jalan kami di dunia mahupun di akhirat. allahumma yassir wa la tu'assir, ya kareem.. amin ya rabbal 'alamin.
Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku.. amin..

well, thanks for reading this post. it may not entertained you well. but, these are some memories that I want to keep and treasure it safely in my own territory. and I think, this is the right place for it.

adios for now..
notahati-siiparasit