Wednesday, 10 February 2016

Terpujuk

Assalamualaikum dan hai
Agak lama lah juga saya tidak mencoret alkisah hidup di sini. Selama ni mengarut dengan nukilan yang entah apa. Hahahahaha!!
Ok. Apa kabar semua?
Kali ni aku mau cerita pasal how aku rasa yang aku ni makin jauh. Tapi, gambar di bawah ni yang menyedarkan aku. Terima kasih sumber. Moga Tuhan merahmatimu :)
Aku sekarang study kesihatan haiwan. Aku rasa, penerapan ilmu Islam dalam diri ni, macam makin hilang. Kekawan selalu bincang isu hebat dalam group, tapi aku rasa, aku kosong. Kalau mau cakap akidah aku terpesong, alhamdulillah in syaa allah tidak. Tapi, tu lah, macam rindu ilmu agama.
Ada member study arab, study syariah, study ilmu islam. Aku, study kesihatan haiwan, iras-iras kedoktoran. Rasa macam aku lari. Aku rindu mau study ilmu agama. Tapi, dalam masa yang sama, aku tahu aku tiada daya untuk carry ilmu tu.
Belajar adalah fardhu kifayah, which is wajib. Dan kita ada pembahagian masing-masing. Aku mungkin bukan dalam golongan yang belajar ilmu agama, tapi bukan bermakna aku tinggalkan agama. Nauzubillahiminzalik.
Kita masing-masing ada bahagian kita. Yang paling penting, macam mana kita mau guna ilmu kita ni untuk masyarakat, ummah dan agama kita. Sebab tu lah dalam belajar ni, kita ada pembahagian ilmu. Dengan perbezaan itulah kita menjumpai keperluan untuk menutup kekosongan dalam diri kita.
Buatlah apa saja di dunia ni. Yang penting, impak dan sumbangan kita kepada dunia. In syaa allah, dengan sumbangan itu, kita ada bekal di akhirat kelak. Aamiin. Allhuakbar.
Mungkin isi aku kali ni kucar kacir, tapi ini ja lah yang aku mampu coretkan di sini. Mungkin penyampaian pun agak kurang, yang tu, memang silap saya. Allahu.

Wednesday, 3 February 2016

Mengkuang

Dulu gadisnya,
Santun terjaga
Duduk semat bersimpuh
Melambang budaya bangsa
Yang nyata indah teratur

Dulu jejakanya,
Gagah bertempat
Tutur teratur
Cerminan diri amatlah molek
Buat turutan di hari kelak

Kini,
Santun tidak dituntun
Tutur nyata terabur
Kelana entah ke mana
Ihsan bukan amalan

Si tikar mengkuang tua
Hanya mampu melihat
Menyaksi
Tanpa berkata
Terbiar berdebu
Kaku terpaku
Terpaku dengan perubahan
Yang nyata pantas
Putaran yang mengubah zaman
Zaman di mana hilangnya budi

Terbiar si mengkuang tua
Suara bisu tidak kedengaran
Terpaku tanpa dipeduli
Dibutatuli
Namun masih di situ
Setia menanti zaman itu kembali
Walau beribu tahun lamanya
Dia tetap menanti
Menanti kemeriahan dan keindahan
Yang dulunya menemani

Si mengkuang tua
Tetap menanti untuk itu kembali

-embun-

Tuesday, 26 January 2016

Tertulis

Dahulu
Kupernah punya impian
Yang kulayar jauh tak bertepian
Kusangka jalanan jauh
Namun kulupa ia tak terhaluan
Nakhoda tak terkemudi
Akhirnya tenggelam di tengah lautan

Dahulu
Kupernah bergantung harap
Tinggi memuncak ke langit angkasa
Megah, itu rasaku
Kusangka teguh dirinya di puncak
Namun akhirnya jatuh berderai
Berkecai
Tanpa harapan
Musnah aku sendiri

Mendongakku ke langit biru
Menundukku tanah bumiku
Meliar mataku ke keliling
Lalu tersentakku sedari lamunan
Menerpa realiti menepis khayalan

Lantas hati bertanya,
Atas ihsan siapa kau masih bernyawa?
Atas simpati siapa kau masih upaya?
Atas alasan apa kau masih ada?

Tepuk dada, tanya hati, tanya iman,
Apa Tuhan masih di jiwa?

-embun-

Tuesday, 19 January 2016

#bosan

Assalamualikum dan hai

Saya selalu kebosanan. Pernahkan aku inda bosan? Entah laaa.

Ok. Apa kabar semua?

Esok aku ada test 2, animal physiology. Tapi aku sekarang memilih untuk blogging. Entah laa. Mau lari kejap  mau main kejap. Kejap lagi sambung la study.

Ok, tu ja pun cerita saya hari ni. Hahahahahahahaha.

Tadi pegi ladang pastura. Rupanya, itu last kami amali sana untuk sem ni. Lepas ni, tiada la jumpa En. Vincent. Hahahaha
Sori laaa. Aku tiada gambar Vincent. Lain kali ja lah.

