Friday, 7 March 2014

Masa Cuti

asslamualaikum..

masa cuti ni, aku banyak habiskan masa di rumah.. asal orang tanya, 'kau buat apa teah masa cuti ni?' jawapannya ; 'teda, duduk-duduk ja jaga adik..'
tapi banyak juga yang aku fikir masa cuti ni.. kebanyakannya, throwback..


antaranya, peristiwa . . .


ABANG SEPUPU AKU SELALU DATANG KE RUMAH DULU MASA UMUR AKU 10 TAHUN
bila aku main sama adik sepupu aku, dorang datang ke rumah, baru aku tahu kenapa abang sepupu aku dulu, rajin betul ke rumah, main sama-sama kami.. sebab, dia menunggu keluar SPM. macam aku sekarang ni. baru la aku tahu. dei! tu la, dari dulu kau tiada tanya sama dia. tapi memang best la masa abang datang, main ja kerja kami.


CUCI KASUT
masa sekolah rendah dulu, aku cuci kasut, aku taruh sabun cuci kain tu, sikit saja. lepas tu, curah air atas tu sabun, supaya ada banyak buih. bagi aku, buih tu la yang kasi bersih tu kasut. padahal, sabun sikit saja, buih saja gah. kaka sepupu aku tegur,
eh, kenapa sikit saja sabunnya ni?
cukup ba ni.. nampak tu, banyak buihnya..
buih ja banyak, sabunnya sikit. mana mau bersih tu..
bersih bahhh..
memang bersih pun, tapi sebab aku ni telampau kuat menggosok. el magnifico kan?
itu lah, budak-budak..
sekarang ni! heihh, sabun si teah letak punya main banyak! ya la, tinggal di asrama lagi, memang la banyak belajar.
♡_♡


TADIKA
masa aku hantar adik aku ke tadika, ada jugak budak yang menangis. padahal, minggu ke berminggu sudah belajar sana, masih jua begitu..

terkenang la pula masa aku mula-mula ke tadika dulu. aku ada 4 buah tadika. ya la, nomadkan? berpindah randah. mula-mula, aku tinggal di Taman Kuala Menggatal. di sana aku mula sekolah, Tadika Ummi namanya. lepas tu, dalam bulan 5, aku pindah ke Papar. jadi, di sinilah bermulanya pengembaraan aku dalam mencari sekolah yang sesuai dengan aku.

mula-mula, aku sekolah di Tadika Bintang. kalau aku inda silap la, itu namanya. baju warna hijau. 2 minggu ja, terus pindah. sebab, aktiviti hari-hari sama, mama aku inda minat cara belajar yang begitu.

kedua, Tadika JHEAINS (jains). aku tau kamu payah kan menyabut kan? di sini ni, ok ja sebenarnya. tapi, sebab ada satu budak ni, G E M U K, BESAR lagi, lelaki, dia senyum-senyum sama aku. mesra bah sebenarnya. tapi aku takut. hahaha,, terus satu hari ja aku sekolah sana. masu sekolah rendah, jumpa juga dengan budak tu, inda pula aku takut. jadi kawan bemain, begaduh lagi.. nah, sudaahh..

ketiga, Tabika Perpaduan. di sinilah aku bertahan sehingga aku umur 6 tahun. graduate dari sini la aku. ceh, ayat, GRADUATE kunun. di sinilah aku mula kenal seseorang, yang aku minat. macam tai anak damit ani


MEMBANGUNI BUNGSU AKU DARI TIDUR LENANYA
bungsu! bangun! bangun! *sambil lompat-lopat di katil
hish! orang mau tidur masih bah. 
bungsu ni pemalas eh. bangun!
hish! sibuk saja, kacau urang tidur.
Untitled
bila sudah tua macam ni, baru lah aku tahu kenapa tidur tu amat diperlukan. mana penat belajar, penat di asrama, rasa malas nya yang tinggi tebal menggunung. HAHAHAHA.. nah, rasa la kau teah!


NENEK KEBAYAN
masa umur aku 7 atau 8 tahun, aku jalan kaki saja ke sekolah. jadi, ada satu rumah ni, mau cakap buruk, inda jua. tapi macam inda terurus la. tapi ada orang tinggal dalam tu.
tetiba, timbul lah cerita karut marut yang kena pungut entah dari mana, kununnya rumah tu rumah nenek kebayan tinggal. takut kunun aku mau lalu situ. tapi kekadang berani jugak.
bila sudah besar ni, terasa lucu pula. ya la, boleh aku pecaya cerita fantasi macam begitu? LUCU!


BAWANG PUTIHBAWANG MERAH (VERSI HITAMPUTIH) CATHAY KERIS
dulu, masa sekolah rendah, aku memang addicted liat cerita ni. tengok la berapa kali, inda pandai boring. mau dijadikan cerita, aku TERPENGARUH dengan cerita ni. kononnya, aku BAWANG MERAH. 
menyanyi la aku buai laju-laju atas buaian besi. tiap petang ada saja aku di sana tu. bukan lagi, TIAP MASA FREE. 
pok mengunjar tulang ikan lagi. padahal, sendiri yang buang. siap hafal skrip lagi ; 'semut-semut,tolonglah carikan tulang mak aku', tengok, sampai hari ni aku masih ingat. aku pun, pok la ikut semut tu, memang dia pi tempat tulang ikan tu. ya la, kalau mau difikirkan balik, memang la semut tu pegi tempat tu tulang, kalau sudah itu makanannya. betul inda?
ketawa jua aku bila ingat balik tau.


KOLAM
dulu, masa aku masih tinggal di taman kuala menggatal, ada satu tempat ni, macam kolam. jadi, aku siap kasi nama lagi. yang tu kolam siapa, yang ini kolam siapa. 
bila sudah besar ni, tau sudah aku apa tempat tu. mau tau? LOJI TAI. hebat kan aku? budak bah masih, 5 tahun, mana tau apa-apa.


LAYAN LAGU LAMA
aku ni, memang dari kecik layan lagu lama, tu yang melekat sampai sekarang. penyanyi yang aku selalu layan, UJI RASHID, ZAITON SAMEON, P.RAMLEE. selalu sangat. sebab, nenek aku minat lagu dorang ni. then, makcik aku selalu pasang. apa lagi, melekat lah. aku ni lagi, speses yang suka benda nostalgik. aku jarang suka pembaharuan. jarang aa, bukan langsung inda suka. 
contoh, aku suka bedak enchanter charming. sebabnya, aku selalu hidu bau ni masa aku kecik dulu.
aku suka minyak wangi avon, far away. sebab, makcik aku pakai dulu. aku ni jenis meruah indah-indah urang dulu. jadi emang selalu test minyak wangi. kweng-kweng-kweng.
antara lirik yang paling aku ingat ; uji rasyid - tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan, hanyalah dirimu sahaja..


------------------
setakat ni, ini jak yang ada melimpas di kepala aku ni. memang banyak lah lagi yang jadi masa lalu. tapi, aku lupa ni. sebelum menulis, banyak pun yang aku tepikir.
perjalanan hidup tu, mengajar kita kan? mendewasakan kita. kita hidup dari pengalaman.
terima kasih masa lalu.

terima kasih sebab sudi membaca.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin.


notahati-siiparasit 

No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..