Wednesday, 22 April 2015

Bentangan Perspektif ;)

assalamualikum dan howdy !

ok, saya akan hurai maksud title terlebih dahulu.

bentangan perspektif~
ok, perpektif ni, bermaksud sudut pandang. jadi, bentangan perspektif ; sebesar mana atau sejauh mana, sudut pandang kita terhadap sesuatu.

sebenarnya, terdetik buat post ni, untuk buat pembaca lebih terbuka. mungkin isu yang dikemukakan oleh saya agak kurang wajar, atau pun ringan. tapi, isu ini cuma sebagai contoh agar kita mampu mebina kehidupan yang lebih muhibbah di atas muka bumi Tuhan ni.

mungkin kali ni saya akan menggunakan kata ganti nama 'saya' agar lebih formal. dan saya mau cuba buat penulisan dalam bahasa melayu sepenuhnya. ceewaaahhhh. hahahahaa..

ok.

sebenarnya tadi saya ada melihat beberapa rakaman cara pemakaian tudung zaman sekarang di YouTube. tapi, setakat apa yang saya lihat, semuanya masih kelihatan cantik, bersesuaian, mengikut undang penutupan aurat, dan masih kelihatan waras. mungkin saya belum  jumpa lagi cara pemakaian yang pelik-pelik.

jadi, di bawah rakaman tersebut, terdapat beberapa ulasan. ada yang membantu, ada yang tidak. ada yang positif, ada yang negatif. tapi itu memang fenomena biasa. kita ada sudut pandang dan cara pemikiran kita sendiri.

tapi, hentikan ulasan yang berbentuk sindiran atau hinaan. sebab, ulasan anda adalah umum. yang menjadi permasalahannya di sini, ulasan itu membuatkan pemilik rakaman itu, malu. sebab ramai orang memberikan ulasan negatif. mungkin kita tidak tahu. lagi pun, buat apa dia bagi tahu kan? jangan lah hina. kalau tidak suka, tinggalkan. keluar dari sana. cari video yang patut anda tengok. yang singgah situ kenapa? tak suka, jangan ketik (klik).

hentikanlah menekan butang 'ibu jari ke bawah' tu. macam yang saya katakan tadi. keluar terus. kalau tekan butang tu, kamu semua dapat apa sebenarnya?

apa alasan perbuatan tu semua? pahala?
alasan; "menegur, agar insan ni berubah" , "aku telah menjalankan bahagian aku, mudahan dia berubah" , "saling tegur menegur" ,
ya, betul. saya tidak nafikan. tapi, ada sedikit silap dalam cara. sebab kita melukakan hati orang. fikirkan lah sahabat :)

ada banyak cara yang lebih elok.
contoh; berdoa. berdoa pun boleh memberikan asbab hidayah kepada orang lain.

kita kena fikir hati perasaan orang tersebut. kita ada hati, mereka juga ada. hati ini sifatnya rapuh, bersamalah menjaga.

kita kena bersikap lebih positif dengan husnuzon, berbaik sangka. kita kena faham, kenapa dia membuat rakaman cara pemakaian tudung? mungkin, sebab dia menyeru anak muda untuk bertudung. mereka cuba membuka satu ruang pemikiran insan, yang tudung boleh digayakan dan tidak ketinggalan zaman. murni bukan?

jadi, saya di sini menyeru agar kita bersama-sama melebarkan bentangan perspektif kita agar kita dapat membina hidup yang leih harmoni, dan mencapai kata sepakat dengan toleransi. 

membina negara harmoni bukan mudah. namun, tanggungjawab itu bukan digalas sepenuhnya oleh pemimpin kita. jika pemimpin sahaja yang mencuba, tapi rakyat tiada usaha, sepakat pula entah ke mana, kelak negara kita bagaimana? kita patut menjadi yang lebih baik. sedikit, demi sedikit. kalau bukan kita, siapa lagi? kita adalah masa depan negara :) 

bersatupadulah, agar kita mampu membina dunia yang lebih harmoni.

sekian, dan terima kasih kerana membaca.
hasil karya kali ni, cuma sebagai luahan rasa hati saya.

oh, sebelum tu, jangan lupa; kita juga patut berubah, sahabat :)

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku ada lah hari kematianku. dan Engkau matikanlah aku dalam keadaan engkau paling redha. amiin ya rabb.

notahati-siiparasit


Tuesday, 21 April 2015

Tracking Back ;

assalamualaikum dan hai.

apa kabar?

