Friday, 8 May 2015

Sedikit Kupasan

assalamualaikum dan hai.

saya kali ni teringin mau kupas cerita entry saya hari tu, klik sini. kiranya, kita masuk lebih dalam untuk kali ni.

sebab, petang tadi, dalam pukul 6, saya tengok Al-Kuliyah. jadi, dalam tu, mereka ada sentuh tentang ilmu. jadi, teringat post saya hari tu.
jadi, saya sudah dapat detect.

jadi, isu utama kita di sini; mengapa ilmu itu perlu diamal?

jadi rasanya, post kali ni memang ada kesinambungan dengan post lama saya. saya akan teruskan. kiraya, yang ni bab kedua. jika tidak faham, mohon ke post yang saya mention di atas. harap maaf.

masa dengar Al-Kuliyah tu, dia ada cerita tentang ayat Quran.
tentang yang itu, boleh rujuk di sini untuk penerangan penuh.

baiklah, dari blog tu, ilmu adalah perkara kedua yang ditanya. ternyata, ilmu ini penting. bukan untuk kita sendiri sahaja, tapi untuk umat sejagat juga.

kita mesti amal setiap ilmu yang kita ada. kelak, apabila ditanya, sejauh mana amalan ilmu kita, apakah yang akan kita jawab? allahualam. mudahan kita mampu beramal dengan ilmu kita. amiin.

saya pun, masih ada kekurangan. saya bukan juga selalu amal ilmu. tapi, mulai ari ini, kita cuba amalkan sedikit demi sedikit. in syaa allah, berkah usaha kita, ia akan menjadi aset di akhirat kelak. amiin.

ketika Al-Kuliyah tu,  ustaz ada cakap, seseorang ni, dia selalu amal Solat Dhuha. setiap hari. tanpa henti. tanpa jemu. malaikat selalu mencatat pahala Dhuha nya. sehinggakan suatu hari, dia jatuh sakit. dia tidak melakukan Solat Dhuha pada ketika itu. namun, Allah memerintahkan agar pahala Dhuha nya tetap dicatat. hal ini kerana, dia selalu mengamal Solat Dhuha. hanya kerana pada waktu itu dia jatuh sakit, maka dia tidak dapat menunaikan solat Dhuhanya. jika dia sihat, dia pasti solat Dhuha. maka, pahala solat Dhuha tetap diberikan.

oleh itu saudara, 'constant'lah dalam melakukan suatu amalan. nikmat Allah itu luas. amatlah luas. Allahuakbar.

allahuakbar. sungguh besar nikmat yang Allah berikan. ketika saya mendengar kisah ini, saya teringat akan amalan-amalan lalu. sungguh, sudah jauh tersasar. namun, Allah berikan nikmat umur kepada kita agar kita dapat beramal kepadaNya. Allah berikan kita tempoh. gunakanlah, sebelum nikmat itu ditarik. sesungguhnya mati itu pasti.

saya sendiri juga kadang alpa dihanyut dunia. biasalah, stress study konon. kerana itulah, kita masih diberi masa, agar boleh kembali ke jalanNya.

allahuakbar. alhamdulillah.

sekian. terima kasih kerana sudi membaca.
wassalamualaikum.

ya Allah, jadikanlah hari yang terbaik dalam hidupku adalah hari kematianku. dan Engkau matikanlah aku dalam keadaan Engkau paling redha. amiin ya rabb.


notahati-siiparasit



1 comment:

okey, aku tahu yang inda ramai orang akan komen di sini.. by the way, thanks.. tapi, tolong pastikan, no harsh word yaa..