Friday, 10 January 2014

postponed entry ; Pesta Pantun

asslamualaikum..

kalau cakap pasal entry yang terpostpon, memang banyak. tapi, yang ini ni, memang dari dulu lagi aku mau post, tapi inda kesampaian lah pula.. haha..


then, the story begin..

aku ni memang minat dalam aktiviti pementasan. jadi, masuk sekolah menengah, aku stop ikut apa-apa aktiviti pun.. ya la, budak baru, ramau pesaing lagi tuh.. jadi aku pun mendiamkan diri, jadi orang baru. sampai satu ketika, masa tu form 3, 15 tahun, aku pun join saja lah kawan-kawan aku ni berlatih pantun. aku memang ada minat mau ikut. tapi, malu lah aku mau mengaku yang aku mau ikut. ya la, pemantun cuma 3 orang, dan masa tu memang cukup-cukup 3 orang. inda kan lah, aku mau menyibuk, kan? tapi, aku lupa lah juga macam mana kronologinya, sampai aku boleh masuk team tu. serius, aku lupa..

kami mula ikut pertandingan pesta pantun ni masa kami form 4, 16 tahun. sebenarnya, masa form 3 tu, kami memang mau pergi, tapi inda jadi, sebab ada sambutan di sekolah.

jadi, masa form 4, bakat kami baru mahu digilap, sinar yang memang terang, makin bersinar. (ceewahh..) jadi di pendekkan cerita, kami pun berjaya dengan jayanya pada peringkat daerah. oh, lupa mahu bagi tahu, start 2012, pemantun menjadi 5 orang - 3 pemantun utama, 1 pemantun untuk menganalkan pemantun, 1 lagi untuk pusingan last. jadi, masa tu, aku cuma sebagai pemantun keempat - pemantun pusingan terakhir.

game first kami lawan dengan SMK Benoni, dan kami menang.

seterunya, kami dipertemukan dengan SMKA Tun Datu Mustapha. sebenarnya, kami aim untuk jumpa dorang ni masa final. tapi terjumpa masa semi-final pulak. masa tu, sempat lagi aku tergelincir masa perkenalan pemantun. (bikin malu betul, ramai orang ketawa. opponent pun ketawa! ) tapi, kami mendapat kejayaan. persaingan dengan TDM memang sengit.

pada peringkat final, kami dipertemukan dengan SMK Takis. kami mengawal permainan dengan mudah. (macam tai saja tu ayat)

jadi, kami memperoleh kemenangan yang pertama kalinya dalam sejarah hidup kami dalam mengikuti pesta pantun ni. ya la, kami orang baru, tiada pengalaman. NUAR jadi pemantun terbaik.

- - - - - - -

kami meneruskan perkelanaan kami ke peringkat bahagian. kami bertemu dengan SMK Gadung. dan buat pengetahuan semua, cuma  dua buah sekolah yang akan bertanding. kami dan gadung saja! 

malam tu, kami sangat nervous, dan baru malam tu kami sibuk buat persediaan. wow, kira kerja last minit lah.. kalau aku inda silap, ya la,, dua tahun sudah berlalu..
malam sebelum pertandinga. muka aku bida gila lah situ!
paling kanan ni, ka ezza, master sifu kami.. haha..

kami pun ditempatkan dalam bilik khas, sementara menunggu. haha.. sudahnya kami saja di sana, ikut suka kami saja apa kami mau buat di situ. makanan ada, minuman ada, tandas pun ada siap ada cermin! haha.. mula lah kami semua jadi kera masuk bandar.. so, these are from the photos that I grab froma friend.. haha..

joy, jimah

nuar

tirah

joy, and I

jimah and tirah

and here's him again, joy.

barisan pemantun. yang purple terang, pemantun ke-4 (me) dan pemantunke-5 (joy).
yang purplr cerah, pemantun utama.

