Saturday, 23 May 2015

Perubahan ; #2

assalamulaikum dan hai sahabat.

kali ni, aku mau cerita pasal seorang sahabat. kisahnya, adalah antara cerita yang amat membina aku. sangat membina. dia memang membuka mata aku.
sebuah kembara hijrah yang simple, yet building me.

cerita dia memang simple, tapi aku suka. sebab, dia bercerita dengan penuh ikhlas. dan dia berubah pun ikhlas. niat dia baik.



ok. mengisakan tentang seorang ukhti yang pada asalnya dia tidak memakai tudung. dia cuma akan pakai tudung ketika ke sekolah, masjid, majlis ilmu, atau ke pusat tusyen. tapi, sampai satu keadaan, dia berubah. dia memakai tudung dan mula merapatkan diri dengan penutupan aurat. dia bukan tidak tahu batas aurat. dia tahuuu. tapi, kelilingnya, orang yang memakai tudung, tetapi, lengan pendek, berselur pendek, ataupun, ekor rambut yang karat sengaja di keluarkan dari tudung. itulah yang dia lihat seharian. dia tidak mahu jadi begitu. dia takut yang dia akan jadi perosak agama.

sehingga suatu hari, hidayah datang kepadanya untuk beubah.
keutusan SPM nya bukanlah sehebat mana untuk dibanggakan, untung ditayang keliling kampung. dengan keputusan itu, dia tah, dia tidak layak ke universiti. harapannya bagai hancur. namun, sevara tiba-tiba, dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Moscow. wow! overseaaa!! siapa yang inda mau kan? di situlah nalurinya tergerak. sanubarinya tersentuh. dia terharu kerana Allah teah memberikan peluang yang sangat tidak ternilai kepadanya. sebuah peluang yang bukan semua orang mampu peroleh. dia bukan sesiapa jika mahu dibandingkandengan orang lain di luar sana. tetapi, Allah memilih dia untuk peluang ini. dan peristiwa itu lah yang menjadi asbab hidayah nya hari ini.

pada hari pertama dia mendaftar di foundation, itulah kali pertama dia bertudung bukan atas sebab yang saya nyatakan di atas tadi. itulah kali pertamanya. seluruh keluarganya juga terkejut. namun, memberi respon yang baik. syukur.

selama dia menuntut foundation in science di Malaysia. dia banyak mendalami ilmu agama. belajar mengaji. menampung lubang-lubang kosong pada hatinya agar terisi dengan nilai Islam. dia perlu memantapkan imannya ebelum menapakkan kaki ke bumi asing. jika imannya rapuh, mampukah dia meneruskan hidup dan meneruskan amanat Islam yang diberikan? oleh itu, dia mempersiapkan diri dengan ilmu yang cukup sebelum berpijak ke bumi orang. mempersiapkan jasad dan rohani.

dia juga bersyukur kerana kawan serumahnya semua adalah orang Islam dan bertudung. sekurang-kurangnya, dia boleh lah mengikut kawan-kawannya. tidaklah mudah untuk dia menanggalkan tudungnya begitu sahaja.

hari ini, dia sudah menjadi pelajar medic tahun pertama, semester kedua, di universiti tersohor di Moscow, Russia - I.M SechenovFirst Moscow State Medical University. sehingga hai ini, dia masih mengamalkan ilmu agamanya. dia masih mempelajari ilmu Islam. dia masih tidak lupa untuk mendalami ilmunya.

begitulah cabaran untuk tinggal di oversea. kita perlu mempersiapkan rohani kita dengan isian agama yang mantap. amalkan ilmu tu. tanpa agama, siapalah kita?

tidak kiralah apa agama kita. namun, perisian itu yang pentingkan? pegangan kepada agama, itu yang penting. agama kita indah sahabat. itu yang kita perlu ingat.
"cuba cetuskan suasana, bukan terikut suasana" - Fikri Mahmuda

this post is dedicated to all of my friends yang study oversea sekarang and member Mentari ! 
Yaya, Ain, Alynn, Hazim The Retis, Illy, Shahirah, Yusrina, Syafiq, dan Syakira yang sekarang berada di Russia.
Adib (the dorkiest one), Amriani, Ka Mira, Mat, Alagenthirah, Haran (most missed one), Quek (the never forget one), Nick (hero lift kami), Jason, dan Yan Yu, yang sekarang bertaburan di Indonesia.
Nadia yang ada di Middle East.
Putri, Raga, Hari, Bella dan Muhammad yang pasti korang masih di Malaysia, menunggu offer oversea.
Sabreena, Farra, Syafiq, and another one yang entah kenapa aku lupa nama kau, hehehehee. yes, korang yang di Malaysia ni, mari kita teruskan perjuangan kita. kita pernah bersama di Mentari dulu. so now, ini masa kita untuk meneruskan perjalanan di jalan kita. ini rezeki kita. let's do this!!

