Tuesday, 21 April 2015

Tracking Back ;

assalamualaikum dan hai.

apa kabar?

well, aku ni sebenarnya inda dapat tidur. sudah sebulan aku cuti, tapi insomnia aku ni masih juga wujud. tolonglah pergi jauh insomnia oii.

and one more thing, henset aku rosak. hahaha.
ok, not such a big matter thou.

so, insan bernama Teah ni memang selalu buat title gempak, isi haprak.
sebenarnya tiada idea untuk buat title. entry, cerita, -ada. tapi tu lah, kurang percambahan idea on post title.

ok. cerita yang aku mau sampaikan ni, begini,

tadi siang kan, adik bungsu aku came to me and asked me about buku para Nabi.
then I was, -why?
rupanya, dia ada buat teka silang kata dalam majalah ASUH.
-bacalah majalah tu, bagus. aku suka baca. dari tadika aku baca. sebab ada cerita manusia dengan syaitan. then untuk masa yang singkat kita terlindunglah dari perbuatan mazmumah.-

jadi banyaklah soalan-soalan pasal Nabi. such as, -siapa ibu Nabi Isa? , burung penyampai berita, serangan abrahah, peristiwa Nabi SAW ke syurga, dan sebagainya. ada 16 atau 17 soalan if I not mistaken.

then, sebagai manusia yang agak pelupa, otak aku got confused. heheehhhh -*sengeh lagu keghang busuk.

then I taught my brother to use laptop in a right way, by googling the answers. ~tadaaaaaa~
malang sekali, pada akhirnya aku jugak yang kena cari. sebab dia syok-syok baca, tapi inda tau apa yang dia cari. *krik,krik,krik,
ok, faham. kecik masih. that's why~

sampai satu part, dia tanya pasal nabi yang bermimpi, - 11 bintang, bulan dan matahari bersujud kepada baginda.
terus aku teringat lagu nasyid masa zaman kecik dulu.
masa kecik selalu dengar. masuk sekolah menengah, ingat sikit-sikit ja. itupun, mau recall ramai-ramai dengan geng. masuk U, entah hilang melencong pi mana.

then, aku try la google sisa lirik yang masih berbaki di minda bernas aku ni.

aku taip, -11 bintang, bulan dan matahari

dapatan, aku cuba buka. dalam youtube ni. lalu, bukan.

ada selection, suggestion di tepi tu, aku terjumpa, - AURA NABI YUSUF

aku klik. dan, inilah dia yang kita cari! yeayyy!!!

tapi tiada lirik -.-'

cari lirik. then its all perfect. :D

mulanya, aku pikir tajuk tu memang, aura nabi Yusuf. rupanya, aura tu nama kumpulan nasyid tu.

jadi, aku download lagu tu, untuk santapan masa silam dan pengetahuan aku yang mulai kelam ni.

aku baru download 2 lagu. Kisah Nabi Yusuf dan Kisah Nabi Yunus.

aku download dan edit. biar dia ada lirik sekali.

aku boleh share dengan adik aku. baru ja tadi malam kami nyanyi ramai-ramai.
ceh, padahal bertiga ja. hahahaha. :)) -*double chin. hahahahahahaha.

tu lah.
kekadang, kita perlu anak kecil ni,
untuk mengajar kita tentang kehidupan.
untuk melihat pandangan akal mereka.
untuk buka mata kita tentang -apa yang jadi sekarang ni.
untuk menyucikan naluri kita.
untuk buat kita lebih berfikir panjang dan berwawasan.
untuk kembali mencari diri sendiri.
untuk mengembalikan kita ke satu ruang, di mana tersimpan lampau silam, yang nyata kita rindukan.
dan yang utama, mendewasakan kita :)

*macam isi karangan SPM bahasa melayu di atas ni.

okeh. hal ini kerana, mereka ni ilmu masih sikit. mereka suka untuk explore more. suka tanya. suka bising. suka ikut. suka everything.
jadi, kita akan bertindak sebagai kaunter pertanyaan, rujukan ilmiah, pusat informasi, dan role model. malah, menjadi ulun.

tapi itu fenomena biasa. kita juga pernah jadi budak kecil. kita juga pernah jadikan orang sekeliling kita sebagai, 'pelbagai guna'.

bila kita meningkat dewasa, kita teringin untuk kembali ke zaman kanak-kanak. selalu, dan sentiasa.

at this peak, aku lupa apa yang aku mau tulis lagi sebenarnya. kalau aku terusksn, kompom mengarut nih. entah lah. aku rasa aku hanyut masa buat ayat warna pink tu tadi. auw. sedihnya.

tapi tu lah, kanak-kanak pun mampu mengajar kita. mereka memang hebat.

sebab tu lah kena sayangi yang muda. hohohohoho. *terbatuk sikit

kawan tadika lah paling baik, selalu ingatkan kita dengan neraka. tipu sikit, "tak baik tipu, nanti masuk api neraka"   -Fikri Mahmuda
 we struggle to be honest like children because while they speak their hearts out, we are still looking for ours.    - matluthfi90

so maybe thats all for now.

gracias :)

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. dan matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling redha. amiin ya rabb.


notahati-siiparasit


No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..