the opponent , SMK gadong
armada pantun Limauan

mentanglah turn si joy yang first, dan aku yang last, enjoy kami bergambar..
menyanyi lagi..
well, kami jangka kami boleh menang. rupanya, kami tidak dimaklumkan akan fomat pertandingan yang terbaru. banyak markah pantun kawan-kawan kau jadi kosong daripada 100 markah. sayang kan? tapi, cuma 6 markah yang membezakan kami. nampak kan di situ, kami memang boleh menang kalau kami tahu peratura. tapi, kami pasrah dan menerimanya. sekurang-kurangnya, aku dapat juga sampai di beaufort tu.. haha.. tapi memang pengacara majlis pun cakap kami ada ability untuk menang. tapi memang rezeki tu tiada.


walaupun kami kalah, cikgu bangga sama kami. dorang belanja kami KFC.. mau tengok gambar? kamu cakap inda pun, aku sudah simpan di bawah ni.. haha..


so, untuk pesta pantun 2012 berakhir di situ. namun, derap langkah kami belum terhenti, 2013 menanti..

-
-
-
-
pesta pantun 2013! apa lah pula ceritanya sini a? jum zoom in..

kami sudah dapat pengalaman dari tahun lepasnya, jadi kami jadikan semua tu sebagai pengajaran. jadi kami cuba lagi sehabis baik kami.. hehe.. 

so, kami mula menempuh peringkat daerah.. peringkat daerah dilangsungkan di SMK Bongawan 2.. jadi, aku lupa kami berjumpa sekolah mana masa pusingan pertama. aku masih lagi pemantun ke-4.

kami terus menempuh ke pusingan semi-final. masa ni, kami dijodohkan untuk bertemu SMK Benoni. dan sebenarnya, mereka semua tu kawan-kawan aku masa sekolah rendah.. SEMUA.. jadi, masa tu, pemantun ke-2, jimah, sakit perut. jadi, aku ganti tempat jimah. first time jadi pemantun utama, gila inda takut. tanganaku bergegar abis! memang uncontrollable.. ya laa, first time tu. masa aku bercakap pun, ketara. haha.. masa tu, kami jangka kami memang confirm boleh menang. tapi, prestasi dorang meningkat! dorang punya skill pun hampir sama dengan kami. jadi, persaingan ketika itu amat sengit. BEGIGIT!. alhamdulillah, kami menang. kawan-kawan kau cakap, tahniah, and dorang sebenarnya cuba untuk ikut skill kami. ya laa, pernah jumpa sudah tahun lepas, jadi, memang ada can lah mau ikut. tapi, aku tetap puji dorang. dorang memang hebat. tapi, itulah, takdir memihak kepada kami.

final! TDM.. kami jumpa TDM.. well, as usually, we really have a great match. praise to God, we won! dorang akur, kami bersyukur.

kami pun, menjadi juara dalam peringkat daerah. dan Nuar jadi pmantun terbaik dalam setiap peringkat. wow! amaze huh?

oleh kerana, daerah Papar sebagai tuan rumah, diberi keistimewaan untuk tidak bertanding ke peringkat zon bahagian. tapi, bersyukur jugak lah, sebab kami memang inda cukup masa kalau mau pergi zon lagi. so, kami akan meneruskan perkelanaan kami ke PERINGKAT NEGERI.

- - - - - - -

kami buat baju baru.. warna hijau. dan yang lucunya, cuma baju tu yang kami bawa untuk bertanding. pintar sangat kan kami? tengok lah macam mana perjalanan kami..

you know what? sebab daearh kemi sebagai tuan rumah, peringkat negeri juga diadakan di dalam daerah kami.. that's mean, kami tidak travel jauh! kamu tau di mana? TDM! berapa kilometer saja untuk kami sampai sana. tiada experience jalan jauh lah kami. tapi, bersyukurlah. daripada kena held di sekolah sendiri?! bersyukur lah.. 

so, I think, our first night stayed there, inda payah lah cerita kan? nothing special happen. we just practicing. oh ya, guru pengiring membuat cabutan untuk pertandingan keesokan harinya. dan sekolah yang akan kami langgar ialah SMK Gadong ! so, macam-macam perasaan ada. takut ada, semangat ada. ya la, kami pernah jumpa kan, and we lost the game last time we met ! 