aku cakap post ni untuk Mentarians, sebab kita tahu macam mana masa kita di Mentari dulu. kita tahu apa yang kita lalui. kita tahu apa yang kita rasai. walau haluan sudah berubah, dalam hati aku, kamu semua masih tersimpan rapi. 

I'm looking forward to see u guys again. sooner or later, we'll meet again. miss u guys.
even aku tahu, kamu inda akan jumpa blog aku ni. tapi aku tetap dedicated it for u guys. cuz I miss u guys. come back earlier. tell me. never forget me guys! ini adalah amaran. hahahaha.

with love, Teha :*

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku dan matikanlah aku dlama keadaan Engkau paling redha. amiin.

notahati-siiparasit


Friday, 22 May 2015

Perubahan ;

assalamualaikum dan holla fellas~


baiklah, apabila bercerita tentang perubahaan, masing-masing, tiap orang, ada pengalaman sendiri tentang perubahan dan mempunyai definisi tersendiri bagi frasa kata ni.
sedangkan musim pun berubah. sedangkan siang pun berubah menjadi malam. apatah lagi hati kita kan? pasti nya ingin perubahan.

kali ni, aku mau cerita sedikit chapter 'berubah' aku.

ok. bila bercerita tentang solat, semua tahu yang solat tu wajib. namun, kita solat untuk apa? untuk daatkan syurga dan menjauhi neraka kah? untuk mendapatkan pahala dan tidak mahu dimurkai Allah? atau sebab kita takut, patuh, dan sayang kepada Allah?

mungkin siapa-siapa yang selalu baca blog aku, maybe akan cakap aku ni macam ustazah. tapi entahlah, aku suka menulis sesuatu yang mampu inspire orang. tapi, sedikit sebanyak, ada jugak lah cerita pasal aku. tapi kadang, aku mesti selitkan pengajaran. entahlah. maybe supaya kita sama-sama mendapatkan manfaat. hehehee.

ok. kembali kepada cerita solat.
dulu, aku bukanlah seseorang yang selalu solat. aku mengaku. kadang aku sengaja tinggalkan. kadang aku buat inda kisah pun pasal solat.

pada mulanya, aku solat sebab aku mahu syurga dan takut neraka. aku takut Allah inda sayang aku. aku takut Allah lupa aku.

sampai suatu ketika, aku dapat rasa tujuan kita solat yang sebenarnya.

rahsianya ialah, kita kena istiqamah dalam melakukan sesuatu amalan. sedikit-sedikit, kita akan matang dan mula berfikir, atas sebab apa kita melakukan perkara ni? dalam pada masa yang sama, Allah menunjukkan kita jalan yang benar dan memberikan hidayah kepada kita.

syukur alhamdulillah. aku bersykur kerana diberikan hidayah. mudahan, amalan kita hari ini, berkekalan. in syaa allah. mudahan kita masih dilimpahi rahmat Alah yang tidak ternilai. benda pertama yang patut kita buat sekarang, syukur, redha, dan istiqamah.

Allah Maha Penyayang. Alhamdulillah.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. dan matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling redha. amiin.


notahati-siiparasit


Sunday, 17 May 2015

Dreamy

assalamualaikum dan hai (^-^)v

kali ni aku inda mau jadi realistik. aku mau jadi dreamy. hahaha.
aku malas mau berkempen about nation. sebab, aku sedar, most of my post is about nation. and I feel like I am a campaigner. heheheh~

ok. kali ni, aku mau bawa kita semua ke zaman silam. ceeewah. hahaha.

aku mau dengar juga lah apa cita-cita dan impian masa kecil kamu semua.