well, aku ni sebenarnya inda dapat tidur. sudah sebulan aku cuti, tapi insomnia aku ni masih juga wujud. tolonglah pergi jauh insomnia oii.

and one more thing, henset aku rosak. hahaha.
ok, not such a big matter thou.

so, insan bernama Teah ni memang selalu buat title gempak, isi haprak.
sebenarnya tiada idea untuk buat title. entry, cerita, -ada. tapi tu lah, kurang percambahan idea on post title.

ok. cerita yang aku mau sampaikan ni, begini,

tadi siang kan, adik bungsu aku came to me and asked me about buku para Nabi.
then I was, -why?
rupanya, dia ada buat teka silang kata dalam majalah ASUH.
-bacalah majalah tu, bagus. aku suka baca. dari tadika aku baca. sebab ada cerita manusia dengan syaitan. then untuk masa yang singkat kita terlindunglah dari perbuatan mazmumah.-

jadi banyaklah soalan-soalan pasal Nabi. such as, -siapa ibu Nabi Isa? , burung penyampai berita, serangan abrahah, peristiwa Nabi SAW ke syurga, dan sebagainya. ada 16 atau 17 soalan if I not mistaken.

then, sebagai manusia yang agak pelupa, otak aku got confused. heheehhhh -*sengeh lagu keghang busuk.

then I taught my brother to use laptop in a right way, by googling the answers. ~tadaaaaaa~
malang sekali, pada akhirnya aku jugak yang kena cari. sebab dia syok-syok baca, tapi inda tau apa yang dia cari. *krik,krik,krik,
ok, faham. kecik masih. that's why~

sampai satu part, dia tanya pasal nabi yang bermimpi, - 11 bintang, bulan dan matahari bersujud kepada baginda.
terus aku teringat lagu nasyid masa zaman kecik dulu.
masa kecik selalu dengar. masuk sekolah menengah, ingat sikit-sikit ja. itupun, mau recall ramai-ramai dengan geng. masuk U, entah hilang melencong pi mana.

then, aku try la google sisa lirik yang masih berbaki di minda bernas aku ni.

aku taip, -11 bintang, bulan dan matahari

dapatan, aku cuba buka. dalam youtube ni. lalu, bukan.

ada selection, suggestion di tepi tu, aku terjumpa, - AURA NABI YUSUF

aku klik. dan, inilah dia yang kita cari! yeayyy!!!

tapi tiada lirik -.-'

cari lirik. then its all perfect. :D

mulanya, aku pikir tajuk tu memang, aura nabi Yusuf. rupanya, aura tu nama kumpulan nasyid tu.

jadi, aku download lagu tu, untuk santapan masa silam dan pengetahuan aku yang mulai kelam ni.

aku baru download 2 lagu. Kisah Nabi Yusuf dan Kisah Nabi Yunus.

aku download dan edit. biar dia ada lirik sekali.

aku boleh share dengan adik aku. baru ja tadi malam kami nyanyi ramai-ramai.
ceh, padahal bertiga ja. hahahaha. :)) -*double chin. hahahahahahaha.

tu lah.
kekadang, kita perlu anak kecil ni,
untuk mengajar kita tentang kehidupan.
untuk melihat pandangan akal mereka.
untuk buka mata kita tentang -apa yang jadi sekarang ni.
untuk menyucikan naluri kita.
untuk buat kita lebih berfikir panjang dan berwawasan.
untuk kembali mencari diri sendiri.
untuk mengembalikan kita ke satu ruang, di mana tersimpan lampau silam, yang nyata kita rindukan.
dan yang utama, mendewasakan kita :)

*macam isi karangan SPM bahasa melayu di atas ni.

okeh. hal ini kerana, mereka ni ilmu masih sikit. mereka suka untuk explore more. suka tanya. suka bising. suka ikut. suka everything.
jadi, kita akan bertindak sebagai kaunter pertanyaan, rujukan ilmiah, pusat informasi, dan role model. malah, menjadi ulun.

tapi itu fenomena biasa. kita juga pernah jadi budak kecil. kita juga pernah jadikan orang sekeliling kita sebagai, 'pelbagai guna'.

bila kita meningkat dewasa, kita teringin untuk kembali ke zaman kanak-kanak. selalu, dan sentiasa.

at this peak, aku lupa apa yang aku mau tulis lagi sebenarnya. kalau aku terusksn, kompom mengarut nih. entah lah. aku rasa aku hanyut masa buat ayat warna pink tu tadi. auw. sedihnya.

tapi tu lah, kanak-kanak pun mampu mengajar kita. mereka memang hebat.

