Wednesday, 22 April 2015

Bentangan Perspektif ;)

assalamualikum dan howdy !

ok, saya akan hurai maksud title terlebih dahulu.

bentangan perspektif~
ok, perpektif ni, bermaksud sudut pandang. jadi, bentangan perspektif ; sebesar mana atau sejauh mana, sudut pandang kita terhadap sesuatu.

sebenarnya, terdetik buat post ni, untuk buat pembaca lebih terbuka. mungkin isu yang dikemukakan oleh saya agak kurang wajar, atau pun ringan. tapi, isu ini cuma sebagai contoh agar kita mampu mebina kehidupan yang lebih muhibbah di atas muka bumi Tuhan ni.

mungkin kali ni saya akan menggunakan kata ganti nama 'saya' agar lebih formal. dan saya mau cuba buat penulisan dalam bahasa melayu sepenuhnya. ceewaaahhhh. hahahahaa..

ok.

sebenarnya tadi saya ada melihat beberapa rakaman cara pemakaian tudung zaman sekarang di YouTube. tapi, setakat apa yang saya lihat, semuanya masih kelihatan cantik, bersesuaian, mengikut undang penutupan aurat, dan masih kelihatan waras. mungkin saya belum  jumpa lagi cara pemakaian yang pelik-pelik.

jadi, di bawah rakaman tersebut, terdapat beberapa ulasan. ada yang membantu, ada yang tidak. ada yang positif, ada yang negatif. tapi itu memang fenomena biasa. kita ada sudut pandang dan cara pemikiran kita sendiri.

tapi, hentikan ulasan yang berbentuk sindiran atau hinaan. sebab, ulasan anda adalah umum. yang menjadi permasalahannya di sini, ulasan itu membuatkan pemilik rakaman itu, malu. sebab ramai orang memberikan ulasan negatif. mungkin kita tidak tahu. lagi pun, buat apa dia bagi tahu kan? jangan lah hina. kalau tidak suka, tinggalkan. keluar dari sana. cari video yang patut anda tengok. yang singgah situ kenapa? tak suka, jangan ketik (klik).

hentikanlah menekan butang 'ibu jari ke bawah' tu. macam yang saya katakan tadi. keluar terus. kalau tekan butang tu, kamu semua dapat apa sebenarnya?

apa alasan perbuatan tu semua? pahala?
alasan; "menegur, agar insan ni berubah" , "aku telah menjalankan bahagian aku, mudahan dia berubah" , "saling tegur menegur" ,
ya, betul. saya tidak nafikan. tapi, ada sedikit silap dalam cara. sebab kita melukakan hati orang. fikirkan lah sahabat :)

ada banyak cara yang lebih elok.
contoh; berdoa. berdoa pun boleh memberikan asbab hidayah kepada orang lain.

kita kena fikir hati perasaan orang tersebut. kita ada hati, mereka juga ada. hati ini sifatnya rapuh, bersamalah menjaga.

kita kena bersikap lebih positif dengan husnuzon, berbaik sangka. kita kena faham, kenapa dia membuat rakaman cara pemakaian tudung? mungkin, sebab dia menyeru anak muda untuk bertudung. mereka cuba membuka satu ruang pemikiran insan, yang tudung boleh digayakan dan tidak ketinggalan zaman. murni bukan?

jadi, saya di sini menyeru agar kita bersama-sama melebarkan bentangan perspektif kita agar kita dapat membina hidup yang leih harmoni, dan mencapai kata sepakat dengan toleransi. 

membina negara harmoni bukan mudah. namun, tanggungjawab itu bukan digalas sepenuhnya oleh pemimpin kita. jika pemimpin sahaja yang mencuba, tapi rakyat tiada usaha, sepakat pula entah ke mana, kelak negara kita bagaimana? kita patut menjadi yang lebih baik. sedikit, demi sedikit. kalau bukan kita, siapa lagi? kita adalah masa depan negara :) 

bersatupadulah, agar kita mampu membina dunia yang lebih harmoni.

sekian, dan terima kasih kerana membaca.
hasil karya kali ni, cuma sebagai luahan rasa hati saya.

oh, sebelum tu, jangan lupa; kita juga patut berubah, sahabat :)

Ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku ada lah hari kematianku. dan Engkau matikanlah aku dalam keadaan engkau paling redha. amiin ya rabb.

notahati-siiparasit


No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..