Monday, 4 May 2015

#entah

assalamualaikum dan hai~

boleh pulak post title ada hashtag kan?

ok teah, berhenti mengarut.

tadi siangkan, aku tengok cerita Hindustan. alaa, kalau Teah, cerita hindi ni, memang antara minat yang paling diminati lah. harap paham lah konteks ayat tu.
ok, aku tengok filem Diwale Dulhania Le Jayengge. actually, aku memang hafal pun sudah plotting cerita ni. dengar ja pun, memang aku tau apa yang dorang bualkan. perrgghhhh, hebat! hahahaha. over teah. cut it out~!

ok, apa yang aku mau sampaikan ni sebenarnya, yang masa dorang nyanyi lagu 'Mehndi Laga Ke Rakhna'.
masa tu, dorang nyanyi macam berbalas, bersahut. in addition, rhyme dorang tu smart, macam pantun, syair and so on.
lagi pun, bukan movie tu saja yang fesyen macam ni. banyak. even cerita P.Ramlee dulu pun jenis lagu dan movie dorang kan memang macam ni.

jadi, benda tu tiba-tiba buat aku rasa rindu. aku rindu mau berpantun sebenarnya. aku teringin betul mau tengok performance budak-budak pantun. aku suka suasana tu.
sebab kan, suasana tu sangat klasik. sangat wow. sangat buat aku rasa bangga. sebab, seni bahasa kita ni, masih mampu dikekalkan.

buat pantun bukan benda susah, dan bukan benda senang. pantun ni sama juga macam seni-seni yang lain. yang penting kita minat.
if kita minat in bahasa, mungkin senang untuk kita buat seni penulisan dengan baik.
kalau minat dalam seni perfileman pun, begitu juga.
seni lukisan, and so on.
yang penting, kita buat denga sepenuh hati, jiwa dan raga kita. itu yang buat kita bangga dengan karya kita. sebab kita cipta seni tu dengan buah fikiran kita yang memang cukup abstrak ni.
make a round applause~!

jadi, aku sebenarnya suka dengan seni, suka tengok seni. bermacam jenis seni. tapi tu lah, bakat tu belum cukup sangat kan. hahaha

aku teringat masa kami pantun dulu, best gila. aku rasa dekat betul dengan bahasa. rasa dekaaat betul dengan seni. rasa sayang betul dengan bahasa kita.

entah lah. rindu. mungkin itu lah yang aku rasa sekarang.

patut tajuk aku tu rindu. tapi malas mau ubah. rasa epic bila letak entah. hahaha

tapi, memang aku rindu la mau buat pantun. nanti, aku mau main la dengan budak pantun. mau berpantun sama dorang sebelum aku balik UPM.
azam bulan 5. hahahahaha

AKU RINDU MAU BERPANTUN ~

ok lah, sekian.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. dan matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling rehda. amiin.


notahati-siiparasit


No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..