Friday, 28 February 2014

Sejarah Solat Lima Waktu

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga
lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

copy from ; http://www.loveloveislam.com/2011/11/sejarah-solat-lima-waktu.html

p/s : memang dah lama cari benda ni.. alhamdulillah akhirnya jumpa jua.. mudahan jadi pedoman buat semua..


ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku.. amin..



Thursday, 20 February 2014

Pemantun Keempat

assalamualaikum..

well, aku ada nampak, orang masuk ke blog aku sebab mau cari info tentang pemantun ke-4.
buat pengetahuan semua, aku bukanlah pengendali untuk pesta pantun, aku cuma mahu share apa yang aku tahu, oke? hehe.


fine, semenjak tahun 2011, seingat aku lah, bilangan pemantun sudah ditambah, daripada 3 orang kepada 5 orang sekarang.

inda payah laa mau cakap panjang-pangjang kan. yang penting, pusingan akan dimulakan dengan pemantun ke-5 untuk memperkenalkan barisan pemantun.

3 pemantun utama, akan membuat giliran menjual dan membeli pantun dalam 3 pusingan.
pusingan pertama, tema diberi awal. dalam pusingan ini, mereka boleh memilih tema yang mereka suka.
pusingan kedua, tema spontan. pemantun hendaklah membuat cabutan tema.
pusingan ketiga, tema bebas. tema adalah mengikut pilihan pemantun sendiri. tetapi, masih merujuk semula kepada peraturan penganjur.

setelah semuanya siap, barulah tiba kepada pemantun ke-4. pada kasarnya, pemantun ke-4 cuma peserta tambahan. tetapi, pemantun ke-4 juga adalah penyumbang markah kepada kumpulan. jadi, janganlah berasa kecil hati apabila menjadi pemantun ke-4. giliran pemantun ke-4 ialah pusingan tambahan. dalam pusingan ini, tema adalah bebas mengikut pemantun itu sendiri. tetapi, masih lagi merujuk kepada sistem peraturan penganjur. 

jumlah markah bagi setiap pusingan ialah 100 markah. 50 markah menjual, 50 markah membeli.
hakim seramai 5 orang, dan setiap seorang membawa 10 markah. 2 hakim bahasa (20 markah), 2 hakim isi (20 markah), 1 hakim persembahan (10 markah).

okey, untuk peraturan pantun yang lain, kamu bolehlah cari di internet aa.. kalau inda pun, minta guru yang melatih kamu cari info tentang benda ni.

kepada pembaca entry ni, terima kasih kerana membaca. dan kepada yang hendak mengikuti pesta pantun tu nanti, selamat berjaya. well, masa aku sudah berakhir, jadi aku mahu lihat orang lain terus menggarap budaya berpantun.

Hang Tuah pernah menyatakan, takkan melayu hilang di dunia.

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. Amin.


notahati-siiparasit 

Tuesday, 4 February 2014

Jangka Hayat Kita, Takat Mana?

assalamualaikum..

baiklah. mungkin aku memang kurang tahu tentang kehidupan. tapi aku cuma mahu sentuh sedikit tentang masa dan hayat. aku bukan ahli nujum, bukan juga tukang tilik yang boleh lihat jangka hayat seseorang. tapi aku mahu bawa kita semua sedar tentang masa hidup kita ni, sebenarnya sekejap sahaja. kita pun tahu yang hidup di dunia ni cuma persinggahan, akhirat kekal selamanya.

hadirnya kita, dengan azan atau iqamat. perginya kita, dengan solat.

jikalau kita lihat, jarak antara azan dan solat tu, bukanlah jauh sangat. kalau di Limauan dulu, dalam 5 atau 10 minit lepas azan, terus solat.
nah, jadi, jangka hayat kita di dunia ni, takat mana saja? kita pun inda tahu. ada yang meninggal masa tua. ada yang meninggal masa masih muda. ada yang belum sempat lihat dunia pun sudah meninggal. sekejap saja kalau Allah tu mahu tarik nyawa kita.

aku bukanlah ustazah atau da'i. aku cuma mahu kongsi sedikit sebanyak yang terlintas di kotak fikiran aku yang agak kecil ni. yang baik, labih baik dikongsi, kita dapat manfaatnya bersama. betul kan?
sebenarnya, aku terbiasa dengan amalan ni. masa di Limauan dulu, kami selalu share pasal benda-benda macam ni. benda-benda yang mendatangkan manfaat kepada semua.
lagipun..
demi masa. sesungguhnya manusia di dalam kerugian. malainkan yang beriman dan yang beramal solah, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. (surah Al-'Asr)

nah, jadi, dengan masa yang masih berbaki ni, marilah kita bersama-sama gunakannya ke arah kebaikan. kita tidak tahu bila kita akan mati. kita tidak tahu, bila bumi berakhir. semua itu, rahsia Allah. Allahuakbar. kita hanya manusia yang tiada daya untuk menghalang takdir. yang penting kita harus berusaha.

aku sebenarnya mahu kupas tentang kehidupan orang Islam di Britain. tapi, aku baru tahu sedikit. yang penting, mereka memang tabah. so, why not, you all survey about it. it's a really great story. apa-apa pun, yang penting, kita doakan orang Islam di seluruh dunia, dalam keadaan sejahtera.

yang baik, jadikan pedoman. yang buruk, jadikan sempadan.
banyak lagi yang aku mahu belajar. dunia ni, penuh dengan cerita.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin.

sekian, asslamualaikum..


notahati-siiparasit