Thursday, 20 February 2014

Pemantun Keempat

assalamualaikum..

well, aku ada nampak, orang masuk ke blog aku sebab mau cari info tentang pemantun ke-4.
buat pengetahuan semua, aku bukanlah pengendali untuk pesta pantun, aku cuma mahu share apa yang aku tahu, oke? hehe.


fine, semenjak tahun 2011, seingat aku lah, bilangan pemantun sudah ditambah, daripada 3 orang kepada 5 orang sekarang.

inda payah laa mau cakap panjang-pangjang kan. yang penting, pusingan akan dimulakan dengan pemantun ke-5 untuk memperkenalkan barisan pemantun.

3 pemantun utama, akan membuat giliran menjual dan membeli pantun dalam 3 pusingan.
pusingan pertama, tema diberi awal. dalam pusingan ini, mereka boleh memilih tema yang mereka suka.
pusingan kedua, tema spontan. pemantun hendaklah membuat cabutan tema.
pusingan ketiga, tema bebas. tema adalah mengikut pilihan pemantun sendiri. tetapi, masih merujuk semula kepada peraturan penganjur.

setelah semuanya siap, barulah tiba kepada pemantun ke-4. pada kasarnya, pemantun ke-4 cuma peserta tambahan. tetapi, pemantun ke-4 juga adalah penyumbang markah kepada kumpulan. jadi, janganlah berasa kecil hati apabila menjadi pemantun ke-4. giliran pemantun ke-4 ialah pusingan tambahan. dalam pusingan ini, tema adalah bebas mengikut pemantun itu sendiri. tetapi, masih lagi merujuk kepada sistem peraturan penganjur. 

jumlah markah bagi setiap pusingan ialah 100 markah. 50 markah menjual, 50 markah membeli.
hakim seramai 5 orang, dan setiap seorang membawa 10 markah. 2 hakim bahasa (20 markah), 2 hakim isi (20 markah), 1 hakim persembahan (10 markah).

okey, untuk peraturan pantun yang lain, kamu bolehlah cari di internet aa.. kalau inda pun, minta guru yang melatih kamu cari info tentang benda ni.

kepada pembaca entry ni, terima kasih kerana membaca. dan kepada yang hendak mengikuti pesta pantun tu nanti, selamat berjaya. well, masa aku sudah berakhir, jadi aku mahu lihat orang lain terus menggarap budaya berpantun.

Hang Tuah pernah menyatakan, takkan melayu hilang di dunia.

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. Amin.


notahati-siiparasit 

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..