sebab tu lah kena sayangi yang muda. hohohohoho. *terbatuk sikit

kawan tadika lah paling baik, selalu ingatkan kita dengan neraka. tipu sikit, "tak baik tipu, nanti masuk api neraka"   -Fikri Mahmuda
 we struggle to be honest like children because while they speak their hearts out, we are still looking for ours.    - matluthfi90

so maybe thats all for now.

gracias :)

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. dan matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling redha. amiin ya rabb.


notahati-siiparasit


Thursday, 16 April 2015

; Reading

assalamualaikum and holla fellas

aku ada beli buku baru. buku yang best selling sekarang ni. CATATAN MATLUTHFI. well, aku memang cari benda ni.

aku ni bukan insan yang rajin baca buku. novel jiwang aku aku pernah baca habis, 2 ja kalau inda silap. tu pun, bila aku malas, aku baca dialog dan ayat first setiap perenggan. kind of cheating right?
kalau gini la cara khatam Quran, memang inda khatam la aku. banyak nya menipu kalau begitu.

kalau novel inggeris, masa darjah 6 aku ada baca satu buku Enid Blyton. tapi aku rasa, memang inda habis pun. then masa form 5, aku baca Between The Shades Of Grey. if I not mistaken. but this one, aku memang baca betul-betul. no skipping. ya la, if aku skip, kompom ku menangis. sebab inda paham.

novel masa PMR dan SPM? inda pernah habis pun. start baca pun malas.

ok, back to our actual story. hahaha. sorry la, aku ni memang ada side story.

apa yang aku cuba sampaikan ialah; aku seorang pembaca buku yang agak menghairankan.

kenapa?
aku baca start dari belakang. lepas tu tutup.
lepas tu buka lagi entah di mukasurat mana, dan bergerak ke mukasurat sebelumnya dan ke sebelumnya, dan ke sebelumnya.
aku belum lagi baca mukasurat first setakat ni. maybe lepas publish ni aku baca la mukasurat first. maybe lah
tapi aku ada baca lah area publishing tu.

orang lain baca dari depan ke belakang. aku ni, inda tesusun.

so then, falsafah; "hidup umpama sebuah buku" , memang inda sesuai lah dengan aku.

well, reading is might not me. tapi aku suka tengok orang beli buku, baca buku. especially, orang yang baca buku spisis siries. dorang memang insan penyabar. fuuhhhhh. inda kisah lah dorang baca buku apa; ilmiah, novel jiwang, motivasi, fiksi, sejarah, dorang memang hebat di mata aku.

bacalah 'catatan matluthfi' ni. buku aku sekarang ni pun sudah seventh printing edition.
bayangkan, dia start publish 2015 pun sekarang sudah edisi ke tujuh. sekarang baru bulan 4. memang best selling la~

well, sekian.
adios amigos :) till we meet again

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adaalah hari kematianku. dan matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling redha. amiin.


notahati-siiparasit



Tuesday, 7 April 2015

hidup punya banyak pilihan

assalamualaikum dan hai :)

tajuk saiko gila. nguaahahahaha *evil laugh

baru ni kan, aku pegilah buat test pasal personaliti diri. eleeeh, dalam internet ja pun.

aku kalau bab describe diri semdiri, discover diri sendiri ni, aku memang gemar lah.

based on anything. rondom thing. apa? zodiak, tahun lahir, tarikh lahir, numerology, warna, ikut tai lalat ka. anything.

jadi, ada satu soalan ni, bunyi dia gini ;
- anda lebih suka
a) banyak kawan yang hubungan kurang rapat dan sebentar
b) beberapa kawan yang hubungan rapat dan kekal lama

permasalahan yang timbul di sini ialah ; aku bukan kedua-duanya.

aku suka banyak kawan. dan hubungan tu akan sentiasa rapat. in syaa allah. janganlah sampai kurang rapat and sekejap ja. bosan lah hidup. maybe sebab kita berjauhan and sibuk, so kita kurang touch dengan kawan tu. tapi tiada lah sampai hubunga yang sebentar tu. yang tu sedih. sengsara idup teah tuu.

beberapa kawan?? yang ini lagilah buat hidup aku merana. aku suka berkawan. kalau boleh aku mau ada kawan di mana-mana sekalipun. merata. seluruh dunia. haaaaa. nampak, rakusnya kehidupan teah. hahahaha.

jadi, aku kena jawab jugaklah soalan ni. dengan terpaksa aku jawablah yang b. sebab nampak menguntungkan sikit.

the end~

ini ja yang aku mau share malam ni. hohohoho.


notahati-siiparasit