oh, aku lupa. sebelum kami sampai TDM lagi, kami sudah cabut undi untuk bertukar pemantun. so, undian memutuskan untuk aku menjadi pemantun 1 pada peingkat quarter-final, pemantun ke-3 dalam semi-final. dan pada peringkat final, Nuar cakap, kita ikut siapa yang lebih banyak markah, dia jadi pemantun utam. tapi, aku inda mau. sebab, aku mahu adil. yang penting, kita semua merasa jadi pemantun ke-4. then, at the final, I'll be pemantun ke-4.

so, the day! kami pun bertandinglah dengan SMK Gadong. aku masa tu jadi pemantun pertama. takut? dah tak lagi dahh.. haha.. aku boleh selesakan diri aku dengan keadaan tu sudah. aku happy ni lawan sama dorang masa tu. walaupun aku pemantun first. habis jak semua pusingan, kami semua jadi gabra. tapi, boleh kami pusing-pusing, bercerita situ? haha.. 
tibalah saat yang dinanti-nantikan. pengumuman juara. kami semua tunduk, cubamembuka hati untuk terima apa sahaja keputusan pertandingan. apa-apa pun, hajat kami untuk ke negeri sudah sampai.
jurupantun pun mengumumkan, "pemenang ialah, SMKA Limauan Kimanis!" masa tu, aku rasa macam mahu berteriak saja, tapi, control. tapi, air mata aku automatik keluar. aku gembira sangat kot? suara jurupantun bergema lagi sekali ; "pemantun terbaik pada pusingan ini, jatuh kepada, DGKU SH FATIHAH !" masa tu, aku memang speechless. kepala aku mesih lagi memproses ayat jurupantun tadi. tapi yang jelas, air mata aku makin deras keluar! (wow, feminin nya aku ni rupanya, berjiwa lembut!) masa tu, aku memang bersyukur. akhirnya kami menang juga. segalanya sudah terbalas. kami sempat bergambar dengan dorang. danbuat pengetahuan semua, cuma gambar ni saja yang kami ada semasa peringkat negeri ni. mau tahu kenapa? tiada sorang dari kami pun ada hendphone yang smart untuk embil gambar! sedih kan? ini pun, smk gadong yang bagi. thanks to them, we really enjoy our game.

yang hijau tua tu kami. yang krim ni, Gadong. carilah aku yang mana?? haha..

kejayaan kami menemukan kami dengan sekolah dari tuaran. aku jadi pemantun ke-3 masa ni. persaingan ketika ini amat memberi tekanan kepada kami. sudah pun dorang ni sebilik dengan kami. hakim lagi kurang berwibawa. majority hakim adalah daripada bahagian dorang, memang mudah saja dorang boleh lepas. and, dorang ni inda mengikut peraturan sebenar. adalah tu masalahnya, susah aku mahu terangkan. guru kami, menjadi hakim kepada dorang semasa quarter-final, dan dia cakap, kami boleh. jadi, kami bukan lah over confident, kami berwaspada jugak. tapi, keadaan sudah betul-betul mendesak kami untuk mengalah. semuanya berpunca daripada rakan kami,anuar, dia hendak menjawab pantun yang dijual, namun hakim memutuskan bahawa masa membeli sudah tamat.cuba kamu bayangkan, siapa yang jaga masa sini? hakim ka, penjaga masa? penjaga masa bukan lah terdiri daripada hakim, buat pengetahuan anda semua. kami memperoleh 0 markahdaripada 50. aku pun tengok jam masa tu, dan nuar masih ada beberapa saat. masa tu, kami memang tahu, kami sudah tiada harapan. reda. itulah saja yang terus meniti di bibir aku. kehampaan, jelas terpancar di muka kami setiap satunya. ketika diumumkan, juara adalah sekolah lawan, kami akur. namun, ketika diumumkan pemantun terbaik adalah daripada pasukan lawan, riak wajah kami mulai berubah. kami tahu pantun kami dan skill kami lebih bermutu daripada mereka. namun, keputusan hakim adalah muktamad. kami akur. kami ke bilik dengan hati yang separuh tercalar.

