Monday, 30 March 2015

Sebauh ; Bakti Siswa UPMKB

assalamualaikum dan hola ;)

naah. si teah cuti, apa lagi, memang update blog lah dia nii. hahaha. line lajuuuu. padahal lusa aku mau UKCG sudah nii. training macam belum cukup. haishh. doa saja lah aku pass. amiin.

ok. aku mau becerita pasal aktiviti kokum kami. baksis - Bakti siswa QKK**** (lupa kod sebenarnya)

kami buat aktiviti ni di Kg Pandan Sebauh, Bintulu, Sarawak. baksis kami ditaja oleh KPS (Kementerian Pembangunan Sarawak) dan bergabung dengan pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK Sebauh.

sebenarnya kan, aku mau buat entry ikut hari. so, memang teramatlah sangat teliti jalan ceritanya. namun, bila aku start menulis ni, aku malas lah pulak. tapi kan, mungkin panjang entry ni. mungkin lah. hehehe. rasanya aku inda tulis semuanya dengan terperinci. brief gitu ja. tiada lah cukup dengan semua aktiviti baksis ni. maybe aku tulis benda yang aku mau cerita ja. hahahaha. kejam nyaaaaaaa.

ok. dijadikan cerita, baksis kami ni berjalan selama 3 hari 2 malam. tarikh? 6-8 Mac.


hari pertama
DKHP sem2 jalan lambat. sebab petang tu kami ada lab bio. bedah tikus dan cacing. kami inda dapat pelepasan. terpaksalah datang lambat. dorang yang lain jalan awal pagi.

ok, kami gerak dalam jam 4 jugaklah dari UPM. perjalanan dalam satu jam jugaklah.
sampai sana ja, pembahagian keluarga angkat sudah selesai.

ok, semua blur. inda tau keluarga angkat siapa, di mana, macam mana mau pegi sana. hahahaha.

masa tu orang memang pening sudah ni. ya lah. dorang bekerja dari pagi. petang tu mau urus kami lagi? memang boleh gila lah. hahaha.
kami kena bagi kertas, cek nama sendiri, siapa keluarga angkat, rumah pun terpaksa cari sendiri. part ni ja, ada yang panas lah sudah. ya lah, kami mana lah tau pasal kampung ni. haiiyeer.
tapi, masalah boleh settle kan? aku pun tanya lah satu kakak di kampung tu, minta guide kami ke rumah kami masing-masing.

nama aku di bawah nama Pn Mastura Binti Padan.

sampai ja aku di rumah tu, rupanya, kami ada 12 orang. 5 pelajar UPM, 7 peajar SMK Sebauh. ramai kan kami~ hahahaha. well, dalam 12 orang tu, 3 orang ja perempuan. dalam 5 orang pelajar UPM tu, aku ja sorang budak perempuan. macam mana aku inda ketawa. in the same time, takut.
tapi, dorang tu baik. aku pecaya dorang. sentiasa percaya dorang :)

malam tu aku mandi lambat. dalam jam 12 jugak lah. sebab tiada ai. aku pegi aktiviti malam tu, tanpa mandi. hahahah. budak serumah pun balik-balik cakap aku ni kambing lah, payau lah. whatever.

habis ja aktiviti malam tu, aku mandi. then isi air dalam baldi. terus cuci pinggan mangkuk di sinki. ya lah, tolong lah keluarga angkat. jadi orang yang berguna sikit. dalam jam 1 lebih baru aku tidur. tu pun ada satu baldi lagi aku belum isi. sebab aku mengantuk. ceewah. awal tidur kunun.




ok. this is my favourite.

semua yang di atas tu, gambar untuk hari pertama di Sebauh


hari kedua
bangun awal pagi tu, dorang memang pegi mandi lah. ada yang kesejukan gila, ada yang macam biasa ja. hahaha. macam-macam karenah. belum lagi yang mandi sungai pagi-pagi tu. budak kampung tu memang biasa lah. yang inda biasa, memang kesejukan lah. hahaha.

awal pagi tu, kami ada gotong royong. sekali lagi, masa gotong royong tu aku belum mandi lagi. dan sekali lagi dorang panggil aku payau. hahahaha. inda terasa pun. bergurau. biasalah tu kan. hahahah.

