Saturday, 23 May 2015

Perubahan ; #2

assalamulaikum dan hai sahabat.

kali ni, aku mau cerita pasal seorang sahabat. kisahnya, adalah antara cerita yang amat membina aku. sangat membina. dia memang membuka mata aku.
sebuah kembara hijrah yang simple, yet building me.

cerita dia memang simple, tapi aku suka. sebab, dia bercerita dengan penuh ikhlas. dan dia berubah pun ikhlas. niat dia baik.



ok. mengisakan tentang seorang ukhti yang pada asalnya dia tidak memakai tudung. dia cuma akan pakai tudung ketika ke sekolah, masjid, majlis ilmu, atau ke pusat tusyen. tapi, sampai satu keadaan, dia berubah. dia memakai tudung dan mula merapatkan diri dengan penutupan aurat. dia bukan tidak tahu batas aurat. dia tahuuu. tapi, kelilingnya, orang yang memakai tudung, tetapi, lengan pendek, berselur pendek, ataupun, ekor rambut yang karat sengaja di keluarkan dari tudung. itulah yang dia lihat seharian. dia tidak mahu jadi begitu. dia takut yang dia akan jadi perosak agama.

sehingga suatu hari, hidayah datang kepadanya untuk beubah.
keutusan SPM nya bukanlah sehebat mana untuk dibanggakan, untung ditayang keliling kampung. dengan keputusan itu, dia tah, dia tidak layak ke universiti. harapannya bagai hancur. namun, sevara tiba-tiba, dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Moscow. wow! overseaaa!! siapa yang inda mau kan? di situlah nalurinya tergerak. sanubarinya tersentuh. dia terharu kerana Allah teah memberikan peluang yang sangat tidak ternilai kepadanya. sebuah peluang yang bukan semua orang mampu peroleh. dia bukan sesiapa jika mahu dibandingkandengan orang lain di luar sana. tetapi, Allah memilih dia untuk peluang ini. dan peristiwa itu lah yang menjadi asbab hidayah nya hari ini.

pada hari pertama dia mendaftar di foundation, itulah kali pertama dia bertudung bukan atas sebab yang saya nyatakan di atas tadi. itulah kali pertamanya. seluruh keluarganya juga terkejut. namun, memberi respon yang baik. syukur.

selama dia menuntut foundation in science di Malaysia. dia banyak mendalami ilmu agama. belajar mengaji. menampung lubang-lubang kosong pada hatinya agar terisi dengan nilai Islam. dia perlu memantapkan imannya ebelum menapakkan kaki ke bumi asing. jika imannya rapuh, mampukah dia meneruskan hidup dan meneruskan amanat Islam yang diberikan? oleh itu, dia mempersiapkan diri dengan ilmu yang cukup sebelum berpijak ke bumi orang. mempersiapkan jasad dan rohani.

dia juga bersyukur kerana kawan serumahnya semua adalah orang Islam dan bertudung. sekurang-kurangnya, dia boleh lah mengikut kawan-kawannya. tidaklah mudah untuk dia menanggalkan tudungnya begitu sahaja.

hari ini, dia sudah menjadi pelajar medic tahun pertama, semester kedua, di universiti tersohor di Moscow, Russia - I.M SechenovFirst Moscow State Medical University. sehingga hai ini, dia masih mengamalkan ilmu agamanya. dia masih mempelajari ilmu Islam. dia masih tidak lupa untuk mendalami ilmunya.

begitulah cabaran untuk tinggal di oversea. kita perlu mempersiapkan rohani kita dengan isian agama yang mantap. amalkan ilmu tu. tanpa agama, siapalah kita?

tidak kiralah apa agama kita. namun, perisian itu yang pentingkan? pegangan kepada agama, itu yang penting. agama kita indah sahabat. itu yang kita perlu ingat.
"cuba cetuskan suasana, bukan terikut suasana" - Fikri Mahmuda

this post is dedicated to all of my friends yang study oversea sekarang and member Mentari ! 
Yaya, Ain, Alynn, Hazim The Retis, Illy, Shahirah, Yusrina, Syafiq, dan Syakira yang sekarang berada di Russia.
Adib (the dorkiest one), Amriani, Ka Mira, Mat, Alagenthirah, Haran (most missed one), Quek (the never forget one), Nick (hero lift kami), Jason, dan Yan Yu, yang sekarang bertaburan di Indonesia.
Nadia yang ada di Middle East.
Putri, Raga, Hari, Bella dan Muhammad yang pasti korang masih di Malaysia, menunggu offer oversea.
Sabreena, Farra, Syafiq, and another one yang entah kenapa aku lupa nama kau, hehehehee. yes, korang yang di Malaysia ni, mari kita teruskan perjuangan kita. kita pernah bersama di Mentari dulu. so now, ini masa kita untuk meneruskan perjalanan di jalan kita. ini rezeki kita. let's do this!!

aku cakap post ni untuk Mentarians, sebab kita tahu macam mana masa kita di Mentari dulu. kita tahu apa yang kita lalui. kita tahu apa yang kita rasai. walau haluan sudah berubah, dalam hati aku, kamu semua masih tersimpan rapi. 

I'm looking forward to see u guys again. sooner or later, we'll meet again. miss u guys.
even aku tahu, kamu inda akan jumpa blog aku ni. tapi aku tetap dedicated it for u guys. cuz I miss u guys. come back earlier. tell me. never forget me guys! ini adalah amaran. hahahaha.

with love, Teha :*

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku dan matikanlah aku dlama keadaan Engkau paling redha. amiin.

notahati-siiparasit


No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..