tapi, disebabkan kami sudah tiada acara untuk keesokannya, kami terus memujuk guru pengiring kami, Cikgu Hana untuk ke Suria Sabah. dan kami berjaya untuk memujuk beliau. kami habiskan malam kami menyanyi di K-Box.. hahah.. semua lagu kami antam.. hindustan pun kami pi try sana! hahahhh.. tapi, itulah our best moment. kenangan buat pemantun. cikgu hana dan tirah, inda join kami menyanyi. dorang di luar saja. malam tu, kami enjoy puas-puas, kami makan KFC.. haha.. 5 penumpang bersempit dalam kereta myvi..

malam tu, kami balik lambat. tapi aku sempat lagi berbual dengan pemantun dari keningau. sudahpun dorang ni cantik! comel! putih! semua lah dorang. and aku ada save dorangpunya number jugak.. haha..

keesokkannya, kami pun tengok lah perlawanan antara tuaran dan SMAKK. sedih rasa masa tu. ya lah, pentas yang dicita, tidak dapat dijejaki oleh kami. pasukan daripada kota belud adalah pasukan yang dikalahkan oleh SMAKK. sama lah jugak kes nya, kena buyuk. kami pun duduk sama-sama. haha.. menilai jawapan dorang. tapi , jawapan dorang memang out lah, tidak menjawa, macam-macam lah lagi masalahnya.  aku pun inda sempat jadi pemantun ke-4, dan berada di pentas tu. kami pun bersembang. and, jimah dan tirah tiada. dorang pigi bilik, rehat-rehat.aku saja lah sama dorang nuar, joy, dan pemantun kota belud. moments tu memang best. soalan yang diajukan, kami jawab sama-sama. kalau aku boleh gambar, aku simpan sudah di sini. tapi, itulah, handphone pun hitam putih. macam mana?

kami balik ke sekolah. tapi kami dapat baju, sama sijil. cantik oo bajunya. tapi aku tiada gambar. dan baju tu entah sudah di mana. tahu lah, aku ni budak asrama, bila barang yang ada di rumah tu tinggal, mula lah kena buat barang sendiri oleh orang rumah. 
-
-
-
-
-
well, thanks for the memories Limauan. I'll never foget you. even for a second in my life. kecuali kalau aku ni sudah gila atau hilang ingatan. terima kasih cikgu, nuar, tirah, jimah, joy, sebab sudah bagi kepercayaan sama aku untuk ikut team pantun. nuar pernah cakap sama aku ; teah, kita mungkin tiada rezeki di sini. mungkin kita ada rezeki nanti masa di U atau IPT. jangan berhenti. langkah kita bukan berhenti di sini. banyak lagi cabaran yang perlu kita lalui.

setiap yang terjadi, ada hikmahnya kan? 
Allah berfirman ; sesungguhnya, sesudah kesulitan pasti ada kesenangan. dan sesudah kesulitan pasti ada kesenangan.
cuba kamu fikir, kenapa ayat itu diulang? sebab Allah mahu bagi tahu kita, dan meyakinkan kita. allahuakbar.
kita manusia, mampu merancang, namun Allah yang menentukan, dan Allah adalah perancang yang terbaik dan rancanganNya lebih teratur.

jadi, hikmah kekalahan kami, Joy dan Nuar dapat mengikuti pertandingan bahas. kalau kami menang negeri, kami akan ke Johor pada hari yang sama untuk pertandingan bahas. walaupun pada dasarnya, kami aim supaya kami dapat ke peringkat kebangsaan, tapi itulah, ada hikmahnya. walaupun, pasukan bahas juga gagal untuk ke peringkat kebangsaan, namun mereka melayakkan diri ke final.

rentak kami bukan terhenti di sini. masih banyak alur yang mampu kami turuti. kami pasti mampu berjaya.
batch96, kita hebat apa?

Ya Allah, permudahkanlah jalan kami di dunia mahupun di akhirat. allahumma yassir wa la tu'assir, ya kareem.. amin ya rabbal 'alamin.
Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku.. amin..

well, thanks for reading this post. it may not entertained you well. but, these are some memories that I want to keep and treasure it safely in my own territory. and I think, this is the right place for it.

adios for now..
notahati-siiparasit 

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..