Friday, 22 May 2015

Perubahan ;

assalamualaikum dan holla fellas~


baiklah, apabila bercerita tentang perubahaan, masing-masing, tiap orang, ada pengalaman sendiri tentang perubahan dan mempunyai definisi tersendiri bagi frasa kata ni.
sedangkan musim pun berubah. sedangkan siang pun berubah menjadi malam. apatah lagi hati kita kan? pasti nya ingin perubahan.

kali ni, aku mau cerita sedikit chapter 'berubah' aku.

ok. bila bercerita tentang solat, semua tahu yang solat tu wajib. namun, kita solat untuk apa? untuk daatkan syurga dan menjauhi neraka kah? untuk mendapatkan pahala dan tidak mahu dimurkai Allah? atau sebab kita takut, patuh, dan sayang kepada Allah?

mungkin siapa-siapa yang selalu baca blog aku, maybe akan cakap aku ni macam ustazah. tapi entahlah, aku suka menulis sesuatu yang mampu inspire orang. tapi, sedikit sebanyak, ada jugak lah cerita pasal aku. tapi kadang, aku mesti selitkan pengajaran. entahlah. maybe supaya kita sama-sama mendapatkan manfaat. hehehee.

ok. kembali kepada cerita solat.
dulu, aku bukanlah seseorang yang selalu solat. aku mengaku. kadang aku sengaja tinggalkan. kadang aku buat inda kisah pun pasal solat.

pada mulanya, aku solat sebab aku mahu syurga dan takut neraka. aku takut Allah inda sayang aku. aku takut Allah lupa aku.

sampai suatu ketika, aku dapat rasa tujuan kita solat yang sebenarnya.

rahsianya ialah, kita kena istiqamah dalam melakukan sesuatu amalan. sedikit-sedikit, kita akan matang dan mula berfikir, atas sebab apa kita melakukan perkara ni? dalam pada masa yang sama, Allah menunjukkan kita jalan yang benar dan memberikan hidayah kepada kita.

syukur alhamdulillah. aku bersykur kerana diberikan hidayah. mudahan, amalan kita hari ini, berkekalan. in syaa allah. mudahan kita masih dilimpahi rahmat Alah yang tidak ternilai. benda pertama yang patut kita buat sekarang, syukur, redha, dan istiqamah.

Allah Maha Penyayang. Alhamdulillah.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. dan matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling redha. amiin.


notahati-siiparasit


No comments:

Post a Comment

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..