Saturday, 4 January 2014

sahabat kita ; Rohingya

assalamualaikum dan salam ukhwah..

hari ni aku mau cerita pasal saudara-saudara kita. aku pun sebenarnya kurang tahu pasal kes dorang ni. tapi yang aku tahu, dorang ni bangsa Islam. kalau ditanya pasal umat Islam yang menderita sekarang ni, ramai yang akan jawab Palestin, Afghanistan, Syria, Iraq dan lain-lain. kita kurang tahu pasal bangsa Rohingya di Myanmar ( Burma ). aku bukan inda mau cerita pasal saudara kita yang di sana, tapi aku mahu bawa kawan-kawan yang berhampiran bangsa ni untuk sedar bahawa jiran kita sendiri pun tengah sengsara sekarang. ya, aku memang kurang tahu pasal dorang, aku memang lama sudah duduk bawah tempurung tu, tapi sekarang, alang-alang aku sudah cuti sekolah ni, aku pun mahu share sama orang lain pasal sahabat Islam kita. Myanmar - hampir saja pun sama kita - Malaysia.

wahai dunia, kita kena sedar, isu Rohingya adalah isu dunia, khasnya umat Islam. seperti Palestin juga, isu dunia, sebab kekejaman yang melampau. kita ni manusia, kenapa mau layan manusia yang lain macam binatang? betul kan? tapi, kali ni, aku mahu sentuh isu Rohingya yang ramai orang tidak tahu, dan aku inda pernah dengar pun cerita ni di berita, kecuali tv alhijrah. inda tahu lah kalau cerita ni pernah keluar, tapi akuinda tengok masa tu. ya lah, aku kan budak asrama, apalah sangat yang ada di asrama tu, surat khabar pun payah mau nampak.

okey lah, mungkin aku memang kurang tahu, tapi aku mahu share supaya oranmg yang ada baca post ni, ada inisiatif untuk membaca lebih pasal warga Rohingya ni.

yang aku pernah tahu, kes dorang ni lama sudah, tapi didiamkan. ada juga bangsa ini yang menjadi pelarian ke Malaysia. masa tu, aku fikir kes dorang ni sudah berakhir, rupanya mereka adalah antara keluarga yang terselamat, dan bangsa yang lain mesih lagi dalam sengsara.

yang sedihnya, dorang ni ditentang oleh warga senegara, namun pihak kerajaan cuma menutup mata tentang hal ini. jadi, kita yang hidup aman ni, kita mahu membuta tuli saja? kalau aku ada kekuasaan terhadap dunia ni, aku inda biarkan benda tu terjadi. tapi, malangnya, siapalah sangat aku ni, SPM pun belum tahu lagi aku boleh dapat berapa.

wanita Rohingya dipaksa menjadi pelacur di kem tentera. masa aku dengar ayat ni, aku terdiam. aku terfikir kalau aku berada di tempat dorang, aku inda tahu lah apa yang aku buat. deritanya lah dipaksa menjadi pelacur. sudah pun agama sendiri ditentang, keluarga sendiri inda tahu ke mana, diri sendiri dibuat macam tiada maruah.

penyembelihan orang Islam secara beramai-ramai. pernah bayang kan apa yang jadi kepada diri kita sendiri kalu kita di tempat dorang? kamu rasa kamu dapat selamat? kamu rasa kamu dapat protect keluarga dan semua orang Islam di kediaman kamu? susah mahu cakap kan?

etnik yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar. dorang wujud dari dulu lagi. agama Islam sudah sampai pun di negara tu dari dulu. Burma ; kita tahu yang yang Islam sudah pun sampai di tempat tu. betul kan? tapi, kenapa kedudukan mereka tidak diiktiraf? mana pemimpin Islam di sana? aku pun inda tahu apa mahu jawab soalan aku yang last ni.

sekatan makanan dan akses pendidikan. hal ini membuat dorang ramai menjadi buta huruf dan kelaparan. pernah kita tahu pasal hal ini? tidak kan? aku inda faham lah kenapa ramai orang cuma membuta tuli tentang hal ni.

hak asasi manusia dinafikan. ubatan, makanan, semua disekat. dorang macam mahu buat bangsa ni seperti saudara kita di Gaza ! kita tahu kah? KITA KURANG TAHU. kadang-kadang, aku rasa dorang menyembunyikan hal sebenar. ramai yang kurang tahu pasal ni kan? aku tahu sikit saja pasal dorang ni.

sikap membuta tuli. Aung San Suu Kyi pernah ditanya tentang isu Rohingya, akan tetapi beliau menjawab ; " saya tidak tahu tentang perkara itu ". siok saja orang tu cakap. OIC? kenapa dorang lambat bertindak? atau dorang tidak bertindak pun? aku pun inda tahu lah ke mana badan besar umat Islam ni? betapuk? diam-diam saja, buat inda tahu?

ya, orang boleh cakap ; aku ni cuma pandai cakap, tapi tiada juga buat tindakan. aku cuma budak yang belum habis belajar, tapi cuba menyedarkan dunia tentang hal ini. hal kemanusiaan, kita mahu biarkan begitu saja kah? pernah terfikir kalau hal ini terjadi kepada kita? nauzubillahiminzalik. aku mahu dunia Islam ni kembali tenang. ya, aku sedar, kita semakin akhir kepada hari Qiamat, itulah sebabnya ramai orang Islam ditindas. tapi, inda kan lah kita mahu diam-diam saja? biarkan saja semua masalah ni settle sendiri? kita ada akal, guna lah sebaik mungkin. kita umat terbaik, Allah sudah katakan yang kita adalah umat terbaik. jadi, sebagai yang terbaik, kita mahu diam-diam saja lah? marilah kita bersama-sama, fikir, apa yang terbaik untuk mengekalkan Islam tetap tertegak di bumi ni. Islam adalah  agama suci, sedarlah. aku mungkin tidak sempurna, tapi aku cuma mahu kita semua sedar tentang permasalahan umat sekarang.






marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada saudara kita yang sedang kesusahan di seluruh dunia. bukan setakat bangsa Rohingya, sahabat kita di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan juga. jangan lah lupa orang yang kesusahan. berdoalah juga agar kita kekal aman. 

tapi masalahnya sekarang ni, ekonomi kita dalam kesusahan. ais pun mahu dinaikkan harga? ya lah, kalau minyak naik, orang yang hantar ais terpaksa naikkan harga ais. yang penjual ikan, perlukan ais untuk ikan dorang. jadi, harga ikan pun terpaksa naik. adui, susah sudah ekonomi kita ni. sorry lah aku ni banyak cakap. tapi aku cuma mahu beri pandangan aku sendiri.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Myanmar, Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan dan negara lain yang dalam kesusahan. tempatkanlah mereka bersama para mujahidin yang lain. bantulah perjuangan mereka, ya Rahman. senangkanlah kehidupan mereka. sesungguhnya, kasih sayang Mu amat besar, kuberserah padaMu akan nasib mereka dan nasibku sendiri. permudahkan urusan kami di dunia dan di akhirat, Ya Allah. Allahumma yassir, wala tu'assir, ya karim. amin.
Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematian ku. amin. 


notahati-siiparasit 

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..