Friday, 17 January 2014

Hari Kiamat

asslamualaikum..

awal sekali, salam maulidurrasul.. aku memang mahu post pasal maulud nabi ni, tapi teda idea banyak. hehe..

sorry lah pasal tajuk entry tu.. aku bukan lah mahu bagi ceramah panjang kebar sini. cuma mahu bagi peringatan sikit buat diri dan pengunjung.

ramai orang malas mahu ambil tahu pasal hari qiamat.. ya laa, hari kiamat, benda yang paling menakutkan. kadang-kadang, kita sedar. kadang-kadang, kita lupa pasal hari kiamat ni.. aku pun bukannya tahu banyak pasal hari kiamat. tapi, aku mahu share sikit lah benda baru. kita biasa sudah dengar pasal tanda-tanda hari kiamat. jadi, aku mahu tambah sikit pengetahuan yang semua sedia ada.

kita sebagai umat Islam, selalu lupa pasal hari kiamat. mungkin ada yang ingat, ada juga yang pandai lupa. sama lah juga dengan aku ni, selalu lupa.

terlebih dahulu, saya mahu minta maaf, andai ayat saya ni nanti agak kurang sopan.

kita selalu dengar tentang perkiraan orang bukan muslim tentang hari kiamat. dorang siap buat persediaan  lagi. buat kapal lah, kononnya boleh lah dorang selamat kalau dorang dapat masuk dalam tu. siap boleh booking lagi tempat duduk dalam tu.
kalau kita dengar, benda tu memang lucu. bikin ketawa.
tapi, sedarkah kita, yang dorang tu sebenarnya takut untuk melalui hari kiamat? dorang sedar, yang hari tu akan datang. dorang sangat berwaspada untuk menghadapi hari kiamat kelak. boleh nampak kan di situ, dorang yang bukan beragama Islam, sangat takut. yang kita ni, bila mahu sedar?
kita tahu yang dunia ni akan kiamat apabila kalimah Allah tidak lagi kedengaran. yang itu kita tahu.
tapi, sedar inda sedar, semua tanda kecil kiamat sudahpun kelihatan. itu yang kita patut sedar.

aku dengar di TV Al-Hijrah hari tu, aku inda ingat lah apa ayat nya yang full. tapi, ini point nya ;
takkan tiba hari kiamat, kecuali masa menjadi semakin pantas. kepantasan itu adalah seperti, satu tahun sepantas satu bulan , satu bulan sepantas satu minggu , satu minggu sepantas satu hari , satu hari sepantas satu jam, dan satu jam adalah sepantas kilat.
mungkin, kamu berfikir sekarang; masa tu belum lagi jadi macam tu.. chillax lah dulu.. dan perkiraan itu adalah salah.
semua masa yang berlaku begitu pantas, adalah dari diri kita sendiri. kita selalu rasa yang masa tu inda cukup kan? cuba kalau kamu termenung-termenung - tetiba saja masa tu berjalan pantas. rasanya, baru jak sekejap tadi kau duduk-duduk, rupanya berjam sudah berlalu. itu lah maksudnya, satu jam bagai sepantas kilat.
laa ilaha illallah.. cepat betul kan kita alpa?

jom kita mula berpijak pada nyata. dunia semakin tua. masa pun berlalu pantas. entah berapa lama lagi kita boleh bertahan di dunia ni. entah berapa lama lagi bumi kita ni masih ada kelompok yang aman. ya laa, banyak sudah rakan-rakan Islam kita diperangi sekarang. akidah mereka masih teguh kepada Illahi. kita? ada chance kah kita untuk memperbaiki akidah kita? kalau bukan hari ni, bila? kalau bukan sekarang, bila? jom kita renung diri kita sendiri balik.

ya, aku pun inda sempurna. aku cuma mahu cuba jadi yang lebih baik.

kepada kita, yang masih hidup aman ni, hargailah masa-masa ni. nikmat ni, Allah boleh tarik bila-bila masa. aku pun inda pasti, sampai bila aku boleh menulis di blog aku ni. sebab itu lah, aku inda mau terlampau banyak mengarut dalam blog ni. aku mahu, blog ni, berguna buat aku dan semua. mungkin inda banyak, tapi yang penting ada lah sikit. sedikit pun, mana tahu boleh jadi penyuluh masa aku kegelapan nanti. ya la, manusia ni, insan yang selalu alpa. termasuk aku, insan hina. aku bukan siapa-siapa.

terima kasih lah sebab dapat meluangkan sedikit masa korang di sini. thanks for your attention here.

ya Allah, jadikan hari yang terbaik dalam hidupku, adalah hari kematian ku. amin..

salam maulidurrasul semua..


notahati-siiparasit

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..