masa kecik, aku ada macam-macam impian. actually, more to dream laa. dream yang memang forever would be a dream. hahahahah

ok. aku nii jenis yang memang minat tengok kartun. biasalah, zaman-zaman budak 90-an memang penuh dengan kartun. cakap pasal kartun, name it, mostly memang aku tahu. jangan risau. hahaha.
jadi, disebabkan oleh itu, memang terpengaruhlah jawabnya. terutamanya Naruto, One Piece dan Detective Conan. jangan cakaplah. sampai hari ni memang aku masih minat benda ni. *urrgghhhh, fallen in love into fictional character~~

jadi, pasal aku terpengaruh, aku ada cita-cita mau ada power. super power~ mau tau apa?
aku mau power ANGIN. hahahaha!
alasan : aku boleh terbang.
aku memang minat bila orang tanya ; "kalau kamu ada power, apa yang kamu mau?"
absolutely, memang jawapan aku, ANGIN ~

dulu, aku suka betul menyanyi. sampai ada sekali tu, aku pernah ada cita-cita mau jadi penyanyi. HAHAHAHA. hishhhh. aku minat Siti Nurhaliza masa tuu. memang minat gila. name me any artist zaman kita kecik, mostly aku memang kenal. inda kira, ballad, rock and even nasyid.
even sampai hari ni, aku masih minat Exist. wahhh~ banyak jugak group yang aku minat dulu tuu. sampai hari ni aku masih minat. never fade *penuh yakin.

satu lagi, aku memang minat filem Hindustan. sampai hari niiiii. hahaha. jadi aku memang suka part dorang menari. aku memang enjoy habiis. especially, Oh My Darling in Mujhse Dosti Karoge.

tu lah, impian zaman kanak-kanak memang indah. sebab kita jauh daripada pengetahuan tentang realistik sebuah kehidupan. kita jauh dari rasa gentar dan kurang keyakinan diri.
aktiviti kita, selalu sangat buat kita bahagia.

tapi, bila sudah besar, setiap perbuatan kita diperhati. perbuatan yang salah; selalu orang tengok, ada ja yang menyibuk. perbuatan yang betul; jarang orang mau ambil tahu.

itulah kehidupan.
suka menilai orang dibahagian keburukan. bahagian indah, jarang ditata.
hidup kita ada hitam putih. ada masa terang, ada masa gelap.
(ehh, tiba-tiba serius) hahahahahaha~

ok laaa. aku suka jadi kanak-kanak.

itulah yang lucu, masa kecik, kita mau jadi besar.
alasan; boleh jalan jauh. boleh bawa kereta. kena bagi jalan-jalan.

tapi, bila sudah besar, sibuuuuuk mau jadi budak kecik. sebab, jadi budak kecik lah paling indah.

oleh sebab kita sudah besar, nasihat lah budak-budak ni supaya menghargai usia kanak-kanak. dan puaskan hati dan keinginan masa kecik tuu. kita jugaa, mesti didik dorang ni supaya jadi insan yang lebih baik buat agama, bangsa dan negara.

" lenturlah buluh biar dari rebungnya "

ok lah. sekian. terim kasih.

aku pun inda tau apa motif penulisan kali ni.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. Engkau matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling redha. amiin

notahati-siiparasit



Friday, 8 May 2015

Sedikit Kupasan

assalamualaikum dan hai.

saya kali ni teringin mau kupas cerita entry saya hari tu, klik sini. kiranya, kita masuk lebih dalam untuk kali ni.

sebab, petang tadi, dalam pukul 6, saya tengok Al-Kuliyah. jadi, dalam tu, mereka ada sentuh tentang ilmu. jadi, teringat post saya hari tu.
jadi, saya sudah dapat detect.

jadi, isu utama kita di sini; mengapa ilmu itu perlu diamal?

jadi rasanya, post kali ni memang ada kesinambungan dengan post lama saya. saya akan teruskan. kiraya, yang ni bab kedua. jika tidak faham, mohon ke post yang saya mention di atas. harap maaf.

masa dengar Al-Kuliyah tu, dia ada cerita tentang ayat Quran.
tentang yang itu, boleh rujuk di sini untuk penerangan penuh.

baiklah, dari blog tu, ilmu adalah perkara kedua yang ditanya. ternyata, ilmu ini penting. bukan untuk kita sendiri sahaja, tapi untuk umat sejagat juga.

kita mesti amal setiap ilmu yang kita ada. kelak, apabila ditanya, sejauh mana amalan ilmu kita, apakah yang akan kita jawab? allahualam. mudahan kita mampu beramal dengan ilmu kita. amiin.

saya pun, masih ada kekurangan. saya bukan juga selalu amal ilmu. tapi, mulai ari ini, kita cuba amalkan sedikit demi sedikit. in syaa allah, berkah usaha kita, ia akan menjadi aset di akhirat kelak. amiin.