Ok, adios amigos. Selamat malam. Miss you. Muah.

notahati-siiparasit

Monday, 18 January 2016

Hati ;

Aku mendongak langit
Bertanya akan hati
Mengapa tenangnya pergi
Damai, itu kucari

Kulihat biru mesra menyahut
Bayu manja memuput
Bagai memujuk rasaku yang reput
Reput
Tanpa aku mengerti sedikit pun

Seketika awan redup memayung
Kulihat mentari terbias
Nyamannya meresap ke jiwa
Mengusir duka
Mengusir sepi
Diganti girang
Bagai resah telah pergi
Lalu berbisiklah hati, rindu Tuhan

-embun

Gambar mentari senja pun boleh laaa. Hahahaha. Originally gambar aku. Ohyeh

Sunday, 17 January 2016

Hidup Suzy!

Assalamualikum dan hai!

Baiklah, alkisah ini dinaratorkan oleh 3 insan terpilih. Aida, Amirah dan Fatihah. Selalunya, kalau melibatkan dialog dan watak, saya suka guna warna utk membezakan watak.
Tapi, saya post guna handphone sekarang ni. Hmmm. Maybe kalau ada masa, aku edit la. Guna kaler. Edit gambar and so on. Bhaahahahaha

Amirah : ni nama dia boby pin kan?
Fatihah : bukanlah. Suzy pin.
Amirah : kenapa pula suzy pin?
Fatihah : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Amirah : tapi serius, kenapa boby pin?
Aida : memang nama dia boby pin, sebab boby hair tu
Amirah : kenapa boby pin? Kenapa tak suzy pin?
Aida : sebab untuk buat rambut boby tu?
Amirah : kenapa rambut tu nama boby? Kenapa tak suzy?
Aida : kenapa suzy?
Amirah : sebab suzy lagi sesuai kut!
Fatihah : yaaaahhhhhhh! Hidup suzy!!

So that is how kami membahaskan tentang pin tersebut. For thoose yang mahu tahu siapa boby pin, di bawah ni ada gambar. Can see right? Hahahaha

For readers, maybe cerita ni tiadalah menarik sangat. But for me, it really was, and really is. Sebab keadaan masa tu, how we try to stand our fact, how we try to raise up Suzy's name. And for Suzy(s) out there, I just picked your name for a pin, do support us.
Maybe people wonder, why it must be Suzy? Sudah nama tu lalu dpean otak aku, then guna lah. Hahahaa. Maybe Suzy ni nama senang dalam otak aku. Nama simple. So, kaut ja lah. Hahahaha

Thanks for reading ;)
Adios amigos !!

Wednesday, 13 January 2016

Bayu

Di teman senja
Awanan litup
Cahya nyaman
Mataku jauh merenung buana
Kulihat daun menari riang
Ranting lembut dipukul puputan
Namun tidak terlihat gerangan pelaku

Kadang kutertanya
Apa engkau bayu, bahagia?
Hadir tanpa dilihat
Dinanti
Juga dielak
Kadang dipersalah

Tercetus akal dibenak minda
Andai ia mampu dilihat, mungkin kita semua lari bertempiaran
Takut akan hadirnya sang bayu
Yang mungkin bawa bencana
Mahupun datangnya untuk beriang canda

Kadang, tiap ciptaan tidak seharusnya hadir di mata
Setiap tercipta punya hikmah disebalik penciptaan

Kurela angin hadir tanpa dilihat
Kutahu
Semua makhluk menanti nyaman hadirnya
Semua juga gerun akan terjang amarahnya

Damailah bayu
Puputlah mengikut kehendak Sang Pencipta
Membawa damai dan bahagia
Mengusir derita di jiwa
Meleraikan denaian resah
Mengubat segala lara

Biar engkau hadir tanpa lelah
Namun kutahu
Ikhlas baktimu

Terima kasih bayu
Terima kasih Tuhan

- embun, (1815)

Tuesday, 12 January 2016

; fatihah

Hari ni saya mau share art. Aku inda pernah pun share art aku. Selalu aku share dalam instagram ja. Hahahaha. Entah laaaa. Mood tengah serabut :')

Seketika

Semalam
Kita bergelak tawa
Bagai dunia kita yang punya

Sekelip
Segalanya berubah
Nyata menerpa tanpa amaran
Hakiki datang tanpa pengetahuan

Hidup hari ini
Bahagia hari ini
Bukan selamanya ke hari mendatang

Kita hanya musafir diperjalanan
Hanya Tuhan menentukan

Derap langkah
Titik tiba
Titis keringat
Semuanya hitungan di alam seterunya

Kita mampu berharap
Mahupun menjadi merak kayangan
Tapi Tuhan lebih mengetahui
Segala langit dan bumi
Melitupi seluruh alami

Moga esok kita masih tersenyum
Walau hiba menghinggap
Biarlah ia seketika
Buat pedoman bersama
Tersemat hakikat
Berselit hikmat

Tuhan Maha Mengetahui

- embun

Dedicated to my friend who her father has died this morning. Inna lillah wa inna ilaihi rajiun.