habis ja semua tu. baru aku mandi. lepas tu, jalan sampai hujung kampung. ok, yang ini aktiviti sendri. bukan bawah baksis. hahahah.

lepas tu, aku masuk lah dewan. ada aktiviti sikit. aku pun terus join lah.

rehat kejap. lepas tu, kami ada 'bengkel keibu bapaan' . di sini kami eruji sikit. masa tu, kami tiada bekalan elektrik. tambahan pula, orang kampung sikit saja yang attend benda tu. jadi, kami punjoin lah benda tu. enjoy jugak lah.

petang tu, kami ada 'bengkel pertanian' dan LDK daripada KPS. masa ni, aku ikit LDK.
kami disuruh membina model rumah. ok, yang ini aku tiada ambil gambar. menyesal jugak lah. baru terasa sesalan tu sekarang. hahahaha. then, model rumah kami dapat nombor dua.

model tu bagus tau. boleh jual lagi. hahahaha.

malam tu, malam kebudayaan. aku ada buat persembahan untuk malam tu. first dikir barat. tapi bila dengar balik, macam nasyid lah pulaak. hahahaha. lepas tu, aku tukar seluar, aku ada menari sikit. ala-ala choral speaking pun ada. combine la kiranya. ohsem okey kitoranggggg. hahahaha.
malam tu ada macam-macam lagi lah. ada nyanyian dari UPM dan orang kampung. ada tarian dari kami dan pelajar Sebauh. ada apa agi aa?? banyak laah.

sampai rumah, kami berlima  duduk lah semeja di dapur tu. bincaang apa yang mau dihadiahkan untuk keluarga angkat. tapi, plan gagal sebab tiada solusi dan kegawatan ekonomi masa tu.
kami plan la malam tu mau cuci pinggan mangkuk di singki dan isi air dalam baldi. tapi, kami tunggu sampai jam 2, air tu belum naik pun. mula tu, rancak bercerita. satu demi satu tewas. cerita pun makin layu. apa lagi, tidur saja lah.

mlam kebudayaan. MC kami, Sally dan Mun

penonton

dikir barat. spot me

waani dan fahmi nyanyi. estiza main gitar.

Nabil Jun dan Ujang. nyanyi lagu XPDC - Semangat Yang Hilang.
fevret aku tuuu

masa siang


bengekel keibu bapaan

bengkel pertanian

sukaneka

sukaneka

aku inda tau mana gambar yang lain. aku terbuang kali. nanti lah aku minta balik. sedih nii. baru mau kasi tengok gambar bengong-bengong aku.

ter'reverse' bah gambar aku nii. tapi layan ja lah aaa.


hari ketiga
ok. yang ini memang hari last. 
bangun awal pagi tu, kami ada akiviti sikit. aku ikut LDK. cari kasut sendiri, mata tertutup. lepas tu, jalan berhalangan lah kiranya, dengan mata tertutup lagi.

ok. petang tu penutupan. tamat.

nangis jugak lah aku masa tinggalkan kampung tu. ya lah. penuh kasih sayang di sana tu. one more thing, aku ada banyak adik, tapi tiada abang. then, bila aku ada abang, aku rasa hidup aku bahagia. 

hari last di awal pagi

penutupan. kami adik beradik bersama mak dan adik mak punya anak angkat.
besar kan kami??

bah, hashtag laah

kami adik beradik UPM dan Shasha.
dia sekarang di IKM Bintulu

kami serumah :)

sama lah dengan yang tadi. hehe

ok. berakhirlah sudah entry kali ni. quite celaru here.

well. tanks a lot sebauh. memang lah, memori tu selalu terpahat dalam memori kami.
for adik beradik, thanks. aku rasa bahagia sangat. biasalah, aku ada adik ja. selalu mimpi untuk ada abang atau kakak. when dapat peluang begini, rasa bahagia pulak rasa dia dapat abang. even bukan permenent dan bukan lah sedarah daging. but still aku bersyukur kenal orang yang macam korang. 
adik-adik SMK Sebauh, usaha rajin-rajin. no matter what result SPM nanti, ingat, benda tu bukan penentu kehidupan kita. yang penting, azam dalam hidup. itu yang paling perlu.

sekian. adios fellas.

ya allah, jadikan lah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. matikanlah aku dalam keadaan yang engkau paling reda. amiin.


notahati-siiparasit


No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..