ketika Al-Kuliyah tu,  ustaz ada cakap, seseorang ni, dia selalu amal Solat Dhuha. setiap hari. tanpa henti. tanpa jemu. malaikat selalu mencatat pahala Dhuha nya. sehinggakan suatu hari, dia jatuh sakit. dia tidak melakukan Solat Dhuha pada ketika itu. namun, Allah memerintahkan agar pahala Dhuha nya tetap dicatat. hal ini kerana, dia selalu mengamal Solat Dhuha. hanya kerana pada waktu itu dia jatuh sakit, maka dia tidak dapat menunaikan solat Dhuhanya. jika dia sihat, dia pasti solat Dhuha. maka, pahala solat Dhuha tetap diberikan.

oleh itu saudara, 'constant'lah dalam melakukan suatu amalan. nikmat Allah itu luas. amatlah luas. Allahuakbar.

allahuakbar. sungguh besar nikmat yang Allah berikan. ketika saya mendengar kisah ini, saya teringat akan amalan-amalan lalu. sungguh, sudah jauh tersasar. namun, Allah berikan nikmat umur kepada kita agar kita dapat beramal kepadaNya. Allah berikan kita tempoh. gunakanlah, sebelum nikmat itu ditarik. sesungguhnya mati itu pasti.

saya sendiri juga kadang alpa dihanyut dunia. biasalah, stress study konon. kerana itulah, kita masih diberi masa, agar boleh kembali ke jalanNya.

allahuakbar. alhamdulillah.

sekian. terima kasih kerana sudi membaca.
wassalamualaikum.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. dan Engkau matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling redha. amiin ya rabb.


notahati-siiparasit



Monday, 4 May 2015

#entah

assalamualaikum dan hai~

boleh pulak post title ada hashtag kan?

ok teah, berhenti mengarut.

tadi siangkan, aku tengok cerita Hindustan. alaa, kalau Teah, cerita hindi ni, memang antara minat yang paling diminati lah. harap paham lah konteks ayat tu.
ok, aku tengok filem Diwale Dulhania Le Jayengge. actually, aku memang hafal pun sudah plotting cerita ni. dengar ja pun, memang aku tau apa yang dorang bualkan. perrgghhhh, hebat! hahahaha. over teah. cut it out~!

ok, apa yang aku mau sampaikan ni sebenarnya, yang masa dorang nyanyi lagu 'Mehndi Laga Ke Rakhna'.
masa tu, dorang nyanyi macam berbalas, bersahut. in addition, rhyme dorang tu smart, macam pantun, syair and so on.
lagi pun, bukan movie tu saja yang fesyen macam ni. banyak. even cerita P.Ramlee dulu pun jenis lagu dan movie dorang kan memang macam ni.

jadi, benda tu tiba-tiba buat aku rasa rindu. aku rindu mau berpantun sebenarnya. aku teringin betul mau tengok performance budak-budak pantun. aku suka suasana tu.
sebab kan, suasana tu sangat klasik. sangat wow. sangat buat aku rasa bangga. sebab, seni bahasa kita ni, masih mampu dikekalkan.

buat pantun bukan benda susah, dan bukan benda senang. pantun ni sama juga macam seni-seni yang lain. yang penting kita minat.
if kita minat in bahasa, mungkin senang untuk kita buat seni penulisan dengan baik.
kalau minat dalam seni perfileman pun, begitu juga.
seni lukisan, and so on.
yang penting, kita buat denga sepenuh hati, jiwa dan raga kita. itu yang buat kita bangga dengan karya kita. sebab kita cipta seni tu dengan buah fikiran kita yang memang cukup abstrak ni.
make a round applause~!

jadi, aku sebenarnya suka dengan seni, suka tengok seni. bermacam jenis seni. tapi tu lah, bakat tu belum cukup sangat kan. hahaha

aku teringat masa kami pantun dulu, best gila. aku rasa dekat betul dengan bahasa. rasa dekaaat betul dengan seni. rasa sayang betul dengan bahasa kita.

entah lah. rindu. mungkin itu lah yang aku rasa sekarang.

patut tajuk aku tu rindu. tapi malas mau ubah. rasa epic bila letak entah. hahaha

tapi, memang aku rindu la mau buat pantun. nanti, aku mau main la dengan budak pantun. mau berpantun sama dorang sebelum aku balik UPM.
azam bulan 5. hahahahaha

AKU RINDU MAU BERPANTUN ~

ok lah, sekian.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. dan matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling rehda. amiin.


notahati-siiparasit