Tuesday, 4 February 2014

Jangka Hayat Kita, Takat Mana?

assalamualaikum..

baiklah. mungkin aku memang kurang tahu tentang kehidupan. tapi aku cuma mahu sentuh sedikit tentang masa dan hayat. aku bukan ahli nujum, bukan juga tukang tilik yang boleh lihat jangka hayat seseorang. tapi aku mahu bawa kita semua sedar tentang masa hidup kita ni, sebenarnya sekejap sahaja. kita pun tahu yang hidup di dunia ni cuma persinggahan, akhirat kekal selamanya.

hadirnya kita, dengan azan atau iqamat. perginya kita, dengan solat.

jikalau kita lihat, jarak antara azan dan solat tu, bukanlah jauh sangat. kalau di Limauan dulu, dalam 5 atau 10 minit lepas azan, terus solat.
nah, jadi, jangka hayat kita di dunia ni, takat mana saja? kita pun inda tahu. ada yang meninggal masa tua. ada yang meninggal masa masih muda. ada yang belum sempat lihat dunia pun sudah meninggal. sekejap saja kalau Allah tu mahu tarik nyawa kita.

aku bukanlah ustazah atau da'i. aku cuma mahu kongsi sedikit sebanyak yang terlintas di kotak fikiran aku yang agak kecil ni. yang baik, labih baik dikongsi, kita dapat manfaatnya bersama. betul kan?
sebenarnya, aku terbiasa dengan amalan ni. masa di Limauan dulu, kami selalu share pasal benda-benda macam ni. benda-benda yang mendatangkan manfaat kepada semua.
lagipun..
demi masa. sesungguhnya manusia di dalam kerugian. malainkan yang beriman dan yang beramal solah, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. (surah Al-'Asr)

nah, jadi, dengan masa yang masih berbaki ni, marilah kita bersama-sama gunakannya ke arah kebaikan. kita tidak tahu bila kita akan mati. kita tidak tahu, bila bumi berakhir. semua itu, rahsia Allah. Allahuakbar. kita hanya manusia yang tiada daya untuk menghalang takdir. yang penting kita harus berusaha.

aku sebenarnya mahu kupas tentang kehidupan orang Islam di Britain. tapi, aku baru tahu sedikit. yang penting, mereka memang tabah. so, why not, you all survey about it. it's a really great story. apa-apa pun, yang penting, kita doakan orang Islam di seluruh dunia, dalam keadaan sejahtera.

yang baik, jadikan pedoman. yang buruk, jadikan sempadan.
banyak lagi yang aku mahu belajar. dunia ni, penuh dengan cerita.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin.

sekian, asslamualaikum..


notahati-siiparasit

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..