Sunday, 29 March 2015

Ilmu, Pokok, Buah ?

ok. assalamualikum.

aku bukan lah ustazah yang boleh mengupas permasalahan ummat yang serius. tapi, saya suka berkongsi pendapat.
saya bukanlah insan yang mempunyai banyak ilmu. tapi saya gemar mencari dan menyebarkan.
saya ni memang seseorang yang banyak cakap. sebab tu lah saya buat blog. saya jadikan blog salah satu medan untuk saya berceloteh, berbising, bergila, becerita, berkongsi dan bermacam kata kerja yang diikuti pelbagai imbuhan.

baiklah. saya ni kalau bercerita memang banyak side story. dan begitulah jugak bila saya menulis entry.
mohon bersabar.


ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah
ok. phrase, quotes, frasa, mutiara kata, falsafah INI, sering kita dengar. ok, kalau inda pun, versi bahasa arab. mau versi bahasa arab? tapi saya taip rumi lah ya. heheheh

al-ilmu bila al-amalin, kassyajarah billathamarin.

ok. bagi sesetengah orang, benda ni sangat normal dan cliche. ya lah, semua orang tahu.
tapi, adakah semua faham?

kalau kita faham, mengapa masih berlaku kerosakan? kerosakan ni, maksudnya amatlah meluas. kita boleh fikir.

kenapa?

sebab kita kurang faham. NO. untuk lebih faham ayat saya tu, kita kurang simpan dalam hati ayat tu.
ayat tu kita sekadar tahu, lepas tu termotivasi sekejap, lepas tu ayat tu lesap. nanti pandai datang balik.

ya, kita kurang simpan. kita kurang pegang ayat ni. tahulah, hati manusia ni berbolak balik. even saya sendiri pun berbolak balik. kejap itu kejap ini. kejap mau makan itu, kejap mau makan yang ini. otak dan usus aku pun kurang faham dengan keadaan aku ni.

jadi, dalam kes ni, kita kena sentiasa pegang, faham dan semat ayat ni dalam diri. dengan cara tu, kita dapatlah beramal dengan ilmu kita.

ya lah, kebanyakan orang kita ni, tahu, berilmu, tinggi ilmu tu. namun, tiada amal. bila orang buat silap, dia nombor satu yang menegur. tapi, dia sendiri tidak berpijak di alam nyata. tidak beramal dengan ilmu. bukankah itu sia-sia namanya? buka minda kita untuk berfikir dan berhenti menuding jari. sama-sama cermin kekurangan diri.

ok, kalau ada lah yang cakap, kalau jadi pokok yang tidak berbuah pun ok jugak. cantik jugak. macam bonsai ka. comel kan? 
ya, memang cantik, cantik sekadar di mata. tapi tidak lama.
yang mahu disampaikan ayat tu, kalau kita jadi pokok yang berbuah, bukankah kita mampu memberi manusia sejagat ni makanan? naah. di situ point dia. dia mahu kita ni jadi insan yang berguna. bukan sahaja cantik dipandang, bahkan dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat, agama dan bangsa. 

kalau lah ada yang cakap, pokok yang tidak berbuah, ada yang rendang. berbakti jugak tuu. boleh santai-santai di bawah teduhan.
syukur alhamdulillah dia berbakti. jadi, korang mau kami buat apa? ubah ayat tu? tambah, -ibarat pohon yang sudah pun tidak rendang tiada berbuah lagi. hahahaha. chill, gurau semata.
ok, bagi persoalan yang ini, kita boleh fikir sebenarnya. ya, memang kita dapat berteduh. tapi, mau dibandingkan dengan pokok yang berbuah, yang mana lagi banyak pengorbanannya? pokok yang berbuah, sudahlah ada orang berteduh, ada budak memanjat, dijolok dan diambil buahnya, naah. besar pengorbanan dia.
jangan ada yang cakap, mana ada orang panjat dan berteduh di bawah pokok durian. ok yang kes ni, memang tiada siapa pun mau bunuh diri stay bawah pokok durian. ada jugak nanti yang terkena durian yang jatuh. kita kena faham, ayat ni asal dari falsafah arab. jadi, masa dia buat ni, mestilah berdasarkan apa yang ada di depan mata dia kan?

kalau korang mau buat falsafah sendiri, silalah. ia pasti membantu ramai orang. mesti ramai yang terispirasi. saya bukan perli atau marah, saya menggalakkan. supaya makin ramai masyarakat kita yang berwawasan.

apa yang saya tulis ni, bukanlah untuk memarahi sesiapa. ini cuma satu penulisan yang bagi saya wajar untuk dilakukan. salah satu cara pendidikan. hohohohoho.

semua ayat tu, originally from me. persoalan tu semua, itu persoalan yang sering ada di kepala aku masa aku keci dulu.
persoalan yang aku belum pernah tanya sesiapa pun. aku cuma tanya diri aku sendiri. dan itu adalah jawapan dari aku jugak. moga penulisan kali ini bermanfaat buat semua.

maaf andai ada typo atau yang yang celaru. saya pening sikit. tapi entah lah, teringin betul mau post entry ni.

biar saya bukan femes pun, sampai entry ni dibaca oleh ramai orang, kalau ada yang terbaca, dan terinspirasi, walaupun seorang. itu pun sudah memadai. perkongsian saya, sedikit demi sedikit tersebar.

yang paling penting, kalau ada anak kecil yang bertanyakan kita tentang ayat yang spisis ni, kita dapat lah jawab sikit. cukup sekadar mengisi minda anak kecil yang masih suci dan perasaan ingin tahu dorang yang tinggi tu.


p/s : mau letak gambar, tapi macam tiada tau gambar yang sesuai. hahahah.

ya allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adaah hari kematianku. matikanlah aku dalam keadaan yang engkau redai ya allah. amiin.

notahati-siiparasit



No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..