Monday, 3 November 2014

Hayatilah Nikmat Selagi Ada

assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.

saya kurang berani untuk mengangkat tajuk yang berat. saya cuma sampaikan apa yang saya perolehi. Allahumma yassir.

kebanyakkan umat Islam hari ini, lupa akan nikmat yang Allah berikan. mereka menganggap bahawa merekalah insan yang paling malang. sedangkan Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan Dia tahu bahawa hambaNya itu boleh menempuhinya.

setiap hembus nafas adalah nikmat. Allah kurniakan kita mata, tangan, mulut, kaki, telinga. penuh nikmat yang hakikatnya tidak kita sedari. alhamdulillah kita masih dikurniakan kehidupan.

oke. itu mukaddimah baru. sori laa. panjangkan? hahahaa. oke.

umat Islam lupa. atas dasar apakah kehidupan kita? kita hidup di dunia sebagai pembawa syariah islamiah. menyebarkan keindahan Islam kepada dunia. ya, dalam khutbah terakhir Rasulallah  SAW, baginda menyebut, "telah aku sempurnakan agama bagi kamu" jadi maksudnya, Islam itu sudah lengkap. lengkap dengan rujukan; Al-Quran dan As-Sunnah.

ya, agama kita sudah lengkap. pengisian dalam sanubari kita? cuba tanya diri sendiri. saya serba kekurangan. ilmu masih cetek.

brieffing sikitlah kan.

ayat pertama yang kita baca dalam Al-Quran.
Bismillahirrahmanirrahim. dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

sifat Ar-Rahman; Maha Pemurah. Allah berikan nikmat global kepada semua manusia. tidak mengira agama. maksudnya, Allah berikan nikmat hidup kepada semua manusia. tidak kira beriman kepadaNya atau tidak. nikmat Allah itu universal.

sifat Ar-Rahim; Maha Penyayang. ok. yang ini barulah special. Allah berikan nikmat ini hanya kepada umat Islam.

untuk ulasan penuh tentang sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, bolehlah rujuk site yang lain. boleh rujuk di sini :) atau di mana-mana site.

baiklah.

point yang saya cuba sampaikan ialah kita lupa yang Allah itu sayang kepada kita. Allah itu kasih kepada kita. Rasulallah? baginda SAW amat merindui kita. sedar? saya juga insan hina yang sering alpa akan hakikat ini. buktinya, kalimah basmalah adalah ayat pertama yang kita baca dalam al-Quran. kalimah pertama bagi semua surah.

ramai yang anggap ringan kalimah basmalah. dan tidak menghayati ertinya.
kita sering mengungkap kalimah ini.
setiap langkah, kita baca ayat ini.
sebelum jawab paper, baca basmilah.
sebelum keluar rumah, baca  basmalah.
sebelum kena hukum cikgu disiplin pun, masih lagi baca basmalah. hahaha.

kita percaya akan kalimah basmalah. keramat kan?

tapi, sebelum ini, saya cuma baca, untuk buang rasa gusar, rasa gentar. saya yakin akan kalimah basmalah, mampu mengubah dunia saya. tapi, saya lupa untuk menghayati erti kalimah ini.

jadi, saya mau bawa kita semua, untuk memahami erti basmalah.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

simpan dalam sanubari, bila baca ayat ni, ingat. Allah sayangakan kita. Allah kasih akan kita. Allah berikan peluang dalam segenap kehidupan kita. percaya akan nikmat Allah. bersangka baik kepada Allah. betapa bernilainya kehidupan kita ni. penuh nikmat. penuh misteri. Allah is the best planner. ingat tu geng. 

jadi, apa yang saya mahu sampaikan ialah, hayati erti basmalah. hayati kalimah Bismillahirrahmanirrahim. jangan sekadar ungkap, hayati, tanam dalam diri nilai kasih dan percaya akan takdir Allah. dengan itu, bukankah hidup akan jadi lebih indah? renungkan :)

itu jak isi yang aku cuba sampaikan. briefing tu yang panjang. maaflah, sudah lama inda buat penyampaian murni dalam blog ni.

sekian.
terima kasih kerana sudi membaca karya saya, yang tentunya masih ada kekurangan. saya boleh nampak penyampaian saya agak messy.
by the way, have a nice day fellas. put your faith in Allah. jangan pernah ragu akan takdir. usaha paling perlu.

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku, adalah hari kematianku. Engkau hidupkan kami dalam iman, Engkau matikanlah kami dalam iman, masukkan kami ke syurgaMu dengan iman. amin ya rabb.





notahati-siiparasit 

CEO Movie ~

assalamualaikum and hola yuollss ;) hahahah


okeh. aku mau cerita sikit lah pasal CEO punya muvi ni. acctually aku tengok cerita ni pasal ada Beto Khusyairi. nguaaahahahaaa. weh, aku minat gila lelaki nii. aku start tengok dia dari cerita bersiri - Geng Surau. best gila. cerita tuh.

entah lah kenapa aku minat lelaki ni? tapi dia memang smart lah belakon. hampir semua cerita yang dia berlakon aku tengok. ok, simple lah kan, dia hebat berlakon.

apa yang aku mau share pasal movie ni?
movie ni banyak ajar aku erti kehidupan.

pertama ; kita bukan selalu ada di atas. kalau kita di atas, jangan pernah lupa pasal orang yang di bawah. hidup ni sekejap jak. kalau Allah mau tarik nikmat tu, tiada siapa dapat halang, tiada siapa tahu bila.

kedua ; bersyukur. segala kudrat yang diberikan adalah nikmat. segala nafas hela juga adalah nikmat. mengapa perlu mengeluh. nikmat Allah itu luas.

ketiga ; jangan sombong. jangan riak. ingat, kita hidup bermasyarakat. saling menghormati, itu yang penting.

keempat ; we will never feel happy if kita tidak menghargai kehidupan. so, hargai setiap detik kehidupan, dalam apa keadaan sekalipun.

banyak lagi rasanya yang aku dapat dari movie tu. tapi, aku pun inda tau mau tulis apa lagi. so, sampai sini sajalah.

hahaha.

apa-apa pun, aku memang minat Beto Khusyairi. you rock bro!! peace~ hahah

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. amiin.



notahati-siiparasit