Sunday, 5 January 2014

mengenangkan hobi masa dulu-dulu

aku ni sebenarnya minat untuk memelihara binatang. inda kisah lah apa saja binatang tu. tapi, aku paling berminat untuk memelihara ikan. terutamanya ikan laga, atau ikan pelaga, atau nama saintifiknya betta dan ada lah tu sambungannya, aku pun mana lah ingat.

frames
ini yang biasa kita tengok di kedai-kedai. ini lah juga yang aku penah piara,tapi warna biru lah.
tapi, kalau aku inda silap, ekornya boleh kembang ni. 

aku penah bercita-cita mahu pelihara harimau. adventurous kan? tapi aku memang suka binatang yang besar-besar ni. best dipeluk.

aku ni lama sudah inda tengok kedai ikan di papar tu. wei, hobi aku tu. asal turun papar, aku mesti pi tempat tu. memang auntie jual ikan tu, hafal sudah muka aku. ya la, dari kecik, sampai besar, datang tuk setakat tengok ikan saja. pernah lah jugak kena marah. tapi, inda pandai jara, datang jua masih. aku suka tengok ikan. dorang boleh buat aku rasa damai. tengok dorang berenang, resting bah rasanya.

aku ada cakap, aku mahu jadi penternak, bapa ku cakap ; hah?! bulih pecaya kah tu? well, aku inda terasa pun. tapi aku memang ada tanam cita-cita memelihara ikan.

yang buat aku tertarik sama ikan laga ni, dorang selalu gaduh. bila gaduh, insang dorang kembang. memang smart lah. aku suka tengok. ya lah, kamu inda terfikir kah? macam mana dorang membiak kalau dorang gaduh saja? itu yang buat aku mahu pelihara binatang ni. nampak macam senang, macam mencabar jugak kan? aku mahujadi pemelihara ikan suatu hari nanti. aku mahu buka kedai ikan laga. nah, itu baru cita-cita. disebabkan keinginan aku yang membuak-buak ni, aku pun search lah cara pemeliharaan ikan laga yang betul. rupanya, kena teliti kalau mahu memelihara binatang ni. patutlah ikan aku mati dulu. ikut suka aku saja mahu guna air apa. cuci akurium pakai sabun lagi tu! pok wangi kan? budak masih. tapi aku tahu aku boleh jadi penternak suatu hari nanti. tapi aku kena ada ilmu pasal ikan sikit. ya la, mahu juga tahu yang mana betina, yang mana jantan. macam mahu kerja jak tempat auntie jual ikan di papar tu tau. ada juga ilmu pasal ikan ni. betul inda? doakan lah supaya aku boleh jadi penternak yang berjaya. terima kasih.

now, aku mahu menyajikan gambar-gambar ikan laga yang berlainan jenis. hehe. saksikanlah..
























indahnya cipataan tuhan kan? bila aku tengok ikan ni, aku rasa aku bahagia. aku dapat bayangkan sudah kalau aku ada banyak ikan spesis ni. AKU RASA BAHAGIA. aku suka pelihara ikan. maaf lah, korang bulih kira berapa kali aku mau mention yang aku minat ikan. peduli lah. tapi itu memang minataku. aku minat pelihara ikan. aku minat ikan laga ni. 

well, terima kasih lah sebab masih sanggup lagi baca post aku yang tidak membawa apa-apa faedah kepada korang. aku cuma mahu post apa yang aku rasa.

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin..
mungkin ada yang tertanya, kenapa aku suka simpan doa ni di hujung post aku. aku mahu kita semua ingat mati. di samping itu, kita boleh share doa. kamu pun dapat baca doa. lama-kelamaan, doa ni boleh jadi amalan kita semua. aku pun pandai lupa jugak mahu baca doa ni lepas solat. di dini lah aku post, supaya aku sendiri pun memohon kepada Allah.

maaf lah kalau aku ni inda tantu, nonsense ka.. maaf lah yerr.. hehehe..


notahati-siiparasit

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..