Monday, 4 August 2014

Melodi Hati Bertinta Sepi

ayat macam sasterawan kau Teah!

ok la. lama aku inda update benda ni.

harap maaf terlebih dahulu, jikalau ada yang berasa kurang senang atas penggunaan ayat 'aku' dalam post ini. sebab, jari ni cuma merungkai yang terbuku. so, chillax :)

aku mau cerita.

1. aku sambung study di mana? cerita ni pendek ja. jangan risau laa
2. semangat seorang pendidik itu di mana? macam tiada kaitan cerita yang first dengan yang second kan? mu tunggu je loh.

test mike...

usang abis ehh ni blog !

bismillahirrahmanirrahim. before I proceed, kepada pembaca, sila ambil yang positif dan buang yang negative. ini adalah luahan rasa dari aku sendiri. harap maklum.

aku pernah bercita-cita jadi cikgu. and even sampai ke hari ini, rasa tu belum pudar.

ok, cerita bermula ..

aku sekarang di UPMKB. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. di mana? Bintulu, Sarawak. ok. kos? diploma kesihatan haiwan dan peternakan (DKHP). so rasanya cukup la tu kan?



aku inda tepikir pun yang aku akan sambung bidang sains. sebab dalam kepala aku masa dulu, aku mau ambil sejarah. tapi takdir bawa aku pegi sini. so kasi jalan saja la. kau boleh ba tu teah :)

lepas tu, banyak la kawan keluar, masuk IPG durang, dapat tawaran.

terus kepada point, masa tu kami bercerita, ramai la kami tuuu. terkeluar la cerita pasal seorang guru yang tidak mahu mengajar di pedalaman.

ok. aku inda salahkan sesiapa la di sini. sebab masing-masing ada pendapat.




hujah kenapa durang inda mau mengajar di pedalaman?

1. tiada line, atau wifi. susah la mau connect dengan people. ya. diakui semua. teruatamnya generasi-Y. budak-budak moden kan. zaman dah berubah, cakap nenek yang selalu di TV dulu tu.

2. susah hidup sana. belum biasa kan. mana air la segala.

3. some, dalam hutan, redah sungai, lumpur segala. infection penyakit lagi belum dikira.

4. persekitaran. biasa la tu, berbeza kan tempat kita. so, memang ada yang inda selesa.

5. infrastruktur dan prasarana (tinggi ayat aku. lama inda di asah ni.) yang ini semua orang akui la.

6. jauh dari pekan. kalau ada pun pekan koboi ja kali. susah mau dapat barang kalau masa emergency. so, kena sedia awal la benda tu.

kalau ada idea untuk di atas ni, kalau aku ingat apa durang cakap, aku tambah aa.

ok. terus kepada hujah aku.



kenapa aku mau mengajar di pedalaman?

1. dapat didik budak-budak di situ. supaya durang inda ketinggalan jauh dari budak yang duduk du bandar.

2. yes, susah mau dapat line. aku akui. tapi kalau bukan kita yang didik durang, sepa lagi? kau mau panggil PM? banyak lagi kerja durang bah sana?

3. semangat mengajar tu yang penting. kita tengok dorang belajar, dorang rajin, benda tu yang bakar semangat kita untuk terus bantu durang.

4. mengajar untuk durang terus maju memacu jaya. lihatkan kepada dunia, mereka mapu berjaya. kalahkan budak-budak di bandar sana. RAJIN! itu yang penting.

5. kalau setakat tempat tinggal, prasarana segala bagai binatang tu, benda boleh diatur bah. inda puas hati pasal air api, pegi mengadu saja sama kerajaan. in syaa allah durang bantu. macam tau saja kau sana teah! 

hujah aku memang inda banyak. sebab aku inda tau macam mana mau luah rasa tu. nanti ada la ni di bawah-bawah ni nanti hujah aku tu. baca ja la aa kalau sanggup.

tapi aku pernah mau jadi cikgu sejarah.



kenapa aku mau jadi cikgu sejarah? topik baru. tiba-tiba keluar. ahahaha.



1. sejarah selalu dianggap bosan
2. guru perampuan selalu bosan

so. aku mau ubah presepsi yang di atas ni. aku mau dunia melihat, yang ada spesis orang yang macam TEAH ni wujud. aku mau buka mata dunia. seorang guru sejarah perempuan menarik minat pelajar kepada subjek sejarah!

tapi takdir bawa kau pegi tempat lain. so. jalan saja dulu. takkan merasa manis kejayaan tanpa perit derita dalam perjalanan.

so, yang aku mau sampaikan di sini, jadi cikgu tu, biar ikhlas dari hati. ya allah, indahnya title cikgu tu. satu title yang aku mau pegang dari dulu. kalau aku habis diploma ni, aku mau try apply apa-apa saja la. yang penting CIKGU SEJARAH.

kepada pembaca, guru, bakal guru, jangan terasa sangat. saya minta maaf. sebab ini adalah sudut pandangan seorang Teah. insan hina yang bercita menjadi guru sejarah.

ya, aku inda tau apa yang dilalui para guru, tapi, aku minta supaya semua guru mempunyai jiwa pendidik.

cipta sejarah sendiri -dg sarifah ag alli, ibu-

ilmu cuma sebagai batu loncatan. semua tu dari semangat diri -agku jali b pg abbas, nyian- 

aku bukan mau salahkan sesiapa. tapi, aku mengajak semua warga berfikir sejenak. apa tujuan kita hidup?

paling penting, kita dapat menabur bakti, walau sedikit kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara, dan agama.

di sini, saya menyeru agar kita mendoakan sahabat kita di Palestin sana. atas dasar semangat jihad islamiah dan nilai kemanusian.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amin.


sekian. selamat hari raya.

MERDEKA RAYA !

oh yes. lupa. aku lahir 04 Ogos 1996. so, kalau ada yang berminat, wish la saya ya. ahahaa.
biasalah, perangai budak yang baru mau up ~




notahati-siiparasit